nuffnang Ads

.

2017/07/02

KAITKAN CAMPUR TANGAN ASING CUBAAN SUCIKAN PERLAKU JENAYAH - Datuk Mahfuz Omar

30 Jun 2017
4:38 pm

 

Mengaitkan tindakan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) ke atas kes pengubahan wang haram dengan campur tangan asing adalah perkara yang sangat memalukan, kata Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

"Komen-komen dari pemimpin parti Umno BN serta segelintir pemimpin pembangkang termasuk PAS serta beberapa orang mufti dilihat sebagai cubaan mensucikan pelaku jenayah penggubahan wang haram di Amerika," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahfuz, adalah jelas DOJ mahu menyita dan mendapatkan kembali aset AS$540 juta yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang didakwa diselewengkan daripada dana 1MDB.

"Dapatan hasil siasatan DOJ juga mendapati wang tersebut telah mengalir kembali kepada individu seperti MO1 (Malaysian Official 1) dan isteri MO1 dalam bentuk tunai dan juga dalam bentuk permata berlian.

"Persoalannya, apakah menjadi suatu kesalahan pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan ke atas pelaku jenayah penggubahan wang haram di Amerika walaupun mereka adalah rakyat Malaysia?" soal Mahfuz.

Beberapa pemimpin BN seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini mendakwa tindakan DOJ sebagai campur tangan asing ke atas kedaulatan negara.

Manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pula membidas DOJ dan menganggap tindakan itu berbaur politik.

Pada 24 Jun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam surat terbuka kepada parti-parti politik berkata, campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.

Pendapat itu senada dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia adalah "tali barut' dan mempunyai niat jahat.

JANGAN CAMPURI URUSAN PERUNDANGAN AMERIKA

Mengulas lanjut, Mahfuz mempersoalkan apakah Malaysia akan melindungi pelaku penggubahan wang haram daripada kalangan rakyat Amerika seandainya mereka melakukan aktiviti yang sama di negara ini.

"Adakah peguam negara dan para mufti serta ulamak parti politik akan mengguna hujah yang sama iaitu tidak mahu dituduh sebagai mencampuri urusan negara asing walaupun kesalahan itu dilakukan di Malaysia.

"Apakah perlu peguam negara, para mufti dan PAS bangkit bagi mencadangkan pemansuhan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Keganasan 2001 yang telah sedia diwartakan?," soalnya.

Tambahnya, sekiranya mahkamah di Amerika membenarkan permohonan DOJ tersebut, aset yang dirampas akan dikembalikan semula kepada 1MDB.

"Amerika Syarikat mahupun pihak asing lain tidak mencampuri perundangan Malaysia.

"Jangan pula Malaysia dilihat dunia sebagai mencampuri proses perundangan di Amerika Syarikat oleh DOJ semata-mata untuk 'mensucikan penjenayah' yang telah merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia," kata Mahfuz.

DOJ pada 15 Jun lalu memfailkan saman sivil kali ketiga untuk merampas aset bernilai AS$ 540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.

Antara lain, ia mendakwa AS$620 juta yang sepatutnya dikembalikan oleh MO1 kepada 'penderma' sebaliknya dipindahkan kepada ahli pernigaan, Jho Low untuk membeli kalung berlian berharga AS$27.3 juta bagi isteri MO1.

MENIPU UNTUK TUTUP PENIPUAN

Baru-baru ini kecoh mengatakan DoJ USA cuba mencampuri urusan kerajaan negara Malaysia.

Ada juga kata-kata yang mengatakan DoJ USA cuba menggangu kestabilan negara Malaysia.

Tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat cuba menggulingkan kerajaan BN yang ada hari ini.

Semua kata-kata itu di keluarkan oleh cybertrooper UMNO akibat penyiasatan DoJ USA terhadap satu kes yang berkaitan dengan 1MDB di tanah , di dalam negara Amerika Syarikat.

Di ULANG..... KEJADIAN BERLAKU DI DALAM NEGARA AMERIKA SYARIKAT ATAU DI KENALI SEBAGAI UNITED STATE AMERICA ATAU USA ATAU US.

DoJ USA menyiasat satu kes di bawah undang-undang pengubahan wang haram YANG BERLAKU DI DALAM NEGARA MEREKA.

Satu undang-undang yang TIDAK MENGENALI SIAPA PUN DI AMERIKA SYARIKAT jika berlaku PENGUBAHAN WANG HARAM , waima dia adalah SEORANG PRESIDENT of USA.

Siasatan yang sedang di lakukan sekarang ini terhadap pengubahan wang haram itu adalah satu sistem yang berlainan dengan sistem undang-undang komenwel.

Undang-undang di Amerika Syarikat memerlukan satu penyiasatan TERPERINCI DAHULU sebelum membuat sesuatu PERTUDUHAN civil atau criminal ataupun TANGKAPAN bagi sesuatu kes itu kemudian barulah ada satu perbicaraan di mahkamah.

Berlainan dengan sistem undang-undang Komenwel yang mana tangkapan di buat melalui satu pertuduhan dahulu kemudian baru mencari bukti melalui perbicaraan di dalam mahkamah.

Kejadian yang di siasat itu berlaku di Amerika Syarikat , mana datangnya pula CAMPUR TANGAN ASING KE ATAS MALAYSIA❓❓❓❓❓

Yang Malaysia pula sebuk memburukkan DoJ USA atas siasatan yang berlaku di dalam negara Amerika Syarikat itu dah kenapa , sekarang SIAPA YANG MENCAMPURI URUSAN NEGARA ORANG❓❓❓❓❓❓❓

MALAYSIA atau AMERIKA SYARIKAT yang mencampuri urusan negara orang❓❓❓❓.

Kes 1MDB ini kita boleh andaikan begini :

"LowZa curi CHEWING GUM di kedai Dibi di JB , bawak masuk Singapore , di Singapore si LowZa makan Chewing gum itu kemudian tertangkap oleh pihak berkuasa Singapore , yang mana undang-undang Singapore melarang memakan chewing gum di mana-mana sahaja di Singapore , emak bapak LowZa tidak puashati atas tangkapan itu , adakah mak bapak LowZa boleh katakan bahawa Singapore mencampuri urusan keluarga LowZa di Malaysia kerana Chewing gum itu di bawa oleh LowZa dari JB❓❓❓❓❓❓❓"

SALAH TETAP SALAH mengikut definasi undang-undang negara yang menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu.

Kalaulah benar di katakan DoJ USA itu mencampuri urusan negara ini , KENAPA tidak memanggil DUTA AMERIKA yang ada di dalam negara ini dengan memberi NOTIS BANTAHAN.

Puak-puak UMNO tahu BAHAWA TIDAK ADA SATU PUN MENCAMPURI URUSAN NEGARA INI OLEH USA MELALUI DoJ USA tersebut.

Sahaja nak menakut-nakutkan rakyat negara ini untuk menutup satu jenayah yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dan di siasat oleh penguatkuasa undang-undang negara Amerika Syarikat tersebut.

Penipuan ini akan terbongkar suatu masa nanti apabila keakraban Raja Salman dan Donald Trump di meterai dengan  satu perjanjian penjualan senjata api untuk selama 10 tahun mendatang yang memberi nilai sebanyak satu trillion usd kepada Amerika Syarikat.

Masa itu kita akan tahu siapa Putera Raja Arab yang telah memberi sedekah sebanyak 2.6billion.

Ada atau tiada PUTERA RAJA ARAB itu kita akan ketahui dengan jelas , tunggu sahaja.

PERSOALANNYA SEKARANG :

SIAPA MENCAMPURI URUSAN NEGARA SIAPA❓❓❓❓❓❓❓❓

*SHUKUR MOHAMAD*
*ahli PPBM seumur hidup*

NAJIB - NAMA YANG MUNGKIN PUPUS DI MALAYSIA

Credit : ShahbudinHusin

Walaupun karier politik Tun Mahathir Mohamad penuh warna-warni, tetapi oleh kerana beliau tiada skandal peribadi atau melakukan pencurian wang untuk diri sendiri, sanjungan, penghargaan serta penghormatan tidak pernah berkurangan diterimanya.

Bukan saja ia diluahkan melalui lafaz kata, tulisan atau dalam bentuk kad ketika berkuasa,  ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, ramai yang menamakan anak dan cucu mereka sempena namanya.

Malah, setelah berbelas tahun bersara, baru-baru ini di Langkawi ada sepasang suami isteri yang masih mahu menamakan anak mereka dengan nama Mahathir.

Tetapi, adakah sesiapa di Malaysia ini mahu menamakan anak atau cucu mereka dengan nama Najib?

Di kalangan pemimpin UMNO, yang diketahui ada anak bernama Najib hanyalah Isa Samad, bekas Pengerusi Felda dan FGV yang kini diberi tugas baru menerajui SPAD.

Itu pun pemilihan nama tersebut dibuat lama sebelum ini, sebelum Najib menjadi Perdana Menteri dan belum terkait lagi dengan skandal 1MDB yang membuatkan namanya "busuk" serta diperkatakan di seluruh dunia.

Najib, anak Isa itu kini sudah dewasa dan merupakan salah seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Bagi pemimpin dan ahli UMNO yang lain yang gigih membela dan mempertahan Najib, jika mereka ada anak baru, tidak kira dengan isteri lama atau isteri baru, sediakah mereka menamakannya dengan nama Najib?

Begitu juga bagi pembela, penyokong serta pengampu Najib, di alam nyata atau di alam maya, mahukah mereka menamakan anak, cucu atau keturunan mereka dengan nama Najib sebagaimana mereka menyanjung, membela dan mempertahankan Perdana Menteri yang bernama Najib itu?

Bagi rakyat biasa, tentu saja lebih ramai yang sudah alergik dengan nama Najib. Nama yang dianggap membawa kesusahan kepada rakyat dan negara dan mencemar Malaysia di mata dunia, bukan saja dibenci, tetapi seboleh-bolehnya tidak mahu disebut atau dikenang lagi selepas ini.

Nama Najib bukan saja mahu disingkirkan daripada terus memimpin negara, malah tidak mungkin ada yang mahu menamakan zuriat, anak, cucu dan keturunan mereka  dengan nama tersebut lagi.

Skandal 1MDB, kecurian wang, menyusahkan rakyat dan pelbagai perkara yang memalukan yang dilakukannya semasa menjadi Perdana Menteri membuatkan nama itu bakal "membusuk"  untuk selama-lamanya di negara ini.

Kecuali jika ada pemimpin UMNO, penyokong, pembela dan pengampunya, termasuk blogger yang diberikan sedikit habuan yang masih mahu menggunakan nama Najib untuk pewaris atau anak cucu keturunan mereka, kebarangkalian nama itu akan pupus dan tidak mahu digunakan lagi adalah tinggi sekali. 

-

KRONI TUN M VS KRONI NAJIB RAZAK - Fakta Yg Wajar Rakyat Malaysia Tahu.

Credit: Mohd Aidiel

Tun Dr Mahathir amat menjaga kroni-kroni beliau. Antara kroni-kroni beliau yang kita sedia maklum termasuklah Ananda Krishnan, Vincent Tan, Syed Mukhtar, Tony Fernandes serta beberapa nama lagi.

Kroni-kroni ini menyumbangkan berbillion hasil cukai kepada negara , Hasil cukai inilah digunakan untuk Pembangunan selain menaikkan ekonomi negara dan juga rakyat. Malah Anak2 tun juga Menyumbangkan hasil cukai yang tinggi ratusan juta kepada kerajaan dan pernah di ketogerikan di kalangan pembayar Zakat tertinggi. Banyak peluang pekerjaan yang di sediakan oleh kroni serta Anak2 tun kepada rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan mereka yang bekerja di syarikat Anak2 tun 95% melayu yg di ambil dari giat mara dan intitusi kemahiran yg lain serta anak muda di kampung2 .Perniagaan mereka juga berdaftar di dalam dan luar negara. Tanpa Rahsia. Sebab itu tak da pn POLIS , SPRM , DOJ & FBI Nak Siasat kroni dan Anak2 tun , kerana mereka memiliki kekayaan secara sah. Hanya Beruk2 Najib je yg dok spin crita bodoh ni.

Siapa pula kroni dan Anak Tiri Najib ?

Adakah anda kenal dengan Low Taik Jho atau lebih mesra dipanggil Jho Low ? Dan Riza Aziz Pemilik Syarikat Red Granite ?

- Berapa pula hasil cukai yang disumbangkan Jho Low Dan Riza Aziz kepada negara ?

- Berapa banyak peluang pekerjaan yang di sediakan oleh Jho low dan riza aziz kepada rakyat malaysia ? Dan berapa ramai rakyat negara ini yang bekerja di bawah syarikat jho low dan Riza Aziz ?

- Di Negara Negara Mana Riza Aziz Membayar Zakat perniagaannya ?

- Jika Jho low dan Riza Aziz memiliki harta secara sah , Mengapa DOJ bakal Merampas Harta milik mereka ?

- Pekembangan Terkini , Mengapa pihak bekuasa Singapura telah Menyita jet pribadi milik Jho low , Mengarahkan BSI di tutup dan menjatuhkan hukuman penjara pada mereka yg besubahat dengan Jho low ?

Sila jawab Macai.

KERTAS PUTIH ADALAH JAWAPAN SKANDAL 1MDB - TUAN IBRAHIM TUAN MAN

KERAJAN PEELU SEGERA MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) BAGI MENYIASAT ISU 1MDB.

"DIHARAP SEMUA PIHAK DAPAT MELOBI AGAR RCI UNTUK 1MDB DIADAKAN SECEPAT MUNGKIN."

KATA  TUAN IBRAHIM KEGAGALAN INSTITUSI PENGUATKUASAAN DI NEGARA INI MEMBAWA MALAYSIA KE ARAH BAHAYA.

MENURUTNYA RAKYAT PERLU YAKIN KEPADA SELURUH INSTITUSI NEGARA, TERUTAMA BERKAITAN PENGUATKUASAAN DAN KEHAKIMAN YANG MEMASTIKAN PERATURAN DIPATUHI TANPA PENGECUALIAN.

*"APABILA SEMUA TEMPAT RAKYAT MENGHARAP KEADILAN BAGI MEMBELA NASIB MEREKA TELAH HILANG, TIDAK PELIK JIKA SESIAPA SAHAJA YANG DIANGGAP DAPAT MEMBANTU MEREKA AKAN DISANJUNG DAN DIDUKUNG."

*"PENDEK KATA, KEGAGALAN ATAU KERAKUSAN KERAJAAN YANG MEROSAKKAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA SISTEM NEGARA."

"PENGUATKUASAAN SANGAT LEMAH."

DALAM ISU 1MDB, KATA TUAN IBRAHIM, KEGAGALAN INSTITUSI PENGUATKUASAAN MENYIASAT DAN BERSIKAP TELUS.

CONTOHNTA, KATA BELIAU, LAPORAN AUDIT TERHADAP 1MDB KINI MASIH DILETAKKAN DI BAWAH AKTA RAHSIA RASMI.

SPRM DENGAN MUDAHNYA MENOLAK KES 1MDB DAN BERKATA IA DI BAWAH SIASATAN POLIS. POLIS PULA BERKATA KES INI SEDANG DISIASAT TANPA ADA TEMPOH WAKTU YANG TETAP UNTUK MENYIAPKAN SIASATAN.

SEHINGGA HARI INI, PEGUAM NEGARA TETAP BERKATA TIADA BUKTI SEDANGKAN BEKAS GABENOR BANK NEGARA TAN SRI DR ZETI AKHTAR AZIZ MENGESAHKAN BAHAWA DENDA YANG DIKENAKAN KEPADA BADAN DAN INSTITUSI KEWANGAN YANG MELANGGAR PERATURAN BANK NEGARA DALAM KES 1MDB MUNGKIN ADALAH YANG TERTINGGI DALAM SEJARAH.

KESANNYA, APABILA JABATAN KEHAKIMAN (DOJ) AMERIKA SYARIKAT MENGELUARKAN LAPORAN SIASATAN DAN PENDAKWAAN SIVILNYA YANG YANG MELIBATKAN 1MDB, IA AMAT MENARIK PERHATIAN RAKYAT KITA SENDIRI," katanya.

PERSOALANNYA, KATA TUAN IBRAHIM, APAKAH SISTEM PENGUATKUASAAN MALAYSIA BEGITU LEMAH DIBANDINGKAN DENGAN DOJ.

TAPI, APAKAH SISTEM PENGUATKUASAAN KITA DIROSAKKAN KERANA INGIN MEMPERTAHANKAN SEBUAH PASANGAN BERKUASA? TIDAK PASTI, TAPI PAS PERCAYA SEBILANGAN BESAR RAKYAT SUDAH ADA JAWAPANNYA YANG TIDAK PERLU DIBICARAKAN LAGI," katanya.

TAK MALUKAH KITA

TUAN KBRAHIN BERKATA, KETIKA DOJ MEMULAKAN PENDAKWAAN SIVIL TERHADAP INDIVIDU YANG DIKAITKAN DENGAN 1MDB, PENGUATKUASA DALAM NEGARA BERKATA, IA MASIH DIPERINGKAT SIASATAN SEDANGKAN SKANDAL BERKENAAN SUDAH LAMA BERLAKU.

MACAM MANA BOLEH SIASATAN DOMESTIK TERHADAP KES YANG BERLAKU DALAM NEGARA LEBIH LAMBAT DARIPADA SIASATAN DI LUAR NEGARA?

TIDAK MALUKAH KITA? BUKAN INI MENGHAKIS KEYAKINAN RAKYAT?" katanya.

MENURUT TUAN IBRAHIM, SEMUA PIHAK YANG DIHARAPKAN RAKYAT UNTUK BERTINDAK DALAM ISU 1MDB MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA TIADA KES UNTUK DIDAKWA.

CUMA BANK NEGARA MALAYSIA SAHAJA YANG MENYATAKAN BAHAWA MEREKA TIADA KUASA UNTUK MELAKUKAN PENDAKWAAN TERHADAP 1MDB, BUKANNYA TIADA KES.

1MDB BERTEGAS BAHAWA WANG MEREKA TIDAK HILANG, MASIH ADA SAM ADA DALAM BENTUK ASET ATAU PELABURAN. NAMUN DOJ MENYATAKAN BERLAKU PENGUBAHAN WANG HARAM YANG BERSUMBER DARI DANA 1MDB. SIAPA YANG BETUL?" katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/387195

2017/07/01

RAYA DI LONDON

Artikel terkini dari Ayahanda Tun Dr Mahathir .

2 Jul 2017

1. Saya berada di London untuk beraya bersama anak dan cucu. Mereka tidak dapat balik untuk beraya di K.L.

2. Untuk sembahyang Raya, saya ke masjid baru di Acton. Masjid ini bukan milik kerajaan tetapi oleh NGO. Keadaan amat selesa. Dewan sembahyang dipenuhi 90% oleh orang Melayu Malaysia, kebanyakannya penuntut.

3. Imam yang mengimamkan sembahyang dan berkhutbah adalah seorang orang Melayu Singapura yang tinggal di London sejak tujuh tahun dahulu. Khutbahnya amat baik, menyeru kepada kehidupan orang Islam seperti yang dikehendaki agama Islam – iaitu berbaik-baik sesama orang Islam dan juga dengan bukan Islam.

4. Lepas sembahyang ada sedikit jamuan kuih-muih, lemang dan serunding. Saya dan isteri berkesempatan berbual-bual dengan hadirin, termasuk penuntut. Saya dapati penuntut tidak langsung bertanya akan keadaan di Malaysia, terutama politik. Mereka ternampak takut walaupun mesra.

5. Saya diberitahu kemudian bahawa mereka dimarah oleh Kerajaan Malaysia (tidak diberitahu siapa) kerana berada di tempat yang saya berada. Sebenarnya tidak ada penuntut yang berjumpa saya di masa-masa lain pun. Mereka takut biasiswa mereka ditarik balik. Demikian sifat Najib.

6. Najib nampak amat takut saya mempengaruhi penuntut. Sebenarnya saya diberitahu bahawa penuntut atau bukan penuntut di mana-mana sahaja amat benci kepada Najib kerana sebab-sebab yang diketahui umum.

7. Di zaman dahulu, parti lawan bebas berjumpa dengan penuntut di mana-mana sahaja. Mereka dapat mendengar syarahan pemimpin parti lawan, bahkan menubuh kelab-kelab parti lawan. Tetapi sekarang mereka tidak lagi bebas, terutama jika melibatkan saya.

8. Hari Raya adalah hari istimewa. Bagi umat Islam kita perlu sembahyang bersama, berslam-salaman, memohon maaf zahir dan batin, bermesra. Najib mungkin tidak faham ini.

9. Saya diberitahu rumah terbuka Najib meriah dan ada hibur-hiburan. Alhamdulillah. Saya ucap Selamat Hari Raya kepada Najib dan keluarganya serta penyokong-penyokongnya. Tanpa dipinta, saya maafkan mereka-mereka yang sepanjang tahun memfitnah saya khususnya TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times, Salleh Said Keruak, Tunku Aziz, Annuar Musa dan beberapa lagi.

10. Kami suami isteri melawat kawasan menara terbakar. Polis tidak benarkan sesiapa mendekati menara terbakar ini.

11. Saya telah lihat di TV semasa saya masih di Malaysia kebakaran yang berlaku. Ternampak api yang membakar menara ini pelik dan berbeza sangat dari rumah terbakar lain. Ia seperti jamong gergasi. Dari bawah api naik di luar bangunan. Sebabnya ialah bahan yang digunakan sebagai dinding luar dari jenis yang mudah terbakar.

12. 80 orang dikesan mati terbakar kerana kebakaran bermula dari tingkat empat hingga ke bumbung, dalam dan luar.

13. Kerajaan mengarah supaya penduduk empat menara berdekatan yang diperbuat dengan bahan yang serupa supaya keluar dan tinggal di hotel.

14. Sembilan puluh peratus penduduk menara yang terbakar terdiri dari orang afrika, Arab dan Asia. Ramai dari mereka orang Islam. Bangunan ini dimiliki oleh dewan bandaraya.

15. Beratus-ratus jiran memberi pertolongan sukarela. Makan dan minum diberi percuma dan sukarelawan juga mengurus bantuan beribu kotak. Ramai yang menabur bunga di kawasan berdekatan, terutama di sekitar gereja.

16. Kerajaan sedang berusaha menurunkan bahan mudah terbakar dari hampir seratus menara di London dan bandar-bandar lain.

17. Sesungguhnya kebakaran menara ini merupakan satu malapetaka yang perlu dijadikan pengajaran kepada semua kita. Saya percaya menara di Malaysia biasanya diperbuat bahagian luarannya dari simen, batu-bata dan granite yang tidak mudah terbakar. Namun demikian, “fire-drill” perlu diadakan supaya penghuni tahu bagaimana menyelamat diri mereka. Tangga-tangga keselamatan perlu berada dalam keadaan tidak diganggu dengan barangan.

18. Saya dan keluarga ucap takziah terhadap keluarga mangsa kebakaran menara di London.

http://chedet.cc/?p=2559

SETUJU TAPI TAK SETUJU

Saya tertarik dengan persoalan yang di timbulkan oleh sahabat saya MAHDZIR IBRAHIM selaku pengarah pendidikan politik DAP Johor , di dalam https://m.malaysiakini.com/news/387112#.WVdLo9VbYM4.whatsapp hari ini.

Ada kebenaranya dari satu segi , dan ada juga persoalan lain di satu segi yang lain.

Tujuan PPBM buat masa ini adalah memastikan kerajaan Kleptokrasi Najib Razak itu kalah di dalam PRU akan datang ini.

Memang jika di lihat dari satu segi ianya hanya bersifat UMNO89 , tapi kami bukan lagi bersama UMNO.

Tapi kewujudan PPBM di dalam PAKATAN HARAPAN adalah penyambung imaginasi PKR , DAP dan PAN untuk menjadikannya satu realiti nyata.

Selama ini DAP berada bersama-sama rakan yang lain untuk beberapa PRU yang telah di lalui adakah DAP merasa mereka mendapat kemenangan yang besar.

DAP kena duduk memikirkan apa yang boleh mereka dapat jika kerajaan Kleptokrasi Najib Razak ini tumbang tanpa PPBM.

PPBM adalah satu parti yang telah berjaya meneutralkan semangat MELAYU untuk menerima DAP yang telah di labelkan sebagai parti CHAUVANIS oleh orang MELAYU LUAR BANDAR.

DAP kena fikirkan bahawa jika kerajaan Kleptokrasi Najib Razak tidak tumbang di dalam PRU akan datang ini , maka imaginasi yang berada di dalam DAP hanya tinggal imaginasi.

Saya minta sahabat saya Mahadzir agar duduk dan fikirkan semula apa yang telah DAP lalui dalam PRU yang lepas yang mana hanya nama-nama besar dari DAP yang di kenali ramai dan menang.

Adakah pada masa itu sama ada di dalam Pakatan atau tidak DAP telah menekankan bagaimana ingin memerintah "jika" menang.

Tetapi akhirnya DAP tetap mempunyai kerusi Parlimen kurang dari 40 kerusi (pada masa itu).

Kenapa ianya terjadi ❓❓❓ , kerana DAP "berimaginasi" untuk memerintah dari memikirkan untuk mengalahkan BN / UMNO.

Betul saya setuju kita kena berimaginasi bagaimanakah HARAPAN akan memerintah jika menang , setuju , tiada salahnya , tapi KITA KENA PASTIKAN DAHULU KERAJAAN YANG ADA INI KALAH sebelum kita mengambil alih.

Terus terang saya katakan bahawa di dalam PRU akan datang ini PERANAN PPBM  amat PENTING sekali untuk menarik undi RAKYAT MALAYSIA.

DAP pernah bekerjasama dengan TENGKU RAZALEIGH dan ANWAR IBRAHIM , dua nama besar dalam politik tanah air , tapi adakah nama mereka sebesar nama TUN MAHATHIR , TAN SRI MUHYIDIN YASSIN DAN DS MUKHRIZ MAHATHIR , yang nyata mempunyai pengikut yang lebih ramai dari nama-nama yang lain.

Atau adakah maksud tersirat sahabat saya Mahadzir bahawa DAP tidak memerlukan PPBM di dalam PRU akan datang ini.

Kami di dalam PPBM yakin bahawa kami tanpa pakatan juga boleh memenangi PRU akan datang , tapi oleh kerana kami ingin mendirikan negara yang baru maka kami bekerjasama dengan DAP , PKR dan PAN.

Adakah dengan tangan dan hati terbuka kami bekerjasama dengan DAP , PKR dan PAN di lihat tidak berminat ingin mendirikan satu negara yang baru ❓❓❓❓

Hanya kerana kami tidak mengutarakan agenda untuk memerintah nanti maka kami boleh di perlekehkan sebegitu rupa.

Soalan utama saya pula kepada sahabat saya Mahadzir , adakah DAP dan yang lain boleh menang PRU akan datang ini tanpa PPBM yang sedang fokus untuk mengalahkan kerajaan Kleptokrasi Najib Razak sekarang ❓❓❓❓❓

Maka dengan itu saya minta sahabat saya Mahadzir agar bersikap lebih terbuka dan hormat pada perjuangan PPBM sekarang daripada mempersoalkan.

*SHUKUR MOHAMAD*
ahli *PPBM SEUMUR HIDUP*