nuffnang Ads

.

2017/07/11

Usia UMNO 71 Tahun Atau 28 Tahun..??

**

Ramai yang masih keliru dengan umur UMNO , dan ramai juga ahli UMNO yang tidak tahu berapa usia UMNO ini.

Pemimpin UMNO terus-terusan menipu ahlinya dengan mengatakan bahawa umur UMNO adalah 71 tahun.

Walhal UMNO sebenarnya telah "mati" ketika berusia 43 tahun.

UMNO pada masa itu mati kerana penyakit yang di bawa oleh ahlinya sendiri.

Matinya UMNO kerana sikap tamak dan haloba ahlinya demi kepentingan diri sendiri dan kumpulan yang menyokong.

Selama 43 tahun kehidupan UMNO itu sebelum ajalnya , UMNO itu di lihat amat mementingkan Bangsa Melayu , Ekonomi Melayu dan Pelajaran Bangsa Melayu.

Apabila pertembungan kuasa melanda UMNO pada tahun 1988 , yang mana menyebabkan kematian UMNO , maka orang Melayu telah mula berpecah dengan drastiknya.

UMNO lahir semula ke dunia ini pada tahun 1989 dengan nama baru yang di kenali dengan nama  "UMNO BARU".

Kemudian dengan perlahan-lahan UMNO BARU itu menjadi UMNO sahaja untuk selama 28 tahun kemudian.

Dalam tempoh 28 tahun umur UMNO selepas kelahiran semula , selama 13 tahun adalah waktu "recovery" dari segi ekonomi dan politik semasa.

Dalam tempoh 28 tahun kelahiran semula UMNO itu ianya melahirkan Khairy Jamaluddin , Razali Ibrahim , Azalina Othman dan beberapa nama orang muda dalam persada politik tanah air ini.

Masalah utama mereka itu adalah bahawa mereka semua sudah nyanyok dan tidak tahu berterima kasih kerana memberi ruang kepada mereka untuk berada di dalam persada politik tanah air ini.

Kalau tidak kerana TUN Dr MAHATHIR MOHAMAD  yang MELAHIRKAN UMNO hari ini , maka nama-nama itu tidak akan di kenali di persada politik tanah air ini.

BARANG DI INGAT , UMNO PERNAH MATI , DAN TIDAK MUSTAHIL UMNO BOLEH MATI SEKALI LAGI , CUMA BEZANYA KALI INI , UMNO AKAN MATI MUDA KERANA PENYAKIT GILA MEROYAN PEMIMPIN-PEMIMPINNYA.

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/07/10

BANGGAKAH ORANG PARLIMEN SRI GADING APABILA PARIT RAJA DI IKTIRAF SEBAGAI "BANDAR PENDIDIKAN" ..??

*"*

UTHM yang terletak di dalam kawasan Parlimen Sri Gading , adalah antara universiti yang terbaik di dalam Malaysia.

Tapi.....apabila tular di media sosial yang mengatakan terdapat pelajar UTHM yang hanya makan nasi berlauk kuah kosong untuk meneruskan kehidupan di universiti.

Adakah pelajar kita hanya di paksa untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik demi menjaga nama baik universiti.

Tetapi tanggungan sosial pelajar itu di perlekehkan dan di biarkan tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Bercuti mewah ke luar negeri , membeli barangan mewah , memotong bajet pendidikan , mengekalkan bajet JPM , PERMATA NEGARA yang berpuluh juta menjadi satu KEWAJIPAN kepada kerajaan yang sedia ada hari ini.

Tidak rasa sedih ke para pemimpin yang selalu mendabik dada dengan  mengatakan bahawa mereka sahaja yang  MEMPERJUANGKAN NASIB MELAYU SELAMA 60 TAHUN.

Kita boleh bayangkan bagaimana nasib pelajar tersebut sehari-hari apabila hanya makan nasi berlaukkan hanya kuah dan air kosong sahaja.

Sudah pasti kemungkinan hanya itu sahaja makanan yang di makan oleh pelajar tersebut dalam sehari itu.

Jika bajet JPM dan PERMATA NEGARA yang di potong , bercuti mewah keluar negara , dan membeli barangan mewah di tiadakan , mungkin nasib pelajar itu tadi akan berubah.

Sampai bila juak-juak yang mendabik dada mengatakan bahawa mereka sahaja yang MEMPERJUANGKAN NASIB MELAYU ini hendak di biarkan berkuasa.

Kerajaan negara ini sudah rosak teruk , kerajaan negara ini sudah tidak lagi memperdulikan akan nasib rakyatnya.

Kerajaan yang ada hari ini hanya mementingkan individu tertentu untuk kelangsungan hidup pemimpin tersebut sahaja.

Kejadian pelajar UTHM yang tular di media sosial itu PASTI BUKAN yang satu-satunya berlaku di dalam negara ini , sudah pasti ada juga kejadian yang sama di tempat lain.

Kepada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi yang terpaksa mengikat perut demi pelajaran , bertabahlah , marilah kita sama-sama menukar kerajaan yang sedia ada ini demi kebaikkan masa hadapan generasi penerus kita.

*SHUKUR MOHAMAD*

ULASAN PRESIDEN PRIBUMI BERSATU MENGENAI KELUHAN TMJ TTG APA YG BERLAKU PADA MALAYSIA SEKARANG

Saya membaca dengan tekun kenyataan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan Malaysia hari ini. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Walaupun hakikatnya amat perit untuk diakui, namun terasa sedikit terhibur hati saya apabila hal yang saya sering perkatakan dan perjuangkan turut disuarakan oleh seorang tokoh istana.

Saya secara peribadi menjunjung kasih dan merafakkan sembah tahniah di atas keberanian Tunku Mahkota Johor menyatakan kebenaran. Ini membayangkan keprihatinan beliau terhadap keadaan negara dan nasib bukan sahaja rakyat negeri Johor tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.

Keluhan Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan negara pernah disuarakan oleh institusi Raja-Raja Melayu sebelum ini. Selepas itu, Tunku Mahkota Johor sendiri menjadi antara tokoh istana yang lantang menegur pimpinan negara dan menyeru mereka melakukan perubahan segera untuk kebaikan rakyat jelata.

Namun, teguran-teguran ini dipandang sepi oleh pimpinan negara. Titah Raja-Raja Melayu dan suara istana seolahnya tidak diendah oleh kerajaan.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, kerajaan sepatutnya menjalankan urusan negeri dan negara bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan sudah semestilah setiap pandangan dan teguran institusi raja-raja dipandang serius oleh kerajaan.

Apa yang diluahkan oleh Tunku Mahkota Johor bukan sahaja suara hati beliau, tetapi juga suara hari rakyat terbanyak. Ramai orang yang saya temui bertanyakan soalan yang sama iaitu apa sudah jadi dengan Malaysia? Mereka termasuklah sahabat handai, kenalan dan orang ramai yang saya temui di Malaysia dan juga orang asing di luar negara.

Mereka berasa cukup hairan bagaimana Malaysia yang amat dihormati oleh dunia suatu ketika dahulu boleh berubah dengan sekelip mata menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa.

Saya diberitahu ada rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara malu untuk mengaku mereka adalah rakyat negara ini kerana tidak sanggup dipandang sinis oleh orang luar.

Berlainan sekali keadaannya sebelum ini apabila kita biasanya dengan bangga mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan rakyat asing dengan pantas memuji Malaysia.

Malaysia tidak lagi dihormati

Pokoknya, Malaysia hari ini bukan seperti dahulu lagi. Malaysia tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat. Tidak lagi dihormati oleh dunia.

Puncanya tidak lain kerana pimpinan negara terpalit dengan skandal rasuah, penipuan dan penyelewengan yang berada di tahap yang paling memalukan. Lebih menyedihkan, institusi negara yang sepatutnya berfungsi untuk mengawal kuasa eksekutif, memelihara hak rakyat dan menjamin keadilan gagal berfungsi sama sekali (totally dysfunctional).

Kita tidak dapat bayangkan seorang Perdana Menteri mempunyai wang berbilion ringgit di dalam akaun peribadinya dan wang ini adalah wang yang dicuri daripada syarikat milik negara.

Namun, Peguam Negara tidak mendakwa Perdana Menteri atas alasan Perdana Menteri tidak mengetahui wang itu ada di dalam akaunnya. Sedangkan terdapat bukti yang jelas wang ini telah dibelanjakan untuk kegunaan peribadi.

Undang-undang apakah yang dirujuk oleh Peguam Negara? Di manakah kedaulatan undang-undang? Sudah hilangkah keluhuran perlembagaan?

Jadi bahan jenaka antarabangsa

Tidak hairanlah Malaysia telah berubah menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa dan dicemuh oleh rakyat sendiri.

Lebih mendukacitakan kita, ketika rakyat berasa amat terbeban untuk membayar harga sekilo ikan kembung dan menanggung GST untuk barangan keperluan harian, isteri Malaysian Official 1 dihadiahkan kalung berlian merah jambu berharga RM117 juta menggunakan wang yang dicuri daripada syarikat milik negara. MasyaAllah!

Dalam sejarah 40 tahun penglibatan saya dalam politik, saya tidak pernah menyaksikan perkara seperti ini berlaku. Orang-orang ini sudah tidak ada sekelumit rasa malu dengan perbuatan curang mereka terhadap rakyat dan negara. Seolahnya mereka boleh terlepas daripada hukuman undang-undang negara dan balasan Allah s.w.t.

Itulah keadaan negara kita. Kedaulatan undang-undang tercalar. Institusi negara dirobek. Hak rakyat sedikit demi sedikit dirampas. Yang curang menjadi kaya-raya. Yang lemah menanggung derita.

Masanya sudah tiba untuk kita melakukan perubahan dan reformasi institusi secara besar-besaran untuk memulihkan negara. Kuasa di tangan rakyat. Apatah lagi jika rakyat dipayungi institusi raja. Bak kata pepatah, rakyat dan raja berpisah tiada. Bangkitlah bersama selamatkan Malaysia!

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Presiden BERSATU dan bekas timbalan perdana menteri.

https://m.malaysiakini.com/news/388072

TMJ Raja Luar Biasa - Tim. Ketua Menteri Sarawak


10 Jul 2017, 2:55 pm 
(Dikemaskini 10 Jul 2017,  1:05 pm)

 

Kenyataan terbaru Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meluahkanrasa kecewa dan kehampaan baginda berhubung keadaan yang memalukan dalam negara mendapat sokongan daripada Sarawak.

"Tunku Mahkota Johor (TMJ) melakukan perkara betul dengan meluahkan apa yang baginda fikirkan adalah benar. Baginda mempunyai keberanian untuk membicarakan tentang perkara berhubung kepentingan negara secara berterus-terang," kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing.

"Saya menghargai dan mengagumi kebijaksanaan dan keberanian TMJ untuk mengambil pendirian dan bersama di sisi rakyat.

"Tidak mudah bagi kerabat diraja untuk menjadi begitu kritikal terhadap kepimpinan negara. TMJ adalah raja yang luar biasa dalam hal ini.

"Tidak ada yang boleh menyalahkan baginda kerana menyuarakan perasaan dalamannya. Lebih-lebih lagi, apa yang diluahkannya itu adalah mengenai kebenaran," kata Masing kepada Malaysiakini hari ini.

Dalam catatan terbarunya di halaman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail menyatakan kekesalannya dengan keadaan negara hari ini dengan melontarkan soalan “Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya."

Antara lain, Tunku Mahkota Johor, 33 menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana rasuah menjadi budaya, di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.

Tunku Ismail juga mendakwa bahawa rakyat yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas manakala orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.

Kata baginda, Malaysia kini sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

2017/07/09

6 Fakta Tragedi 13 Mei Yang Di Sorok UMNO

Pada 18 Februari 2017
oleh:  Syazana Hasanudin


Sudah hampir lima dekad sejak tragedi hitam 13 Mei 1969 meninggalkan kita, namun sehingga ke hari ini masih wujud pelbagai andaian tentang peristiwa sebenar yang berlaku pada tarikh tersebut, termasuk mengenai individu-individu yang bertanggungjawab menyebabkan rusuhan itu berlaku.

Walaupun pihak polis, pasukan keselamatan mahupun kerajaan sendiri tidak dapat menentukan huru-hara itu berpunca dari siapa, nama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dituduh secara meluas sebagai pihak yang terlibat. Malah, Kit Siang dituduh menghasut orang ramai dengan laungan slogan-slogan rasis di jalan raya sekitar ibu kota pada hari itu.

Hal ini disebar secara meluas di internet, terutamanya di blog-blog tentera siber UMNO. Filem Tanda Putera yang ditayangkan pada tahun 2013 juga pernah menyelitkan babak Kit Siang ‘kencing’ di bawah tiang bendera Selangor semasa rusuhan 13 Mei.

Namun, adegan itu akhirnya dipotong akibat bantahan pelbagai pihak yang mendakwa ia tidak wajar, meskipun pengarah filem berkenaan, Datin Paduka Shuhaimi Baba menyatakan adegan kencing dalam filem itu adalah rekaan beliau yang menggunakan ‘lesen kreatif’ untuk mengkhayalkan babak rusuhan kaum tersebut.

Tindakan sesetengah pihak mengaitkan Kit Siang dengan tragedi 13 Mei inilah juga antara sebab utama DAP masih dipandang sebagai parti rasis yang kononnya mahu ‘melenyapkan’ orang Melayu dari bumi Malaysia, tidak kiralah berapa banyak dasar DAP selama ini yang membela kebajikan Melayu dan Islam seperti yang dapat dilihat di Pulau Pinang.

Persoalannya, benarkah beliau terlibat dalam peristiwa berdarah tersebut?

Kit Siang sebelum ini pernah menyatakan enam bukti beliau tidak ada kaitan dengan rusuhan kaum ataupun menjadi pencetus kepada tragedi 13 Mei 1969.

1. Tidak bertanding di mana-mana kerusi di Kuala Lumpur atau Selangor

Pada Pilihan Raya Umum 1969, Kit Siang tidak bertanding di mana-mana kerusi di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, sebaliknya bertanding bagi kerusi Parlimen Bandar Melaka. Jadi adalah tidak logik jika beliau menyertai perarakan kemenangan pilihan raya di kawasan ibu kota sehingga mencetuskan rusuhan.

2. Tidak ada di Kuala Lumpur pada 11 sehingga 13 Mei 1969

Kit Siang tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969, sebaliknya berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11 Mei kerana menunggu keputusan pilihan raya. Pada sebelah petang, beliau kembali ke Petaling Jaya untuk sementara waktu sebelum pulang semula ke Melaka pada 12 Mei bagi mengucapkan terima kasih kepada para pengundi.

Malah, sesi ‘terima kasih kepada pengundi’ pada petang dan malam 12 Mei yang diadakan itu berlangsung secara aman tanpa wujud sebarang rusuhan.

Pada awal pagi 13 Mei pula, Kit Siang berlepas ke Sabah bagi membantu calon-calon pilihan raya di situ. Hal ini kerana hari mengundi Sabah dan Sarawak pada masa itu diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.

“Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur,” katanya.

3. Jika bersalah, buat apa pulang ke Kuala Lumpur?

Kit Siang pernah menegaskan bahawa jika beliau penyebab rusuhan pada 13 Mei, beliau pasti tidak akan pulang ke Kuala Lumpur kerana bimbang akan diapa-apakan pihak berkuasa yang masih mencari dalang di sebalik tragedi itu.

Keberanian beliau untuk pulang semula ke Kuala Lumpur pada 17 Mei menunjukkan bahawa tuduhan melaungkan slogan anti-Melayu atau kencing di tiang bendera hanyalah fitnah yang direka semata-mata.

4. Tidak pernah didakwa di mahkamah

Kit Siang seorang ahli politik, dan sudah tentu ahli politik dikenali umum. Maka, jika benar beliau terlibat dengan rusuhan 13 Mei, beliau pasti akan dihadapkan di mahkamah kerana menjadi pencetus perkauman yang membahayakan keharmonian negara. Tidak mungkin Kit Siang akan dilepaskan begitu sahaja, malah masih gagah berdiri dalam arena politik negara selepas hampir lima dekad.

5. Gesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja

Sejak 44 tahun lalu, Kit Siang berulang kali meminta agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian 13 Mei supaya sebab dan dalang di sebalik peristiwa itu dapat dikenal pasti serta dihukum.

Sedangkan, Kit Siang tahu, sebagai seorang ahli politik pembangkang, beliau tentu tidak akan terlepas begitu saja jika didapati bertanggungjawab ke atas rusuhan tersebut. Tetapi mengapa beliau tetap menggesa agar tragedi itu disiasat?

6. Kemuka tiga cadangan kukuhkan perpaduan negara

Kit Siang pernah menulis surat kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1969 bagi mengemukakan tiga cadangan untuk mengukuhkan perpaduan nasional selepas terjadinya rusuhan kaum 13 Mei.

Beliau mencadangkan agar Parlimen bersidang dengan segera untuk membolehkan semua ahli parlimen menegaskan sokongan mereka terhadap konsep dan ideal toleransi, persefahaman dan kemajmukan kaum dan menafikan peluang Parti Komunis Malaya untuk mendapat keuntungan politik daripada kekacauan itu.

Selain itu, beliau meminta penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat sebab terjadinya kekacauan 13 Mei, menangkap dan menghukum dalangnya serta meneliti semua masalah perkauman di Malaysia dengan tujuan merumuskan penyelesaian jangka panjang.

Fitnah yang dilemparkan terhadap Kit Siang mengenai pembabitannya dalam tragedi 13 Mei ini mengingatkan kita bahawa internet telah menjadi medan penyebaran tuduhan-tuduhan palsu oleh pelbagai pihak, termasuklah pemimpin-pemimpin parti UMNO Barisan Nasional bagi meraih kepentingan parti.

Amalan jijik ini mesti ditolak mentah-mentah oleh seluruh rakyat Malaysia, terutama dalam hal yang melibatkan kaum dan agama, supaya kita akan kekal bersatu-padu biarpun ada pihak yang sengaja mahu memecah-belahkannya demi mengekalkan kuasa

Mana kita..? Mana Malaysia..? Mana PM atau Wakil Malaysia Di Persidangan G20..??

Saya tak jumpa info ni dalam bahasa melayu, terpaksa cuba ngan google translate..(ke saya yang terlepas pandang..???)

Tq Syah for the info

Sesi Foto G20, Jokowi, Trump, Merkel di Barisan Paling Depan

TEMPO.CO, Jakarta -- Para pemimpin negara G20 berfoto bersama seusai menghadiri forum Leaders' Retreat di Konferensi Tingkat Tinggi G20 di Hamburg, Jerman. Presiden Joko Widodo nampak berdiri di barisan terdepan bersama para pemimpin negara-negara besar lainnya, seperti Perancis, Amerika Serikat, Jerman, Rusia, Cina dan Turki.

Para pemimpin negara G20 berpose sambil berdiri dengan para pria mengenakan pakaian formal jas dan pemimpin perempuan mengenakan blazer. Mereka membuat empat baris ke belakang.

Barisan paling depan diisi oleh para kepala negara. Urutan disusun berdasarkan senioritas, alias lamanya masa jabatan. Kanselir Jerman Angela Merkel berada di tengah sebagai tuan rumah.

Barisan kedua diperuntukkan bagi kepala pemerintahan seperti perdana menteri. Para undangan seperti kepala organisasi internasional ditempatkan di barisan paling belakang.

Jokowi terlihat mengenakan setelan jas warna biru cerah dan berdasi merah. Dia berdiri diapit Presiden Amerika Donald Trump dan Presiden Meksiko Enrique Peña Nieto. Di barisan yang sama berdiri juga Presiden Perancis Emmanuel Macron, Presiden Cina Xi Jinping, Kanselir Jerman Angela Merkel, dan Presiden Turki Recep Tayyip ErdoÄ�an.

Kepala Biro Pers, Media, dan Informasi Sekretariat Presiden Bey Machmudin mengatakan Presiden Jokowi sempat berbincang akrab dengan Trump sambil menunggu pemotretan. "Presiden juga berbincang akrab dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Presiden Prancis Emmanuel Macron," ujarnya seperti dilansir keterangan tertulis, Jumat, 7 Juli 2017.

Sebelum sesi foto bersama dimulai, Presiden Trump terlihat menghampiri Presiden Jokowi untuk berjabat tangan. Trump juga terlihat berbisik-bisik dan Jokowi menanggapi dengan tersenyum.

Usai sesi foto bersama, para kepala negara dan kepala pemerintahan langsung menuju Plenary Hall, Hamburg Messe und Congress. Mereka membicarakan pertumbuhan global dan perdagangan.

Dalam pertemuan itu, Jokowi menyatakan Indonesia telah mengambil langkah untuk memenuhi komitmen Agenda 2030 tentang pertumbuhan berkelanjutan. Dia pun menjelaskan upaya pemerintah dalam menghadapi tantangan perubahan iklim dan ketahanan energi.

Acara foto bersama G20 juga berlanjut setelah para pemimpin menghadiri acara musik Beethoven di Gedung Konser Elbphilharmonie. Jokowi terlihat hadir bersama istri Iriana, yang mengenakan pakaian tradisional kebaya bernuansa modern. Iriana mengenakan atasan berwarna hijau cerah, yang dipadu dengan bawahan batik coklat.

Di sini, Jokowi menempati barisan kedua bersama Presiden Perancis Macron dan Presiden Amerika Serikat Trump. Dari sini, para pemimpin dan pasangannya berjalan menuju lokasi santap malam.
**********************************************************************

TEMPO.CO, Jakarta - Para pemimpin negara G20 bergambar bersama selepas menghadiri forum Leaders 'Retreat di Sidang Kemuncak G20 di Hamburg, Jerman. Presiden Joko Widodo nampak berdiri di barisan hadapan bersama-sama para pemimpin negara-negara besar lain, seperti Perancis, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia, China dan Turki.

Para pemimpin negara G20 berpose sambil berdiri dengan para lelaki memakai pakaian formal jas dan pemimpin perempuan mengenakan blazer. Mereka membuat empat baris ke belakang.

Barisan paling depan diisi oleh para kepala negara. Urutan disusun mengikut kekananan, alias tempoh masa jabatan. Canselor Jerman Angela Merkel berada di tengah sebagai tuan rumah.
Barisan kedua diperuntukkan bagi kepala pemerintahan seperti perdana menteri. Para undangan seperti kepala organisasi antarabangsa ditempatkan di barisan paling belakang.

Jokowi terlihat mengenakan sut warna biru cerah dan berdasi merah. Dia berdiri diapit Presiden Amerika Donald Trump dan Presiden Mexico Enrique Peña Nieto. Di barisan yang sama berdiri juga Presiden Perancis Emmanuel Macron, Presiden China Xi Jinping, Canselor Jerman Angela Merkel, dan Presiden Turki Recep Tayyip ErdoÄ an.

Kepala Biro Akhbar, Media, dan Maklumat Sekretariat Presiden Bey Machmudin mengatakan Presiden Jokowi sempat berbincang akrab dengan Trump sambil menunggu pemotretan. "Presiden juga berbincang akrab dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Presiden Perancis Emmanuel Macron," ujarnya seperti dipetik keterangan tertulis, Jumaat, 7 Julai 2017.

Sebelum sesi foto bersama bermula, Presiden Trump kelihatan menghampiri Presiden Jokowi untuk berjabat tangan. Trump juga kelihatan berbisik-bisik dan Jokowi menanggapi dengan tersenyum.

Usai sesi foto bersama, para kepala negara dan kepala pemerintahan langsung menuju Plenary Hall, Hamburg Messe und Congress. Mereka membicarakan pertumbuhan global dan perdagangan.

Dalam pertemuan itu, Jokowi menyatakan Indonesia telah mengambil langkah untuk memenuhi komitmen Agenda 2030 tentang pertumbuhan berterusan. Dia pun menjelaskan usaha kerajaan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan ketahanan tenaga.

Acara foto bersama G20 juga berlanjut setelah para pemimpin menghadiri acara muzik Beethoven di Dewan Konsert Elbphilharmonie. Jokowi kelihatan hadir bersama isteri Iriana, yang mengenakan pakaian tradisional kebaya bernuansa moden. Iriana mengenakan atasan berwarna hijau cerah, yang dipadu dengan bawahan batik coklat.

Di sini, Jokowi menduduki barisan kedua bersama Presiden Perancis Macron dan Presiden Amerika Syarikat Trump. Dari sini, para pemimpin dan pasangannya berjalan menuju lokasi santap malam.

Warkah terbuka Syed Saddiq buat TMJ

Syed Saddid Syed Abdul Rahman
9 Jul 2017, 1:58 pm

 

Ampun Tunku.

Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor.
Patik memohon ampun limpah perkenan Tunku untuk bercemar duli membaca nukilan ringkas, ikhlas dari hati seorang rakyat Johor.

Saya menangis apabila membaca surat terbuka daripada Tunku semalam.

Saya menangis kerana saya juga tinggal di Malaysia yang Tunku maksudkan.
Malaysia yang dahulunya dipenuhi dengan optimisme dan maruah.
Malaysia yang berdiri gagah di mata dunia.
Malaysia yang bukan bernormakan rasuah.
Malaysia yang di mana budaya kita dipelihara dan diraikan sebagai simbol perpaduan, bukan perpecahan.
Malaysia yang untuk mereka yang cintakan keamanan, bukan untuk golongan elit.

Bukan untuk golongan elit yang dahagakan kuasa dan korupsi. Malangnya pada hari ini kita kehilangan negara tercinta kita. Kita kehilangan identiti tercinta kita.
Kita kehilangan rumah tercinta kita.

Tunku,

Mungkin akan ada beberapa pihak yang akan mempersoalkan kelantangan Tunku. Pihak yang pada mulanya mengusap belakang Tunku tapi kemudiannya menikam belakang Tunku. Pihak yang skeptikal terhadap motif Tunku tapi saya dengan sendirinya akan menentang mereka ini.

Saya melakukan ini bukan kerana saya terpaksa tapi di atas kemahuan saya sendiri. Ini bukan kerana taat setia saya yang membuta-tuli tapi disebabkan saya percayakan Tunku dalam perjuangan ini.

Saya telah diberikan keistimewaan untuk berjumpa dengan Tunku secara peribadi dan Tunku sentiasa meluahkan kebimbangan Tunku tentang Johor dan Malaysia. Tunku sentiasa konsisten dalam mengkritik kedua-dua kerajaan dan pembangkang dan oleh sebab itu saya mengagumi Tunku.

Tunku,

Sedang saya bersedih dengan perbuatan golongan elit yang merosakkan negara dan negeri tercinta kita disebabkan dahagakan kuasa. Saya sangat optimistik dengan masa hadapan kita bersama Tunku yang sanggup berani bercakap benar.

Walaupun saya sudah kehilangan harapan dalam kabinet kerajaan tapi saya masih menaruh harapan terhadap Tunku. Saya tetap optimistik kerana adanya pemimpin yang lantang bersuara menentang ketidakadilan dan memperjuangkan hak yang di luar sana.

Besar harapan saya untuk Malaysia dan Johor apabila mempunyai seorang pemimpin yang berani seperti Tunku.

Sebagai rakyat Johor, saya sangat berbangga mempunyai Tunku sebagai Tunku Mahkota Johor dan sebagai bakal Sultan. Teruskan berjuang.

Patik yang mendatang sembah,
Syed Saddiq