nuffnang Ads

.

2017/09/19

PYONGYANG IKTIRAF TUNKU MAHKOTA JOHOR.

sumber: https://m.malaysiakini.com/sukan/395748

💝💝

*AMPUN TUNKU*

Salute dan respect WAJIB DIBERI oleh semua BANGSA JOHOR kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim  , Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Dalam waktu Perdana Menteri Malaysia memberi akujanji tidak akan bekerjasama dengan Korea Utara , Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendapat pengiktirafan dari kerajaan Korea Utara.

Pengiktirafan yang amat jarang di beri oleh Korea Utara kepada mana-mana kerajaan atau pembesar negara , mungkin langsung TIADA.

Selama ini mana-mana pembesar negara mahu ke Korea Utara kena melalui Beijing.

Tapi Tunku Mahkota Johor (TMJ) di benarkan mengguna ruang udara Korea Utara pada bila-bila masa sahaja.

Keputusan Korea Utara itu mungkin membuat Najib Razak memakan pil "XANIAX , untuk meredakan hypertensi beliau.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) tidak mendatangkan diri ke Korea Utara untuk mendapat pengiktirafan yang luar biasa itu.

Dan yang luar biasanya kebenaran itu di beri ketika Duta Korea Utara membuat kunjungan kepada Baginda.

Moral of the story nya adalah , untuk mendapat pengiktirafan itu tidak perlu MEMBUANG WANG UNTUK MELOBI.

Pengiktirafan itu akan datang jika orang luar tahu akan kebolehan yang kita ada.

Kebolehan Tunku Mahkota Johor (TMJ) di iktiraf oleh Pyongyang kerana Tunku Mahkota Johor (TMJ) BERHAK UNTUK DI IKTIRAF.

SEDARA SORANG TU SEDAR ATAU FAHAM KE TIDAK , MESEJ YANG CUBA DI SAMPAIKAN OLEH KOREA UTARA ITU.

Apa pun patik ingin mengambil kesempatan menyembah takzim tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) di atas pengiktirafan yang di beri oleh Korea Utara itu.

TAHNIAH TUNKU.


*SHUKUR MOHAMAD*

APA JAWATAN MAT TAIB DALAM PARTI PEMBANGKANG..?

https://m.malaysiakini.com/news/395673

🔥🔥

*APA LAGI YANG NAK DI HARAP*

Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO pusat adalah seorang yang kuat membohong.

Apa lagi yang hendak di harap kepada UMNO jika saban hari berterusan membohong kepada ahli-ahlinya.

UMNO sekarang hanya berbohong kepada ahlinya sahaja yang seramai 3.5juta , angka yang hampir 8 tahun tidak berubah.

UMNO sudah tidak dapat lagi berbohong dengan rakyat Malaysia yang lain , kerana rakyat sudah tahu menilai dengan waras.

Annuar Musa mengatakan semakin ramai lagi pemimpin pembangkang yang akan masuk UMNO.

SILA BUKTIKAN‼‼

Kalau semata-mata kerana Anina dan Tok Midah keluar PPBM , Annuar Musa nak ambil kira , maka ambil lah mereka , tidak menjadi kudis pun.

Annuar Musa ini sama spesis dengan Ahmad Maslan , Puad Zakarshi , Azalina Othman , Aziz Kaprawi , Rahman Dahlan , Noh Omar dan Salleh Keruak.

Yang mana masih lagi cuba membodohkan rakyat Malaysia tentang wang derma dari Putera Arab.

Yang bangga lawatan Najib ke Amerika dan tidak di tangkap.

Dengan kenyataan Annuar Musa bahawa Najib ke Amerika tidak di tangkap itu sahaja sudah menunjukkan bahawa lawatan Najib ke Amerika adalah sebagai helah.

Dan helah itu menjadi modal kepada UMNO untuk membodohkan makcik-makcik JR dan ahli UMNO yang tidak ada akal untuk berfikir.

Najib memang tidak di tangkap ketika lawatan ke Amerika kerana DoJ masih melengkapkan siasatannya.

Annuar Musa ingat undang-undang Amerika sama seperti di Malaysia , ada orang buat report terus tangkap dan kemudian baru siasat.

Saya cabar Najib ke Amerika apabila siasatan DoJ telah lengkap nanti , mungkin bulan Januari tahun hadapan , pergilah kalau ANAK JANTAN.

Persidangan UNGA yang akan di adakan bulan depan , kenapa Najib tidak hadir , malah menggantikan diri dia dengan Hanifah Aman❓❓❓

Ini kerana jika Najib hadir persidangan UNGA itu Najib akan di pulaukan oleh delegasi persidangan tersebut.

Malah mungkin rakyat Amerika akan membuat beberapa lagi parodi menghina berkaitan Najib seperti di bawah ini:

https://youtu.be/Ivtd_bfc6T0

Najib dan Annuar Musa serta beberapa lagi MKT UMNO yang memang kuat membohong hanya boleh membohong AHLI-AHLI UMNO sahaja.

Rakyat Malaysia yang selebihnya lebih bijak dari segelintir pemimpin UMNO dan keseluruhan ahli UMNO.

*SHUKUR MOHAMAD*

RCI KUKUHKAN LAGI REPUTASI MAHATHIR, NAJIB PULA YANG TERDEDAH KELEMAHANNYA



oleh Datuk Rais Hussin

Kelemahan strategi Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran asing (forex) yang ditubuhkan beliau dengan tujuan mahu memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menjadikan seteru politiknya semakin kukuh.

Bulan September ini akan berlalu sebagai sebuah bulan yang mendedahkan kelemahan Najib – kalaulah beliau tahu yang pembangkang dan rakyat Malaysia semua sudah tahu permainan dan percaturan beliau.

Berkenaan RCI – Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, salah seorang tokoh Bank Negara Malaysia (BNM) yang penting pada tahun 1980-an, menegaskan yang “Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan” tentang kerugian forex.

Sebaliknya, Nor Mohamed memperjelaskan secara berhati-hati tetapi berobjektif dalam kenyataan bertulisnya beberapa kejadian yang memaksa BNM untuk berkecimpung dalam perdagangan forex.

Pertamanya, peningkatan nilai mata wang Yen Jepun meningkat lebih 50 peratus selepas Plaza Accord 1986, di mana ahli-ahli G7, membenarkan Yen Jepun untuk arah alir ke atas. Oleh kerana Malaysia meminjam Yen Jepun daripada pelbagai projek infrastruktur, BNM memasuki pasaran mata wang asing untuk mengurangkan kerugian Malaysia.

Benar, menjangkaui pemeliharaan nilai mata wang Ringgit Malaysia, juga untuk menguatkan lagi rizab, BNM telah melompat masuk ke pasaran yang sentiasa bergolak bagi membantu Malaysia untuk meningkatkan lagi keuntungan, mengurangkan kerugian dan mengukuhkan lagi rizab.

Selamatkan ekonomi

Bukan seperti 1MDB, kerugian forex dimotivasikan dengan beban untuk menyelamatkan ekonomi negara daripada kebejatan situasi kewangan antarabangsa, di mana Bank of England pun telah tersilap langkah dengan Pound British mereka sendiri.

Keduanya, kenyataan Nor Mohamed mengesahkan yang polisi tentang kerugian telah diserap dan dipelajari bagi menghadapi krisis kewangan Asia pada 1998-1999 – pada waktu itu Mahathir berjaya mengawal Malaysia daripada kerugian berbilion-bilion ringgit.

Sehingga hari ini, Bank Negara dan International Monetary Fund (IMF) mengakui tindakan Mahathir adalah wajar. Sehinggakan George Soros juga terpaksa mengalah dengan Mahathir.

Senjata RCI Najib kini sedang menikam beliau dan kerajaan dari belakang lebih daripada beliau bayangkan. Daripada menyelar reputasi utuh Mahathir, sebaliknya RCI mengukuhkannya lagi.

Dan kita perlu ingat, Anwar Ibrahim pun tidak dimaklumkan akan kerugian yang berlaku, kerana beliau tidak pegang apa-apa bidang kuasa perbankan semasa beliau memegang porfolio menteri kewangan, kata Nor Mohamed Yakcop.

Najib kini terperangkap dengan RCI dan tipu helah beliau telah didedahkan.

Sehingga beliau mempertahankan GST, Tun Dr Mahathir gelar ia satu tipu helah juga. Mengapa perlu adakan GST sedangkan sudah ada cukai jualan? Mengapa harga minyak naik 4 sen lagi sedangkan Najib berjanji GST akan menyelamatkan kewangan Malaysia?

Jelas sekali, Najib telah kalah. Beliau tidak sedar dirinya terkena tikaman dari belakang akibat penubuhan RCI forex itu.

Datuk Rais Hussin

2017/09/18

KENAPA KELUAR PPBM - SOKONG KLEPTOKRAT ???

credit : Ir. Ahmad TK

Mereka yang keluar adalah baik untuk PPBM dan baik untuk PH kerana mereka ingin bersama Kleptokrat dan bukannya untuk Selamatkan Malaysia dari tangan Kleptokrat. Ia adalah satu proses pengislahan perjuangan kita. Kita perlukan SAF yang ikhlas berjuang untuk Allah, untuk Ummah untuk SELAMATKAN MALAYSIA dari KLEPTOKRAT. Perjuangan PPBM adalah jihad untuk menegakkan makruf dan mencegah kemungkaran dan Selamatkan Malaysia dari Kleptokrat.

Kita WAJIB tentang KEMUNGKARAN kerana ia adalah KEMUNGKARAN TERAMAT BESAR kini yang MELANDA NEGARA MALAYSIA yang boleh menyebabkan negara BANKRAP!!! Hutang negara sudah hampir RM 1 trillion!!! 32 juta rakyat hidup sengsara !!! Anak-anak kita, anak-anak dalam kandungan ibu-ibu, anak-anak Malaysia bakal dilahirkan, menanggung hutang negara akibat tangan Kleptokrat.

Sebagai umat Islam khususnya, wajib kita tentang KLEPTOKRAT.

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ.
رواه مسلم

Siapa yang melihat kemunkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.(Riwayat Muslim)

"It's now or never... Our love for Malaysia."

Kleptokrat adalah KEMUNGKARAN TERAMAT BESAR melanda negara. Ini adalah KEUTAMAAN JIHAD kita dalam perjuangan politik kini di Malaysia.

Janganlah kita jadi MUKMIN BISU yang melihat kemungkaran KLEPTOKRAT, bukan HANYA KITA  BERDIAM, disebaliknya menyuruh sokong UNDI parti BN Kleptokrat !!! 

Inikah ajaran dalam Al Quran? Inikah yang kita belajar dari Seerah Rasulullah??? Inikah panduan dari Kaedah Fiqh yang kita pelajari???

Sebagai sebuah parti politik muslim, apakah dåsar kita? Islam menyuruh kita melakukan AMR MAKRUF dan NAHI MUNGKAR.. bukan suruh sokong mungkar.. sokong Kleptokrat.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali Imran: 104)

Masih lagi tidak jelas yang JIHAD SUDAH TERSESAT ARAH?

أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر

“Jihad terbaik ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Adakah Islam mengajar kita untuk berjihad, bertaawun dengan Kleptokrat?Adakah Islam mengajar kita untuk menentang mereka yang berjihad menentang Kleptokrat?

Itukah ajaran Islam? Amanat apa pula ini?

الغاية لا تبرر وسيلة
Matlamat tidak menghalalkan cara.

Tidak mencukupi dengan hanya kita berlaung,  kita hendak Islam, menyatakan matlamat kita Islam; diisebaliknya, tindakan kita, dasar kita, cara berpolitik kita berputar belit, mempertahankan Kleptokrat / 3P (Perompak, Pencuri, Penyamun harta negara.) 

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق.

Tiada ketaatan kepada makhlok dalam hal maksiat (keingkaran) kepada Allah.

Janganlah kita taati sesiapa di kalangan ketua kita yang menyuruh kita UNDI KLELPTOKRAT BN yang merompak harta negara.

Haruskah kita beri peluang lagi kepada Kleptokrat untuk terus memerintah selepas PRU14?

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

Seorang mukmin tidak harus dipatuk dua kali dilubang yang sama. (Bukhari/ Muslim)

Inilah pesanan Rasulullah kepada kita. Jangan diberi peluang lagi kepada Kleptokrat BN untuk merosakkan ummah dan negara.

Jom buka fikiran. Buka hati. Mohon hidayah dari Allah mencari yang HAQ dan menolak yang BATHIL. Buanglah sikap taasub.

الحكمة ضالة مؤمن فأين وجد فهو أحق به.

Hikmah itu adalah kehilangan mukmin. Dimana saja kita temui, mukmin lah yang lebih berhak perolehinya.

Nota:

Bersama TSUNAMI RAKYAT MALAYSIA kita tawan Putrajaya PRU14 ini.

Share jangan, tak share. Share jangan, tak share.

Lancarkan gelombang MEDIA SOSIAL RAKYAT !!! Jom !!!

HEBATKAH NAJIB RAZAK DAN MAT TAIB BERBANDNG TUN DR MAHATHIR..??

Sila baca fakta ini..

1. Ada Mat Taib atau Najib diberi penghormatan, dijemput & diminta nasihat untuk mentadbir negara seperti negara Oman & Sudan dalam simposium antarabangsa hingga Najib jeles minta negara2 tersebut tidak menjemput Tun Mahathir lagi.

2. Ada tak Mat Taib atau Najib diberi penghormatan berucap & sessi soal jawab di Oxford, UK...?

3. Ada tak Mat Taib atau Najib diberi penghormatan berdailog dgn pengusaha2 terkemuka di Jepun kerana kebanyakan mereka dah cabut lari ke negara lain dek kebodohan Najib mentadbir negara.

4. Pernahkah Tun Mahathir didakwa di mahkamah luar negara kerana klepet wang seperti Najib di USA & Mat Taib di Australia....??

5. Adakah nama Mat Taib atau nama Najib sentiasa disebut2 kerana ketokohan & kehebatan di bumi Bosnia & Arab, terutama di Palestin, Mekah & Medinah seperti The World Class Grand Old Statesman, Tun Mahathir Mohamed.....???

6. Pernahkah Tun Mahathir melarikan anak orang atau bini orang seperti Mat Taib larikan Ku Yah hingga Almarhum Sultan Selangor murka...dan Najib rampas bini orang hingga terpaksa tebus talaq dgn suami Rosmah.....???

Yakinlah bahwa Cyber2-trooper BN termasuk Najib & semua menteri2 kabinet kasut amat jauh di bawah kelas Tun Mahathir.

Sokong & undilah Pakatan Harapan 

KAFIRKAH SAYA ? - Tun Dr. Mahathir

Tun Dr Mahathir 18 Sept 2017

1. Saya berasa sedih membaca rencana jawapan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap ulasan saya berkenaan Parti PAS. Saya hormati Tuan Ibrahim sebagai satu-satunya pemimpin PAS yang rasional. Tetapi jawapannya tidak sedikit pun menyentuh perkara utama yang dibangkitkan dalam rencana saya.

2. Sesungguhnya saya tidak marah jika saya dipanggil penyangak, penyamun, diktator dan sebagainya. Saya tidak harap musuh politik saya memanggil saya dengan nama baik. Jika mereka membuat demikian tentulah sukar bagi mereka menentang saya.

3. Tetapi yang saya sedih dan marah ialah apabila PAS mengkafirkan saya dan semua orang Melayu yang tidak sokong PAS. Perbuatan ini dilarang oleh agama Islam. Dan mereka yang dikafir marah dan kecewa didakwa mereka tidak Islam.

4. Tuan Ibrahim tidak menyentuh perkara ini sama sekali. Sebaliknya Tuan Ibrahim hanya melempar berbagai kata kesat kepada saya. Ini bermakna Tuan Ibrahim bersetuju dengan dakwaan PAS bahawa saya dan lain-lain orang Melayu yang tidak menyertai PAS adalah kafir. Yang tidak menyertai PAS ini ramai. Raja-raja kita pun tidak menyertai PAS. Sudah tentu orang Islam yang seramai 1.7 bilion diseluruh dunia, mengikut dakwaan PAS adalah kafir.

5. Pengkafiran inilah yang memecahbelah orang Melayu Islam yang semua percaya dan mengikut amalan agama Islam yang sama dan mengucap dua kalimah syahadah dan berada dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berimam kepada Imam Shafei.

6. Yang saya katakan ialah sebelum adanya PAS tidak ada perpecahan disebabkan kelainan agama di kalangan orang Melayu Islam. Hanya apabila PAS ditubuh dan mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti politik PAS, barulah orang Melayu Islam berpecah sehingga tidak terima nikah ibu bapa, bersembahyang dua imam, berkuburan berasingan dan bermusuh ketat antara orang PAS dengan orang bukan PAS.

7. Kenyataan saya ini tidak boleh dipertikai oleh sesiapa. Bolehkah Tuan Ibrahim nafi perpecahan ini berlaku, dan ianya berlaku kerana PAS menidakkan Islamnya orang UMNO dan juga orang lain yang tidak menyertai PAS.

8. Saya berada di zaman sebelum PAS ditubuh. Ada kaum muda dan kaum tua. Tetapi tidak ada perpecahan antara orang Melayu kerana agama. Sudah tentu tidak ada sembahyang dua imam, perkuburan berasingan dan lain-lain.

9. Soal mengkafir ini hanya berlaku apabila PAS ditubuh dan PAS kafirkan orang UMNO terutamanya kerana UMNO bekerjasama politik dengan orang bukan Islam.

10. Kemudian PAS bekerjasama dengan DAP. Tetapi PAS dakwa ini tidak menjadikan PAS kafir. Kerjasama PAS diberi nama “tahaluf siyasi” perkataan Arab yang bermakna “kerjasama politik”. Hanya dengan mengguna Bahasa Arab tidak menjadikan perbuatan PAS itu Islam.

11. Oleh kerana Tuan Ibrahim tidak sentuh soal mengkafir orang yang bukan ahli PAS, dibawah ini saya kemukakan soalan-soalan berkenaan perkara ini supaya Yang Berbahagia Tuan Ibrahim dapat faham kandungan utama rencana saya.

i) Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS tidak Islam.
ii) Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS.
iii) Apakah ibubapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum adanya PAS.
iv) Apakah PAS tidak kafir apabila bekerjasama politik dengan DAP.
v) Mengikut PAS, UMNO kafir. Jika PAS bekerjasama dengan UMNO apakah PAS menjadi kafir.
vi) Amanat Hadi dakwa pemerintahan Malaysia kafir dan melawan dengannya adalah jihad dan kematian dalam perlawanan ini menjadikan si mati syahid. Apakah Tuan Ibrahim terima dakwaan dalam amanat Hadi?
vii) Jika pemerintahan yang didirikan oleh UMNO dahulu kafir, apakah pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin dan dinasihat oleh mereka kafir.
viii) Apakah Tuan Ibrahim percaya 14 pengikut Ibrahim Libya mati syahid dah 4 orang polis mati sebagai orang kafir yang bekerja dengan Kerajaan kafir?

12. Soal saya dalam rencana ini jelas. Memaki saya, iaitu saya ini perompak dan penyamun, mencerita berkenaan kezaliman saya dan bermacam lagi tidak sedikitpun menimbul kemarahan saya. Memanglah musuh saya tidak akan puji saya. Membuat tuduhan yang tidak berasas memang cara musuh untuk menang dalam pilihanraya.

13. Tetapi mengkafirkan saya tidak boleh saya terima. Ia dilarang oleh Islam, dilarang dalam Al-Quran. Ia berdosa dan orang yang mengkafirkan orang Islam, akan dapati dakwaan mereka akan kembali kepada mereka. Ini yang dijanji dalam Al-Quran.

14. Tidak perlu dakwa saya tidak berbahasa Arab. Tidak perlu kata saya bukan orang agama, tidak berijazah dalam agama Islam.

15. Tetapi soalnya apakah orang yang terpelajar dalam agama Islam seperti Tuan Ibrahim, orang yang mendakwa diri mereka ulama, apakah mereka terima dakwaan PAS bahawa orang yang tidak menyertai PAS menjadi kafir. Jika mereka terima maka bukan sahaja orang UMNO, dan sekarang ini orang Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang kafir, mufti-mufti Kerajaan dan Raja-raja Melayu turut jadi kafir. Jika tidak PAS, Tuan Ibrahim sendiri boleh buat kenyataan bahawa dalam dunia ini hanya mereka yang menyertai PAS sahaja yang beragama Islam. Apabila seseorang memasuki agama Islam, maka ia mesti sebut keahlian dalam PAS sebelum ia diterima memeluk agama Islam.

16. Tak usah lari dari soal pengkafiran ini. Jelaskan dengan tegas benar atau tidak orang yang tidak menyertai PAS kafir dan KAFIRKAH SAYA ?

2017/09/17

Lapan Adun PKR Tidak Hadir Bersama Mat Taib Menggagalkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Selangor?

PANAS!!!

Mat Tyson cuba ulangi episod Perak, kata sumber

sumber : Jahabar Sadiq

Penyertaan semula Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno seharusnya melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun bagi membentuk sebuah kerajaan di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 September, 2017.

IA sepatutnya lebih daripada sekadar Muhammad Muhammad Taib masuk Umno semula semalam. Beliau sepatutnya membawa bersamanya lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) dan menyebabkan pentadbiran Mohamed Azmin Ali tumbang.

Namun kerana ada campur tangan daripada pihak berkepentingan yang berkuasa di Selangor, akhirnya, Presiden Umno Najib Razak hanya ada Muhammad seorang untuk muncul pada sidang media yang digembar-geburkan pada pukul 5 petang di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight rundingan untuk membawa Muhammad, 72, pulang ke pangkuan Umno dan menarik masuk lapan yang yang lain itu diuruskan oleh orang tengah dan bukannya perdana menteri sendiri.

"Najib dimaklumkan semuanya lancar tetapi apabila beliau tiba, hanya Mat Tyson ada di situ," kata seorang sumber parti kepada The Malaysian Insight, dengan menggunakan nama gelaran popular bekas Menteri Besar Selangor itu.

"Rundingan terbantut kerana ia tersekat di peringkat tertinggi apabila didapati Mat Tyson termasuk dalam rundingan itu," kata seorang sumber lain kepada The Malaysian Insight.

Perkembangan itu membawa kepada pengumuman yang pendek dan hambar semalam Muhammad kembali ke pangkuan Umno, biarpun kehadiran hampir semua anggota Majlis Tertinggi Umno hadir sama mencetuskan desas-desus serta spekulasi peralihan sebuah kerajaan negeri atau rombakan dalam parti menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Ogos 2018.

Difahamkan percaturan politik penyertaan semula Muhammad ke dalam Umno melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun yang sudah cukup untuk membentuk sebuah kerajaan di Selangor. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.

Kenapa lapan Adun PKR itu mahu meninggalkan parti mereka tidak didedahkan, kata sumber Umno yang mengetahui percaturan tersebut.

Pemerhati politik berkata langkah membawa Muhammad dan lapan Adun mengulangi episod yang berlaku di Perak pada 2009 ketika mana tiga Adun Pakatan Rakyat (PR) melompat keluar daripada kerajaan yang memerintah dan menyokong Barisan Nasional di DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Ia menyebabkan kerajaan PR yang mempunyai 28 wakil rakyat tumbang. Sultan Perak kemudian mempelawa BN yang mempunyai 28 Adun untuk membentuk kerajaan negeri setelah ia mempunyai majoriti tipis susulan tindakan tiga Adun yang lompat parti itu.

Pemerhati juga berkata langkah Muhammad semalam membayangkan hasrat Najib dan Umno untuk mengguna pakai jalan yang sama seperti di Perak untuk mengalahkan seteru politiknya di Selangor.

Muhammad empat penggal menjadi wakil rakyat Batang Kali (1982-1999) dan Menteri Besar Selangor antara 1986 hingga 1997 apabila beliau letak jawatan berhubung kes mata wang di Australia.

Beliau keluar Umno untuk menyertai PAS pada 2013, empat tahun selepas tidak tersenarai dalam Kabinet Najib pada 2009. Beliau meninggalkan PAS selepas dua tahun dan menyertai PKR pada 2015.

Muhammad berbalah dengan Istana Selangor apabila berkahwin secara sulit dengan adinda kepada Sultan sekarang pada 1987 di Thailand. Beliau dan puteri Selangor itu, Tengku Puteri Zahariah Sultan Abdul Aziz Shah, kini sudah bercerai.

Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia dua tahun lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyentuh tentang beberapa menteri besar negeri itu tetapi membuat kenyataan yang keras tentang Muhammad.

"Yang banyak tukar adat ini ialah Muhammad Muhammad Taib. Macam penganugerahan darjah kebesaran tidak lagi melalui Dewan Diraja, tetapi Exco sahaja luluskan terus, bagi darjah kebesaran.

"Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS. Kemudian apabila PAS kelam kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat.

"Kalau orang tidak ada prinsip jadi pemimpin, memang goyanglah. Kita mesti teguh. Kalau kepercayaan kita betul, periksa dan ulang periksa dan jangan berganjak bila sudah buat keputusan," titah baginda. – 18 September, 2017.