nuffnang Ads

.

2018/02/25

UMNO Dan Kerosakan Akhbar

 

Pada tahun 1961 sebuah  mogok akhbar Utusan Melayu telah di lancarkan oleh kakitangan akhbar  di Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . Mogok di ketuai oleh Ketua Pengarangnya yang berwibawa iatu Allahyarham Said Zahari . Punca mogok ialah kerana tidak bersetuju Utusan Melayu di ambilalih oleh UMNO . Menurut sumber yang berlainan , UMNO mengambilalih Utusan Melayu kerana yakin Jabatan Pengarang syarikat akhbar tersebut  telah mengikut telunjuk negara luar iatu Indonesia . Itu adalah waktu2 di mana Sukarno sedang giat mempromosikan Gagasan  Indonesia Rayanya . Ini  amat bertentangan dengan cita2 Tunku Abdul Rahman mengenai Gagasan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu , Singapura dan Sabah Sarawak

Tahun 1961 menandakan berakhirnya kebebasan sebuah suratkhabar Melayu paling berwibawa yang di tubuhkan pada bulan Jun 1938 dan menerbitkan suratkhabarnya yang pertama pada 29 Mei 1939 . Syarikat Utusan Melayu di asaskan oleh Allahyarham Yusuf Ishak yang merupakan anak kelahiran Padang Gajah , Perak . Beliau juga merupakan Presiden Singapura yang pertama . Sepertimana Dr Mahathir  yang berpenampilan tampan,  berkarisma , berprinsip , tegas , bijaksana , berani , maka itulah personaliti Yusuf Ishak . Ada sebuah kisah yang panjang lagi berwarna warni mengenai beliau , insyaallah di lain artikel penulis akan ceritakan . Mereka yang berasal dari Perak patut berasa bangga dengan Yusuf Ishak . Kerana beliau lah Lee Kuan Yew berasa sedikit tunduk dan hormat kepada bangsa Melayu . Jika ke Singapura , pergilah ke Cecil Street . Jika tidak pasti , gunakanlah Waze . Berhenti lah sejenak di sana sebagai tanda hormat kepada beliau

Utusan Melayu beroperasi secara bebas di Singapura . Ketua pengarangnya yang pertama ialah Allahyarham Rahim Kajai . Seorang yang amat tegas dan tidak ada sebarang tolak ansur mengenai kualiti penulisan . Artikel Allahyarham A. Samad Ismail pernah di carut olehnya , di ludah , di keroyok dan  artikel tersebut di masukkan ke dalam bakul sampah di hadapannya   . Mungkin artikel penulis pun boleh mendapat nasib yang sama seandainya penulis berkhidmat dengan beliau ketika itu . Mungkin penulis akan di baling dengan botol kicap oleh beliau kerana penulis kadangkala suka  mengarut di dalam penulisan .  Namun hasilnya ,  A . Samad Ismail telah di ingati di dalam sejarah sebagai wartawan lagenda yang tiada tolok bandingnya di negara ini

Menjelang 1959 , Yusuf Ishak telah di pisahkan dari Utusan Melayu . Ia ada kaitan dengan peranan yang di mainkan oleh Tunku Abdul Rahman . Tunku tidak senang dengan cara Yusuf mengendalikan Utusan kerana beliau berpendapat akhbar patut mengikut citarasa Parti pemerintah iatu UMNO . Yusuf Ishak pernah di ancam secara halus oleh Tunku untuk menarik balik lesen operasi syarikat akhbarnya jika terus mengendalikan syarikat tersebut mengikut citarasa tersendiri .Sememangnya Yusuf Ishak dan Tunku Abdul Rahman sangat tidak sehaluan dan sependapat . Yusuf cenderung kepada suara rakyat dan kurang senang dengan dasar kapitalis   . Tunku Abdul Rahman pula cenderung kepada Barat dan ekonomi kapitalis

Di sebalik itu juga , Tunku juga mendengar khabar2 angin bahawasanya wujud kecenderungan di Jabatan Pengarang Utusan yang menyokong Gagasan Indonesia Raya Sukarno . Di percayai inilah sebab sebenar Tunku mengambilalih Utusan dan menjadikannya milik UMNO pada tahun 1961 . Namun begitu ianya cuma penyebab kepada permusuhan panjang yang telah berlaku  antara UMNO - Utusan sejak tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu .pada 1948 . Utusan  walaupun menentang Malayan Union tetapi Utusan  juga menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Sejak dari itu suratkhabar Utusan Melayu yang di baca oleh rakyat negara ini ialah kebanyakannya berkisar mengenai kisah2 pemimpin UMNO . Pemimpin pembangkang hampir2 tiada tempat di dalam akhbar tersebut . Kisah mereka hanya boleh di baca jika ada keburukan yang ingin di lapurkan  . Tiada sebarang kisah  kebaikan pembangkang di dalam akhbar Utusan . Kisah2 berkaitan Melayu wajib menjadi tuan , Melayu pemilik negara ini , Melayu akan di pupus jika tidak mengundi UMNO , Melayu akan papa kedana jika tidak mengundi Barisan Nasional , Melayu akan merempat seperti Palestin.....itulah antara kisah2 yang di ' recyle ' oleh akhbar Utusan , tanpa rasa  jemu dan bosan

Penulis  berasa yakin , seandainya Yusuf Ishak masih hidup , beliau pasti menjerit dengan sekuat hati melihat produk yang di asaskannya menjadi produk pemusnah bangsa dan negara . Dengan memomokkan banyak perkara yang menakutkan orang2 Melayu , pemimpin2 UMNO akan mendapat peluang untuk terus berkuasa sehingga masuk ke dalam liang lahad , jika mereka mahu . Orang Melayu terus di dodoi oleh Utusan dengan  istilah ' tuan ' , dengan istilah ' ketuanan Melayu ' . Akibatnya orang2 Melayu di negara ini terus tidur lena dalam keselesaan . Samada mereka berusaha keras atau berusaha secara cukup2 makan , mereka percaya negara ini tetap jadi milik mereka . Benarkah begitu ?

Utusan Melayu yang ada pada hari ini bukanlah Utusan Melayu sebelum 1961 . Sama juga seperti UMNO yang ada pada hari ini bukanlah UMNO di zaman Tun Razak atau UMNO di zaman Dr Mahathir . Kebanyakan berita yang di lapurkan adalah berita yang di manipulasi , berita yang di besar2kan , berita yang di api2kan , berita yang di putarbelitkan . Itu adalah istilah yang agak lembut . Istilah yang kasar penulis tak sampai hati nak tulis . Utusan Melayu adalah tempat penulis bertugas dan cari makan pada suatu ketika dahulu . Ia tempat penulis mencari rezeki untuk anak2 . Biarlah pembaca sendiri fikirkan istilah yang penulis tak sampai hati nak sampaikan itu

Akibat dari cara pemberitaan Utusan , Kerajaan Singapura telah mengharamkan kemasukan akhbar tersebut . Ianya suatu keputusan yang logik . Tidak ada faedahnya Utusan bercerita mengenai kisah lalu . Ianya tidak  akan berulang lagi walau apa juga berlaku . Kaum Cina tidak akan pulang semula ke negara China dan kaum India tidak akan pulang semula ke India . Di sini , iatu di Tanah Melayu dan di Singapura lah tanah air mereka . Akhbar sepatutnya berperanan untuk menggalakkan rasa saling mempercayai antara kaum dan bukannya memomokkan kaum2 tertentu dengan secara langsung atau tidak langsung . Mereka tidak boleh berkata bahawa mereka cuma tidak suka DAP , dan bukannya kaum Cina ,  tetapi realistik  kah penjelasan ini ?

Dalam keadaan DAP itu di penuhi oleh kaum Cina ? Ini adalah suatu penjelasan dari manusia yang tidak memiliki pemikiran yang benar2 jelas lagi mendalam . Mereka tidak memikirkan penerimaan dari orang Melayu  akibat dari propaganda tersebut . Minda Melayu  tidak akan menerimanya sebagai DAP tetapi sebagai kaum Cina, sementara minda orang2 Cina yang membentuk  majoriti ahli DAP akan menerimanya sebagai sebuah serangan berbentuk perkauman . Oleh itu sampai bilakah rakyat di dalam negara ini boleh hidup dengan harmoni dan saling mempercayai ? Gara2 propaganda Utusan Melayu demi mengekalkan kuasa pemimpin UMNO sehingga ke liang lahad

Sudah sampai masanya kerajaan yang mengamalkan propaganda perkauman untuk terus berkuasa di tukar . Sebuah kerajaan baru dari Pakatan Harapan akan mengubah segala konsep mengenai akhbar di negara ini . Tidaka akan di benarkan lagi penguasaan parti politik ke atas syarikat akhbar . Ia hanya boleh di miliki oleh mereka yang tidak akan menjadikan akhbar sebagai senjata propaganda parti politik . Setiap Perdana Menteri , Menteri dan sekalian wakil rakyat wajib mengangkat sumpah untuk tidak menggunakan akhbar sebagai medan propaganda politik . Mereka wajib bersumpah untuk tidak merasuah pengarang akhbar demi kepentingan  mereka

Di pihak akhbar , semua wartawan dan Pengarang wajib mengangkat sumpah khas yang mengikrarkan bahawa semua berita dan penulisan tidak akan memihak kepada mana2 parti politik . Semua berita adalah berkaitan ulasan pemimpin yang di lapurkan semula tanpa sebarang tokok tambah . Ulasan mengenai politik di benarkan tetapi bersyarat . Ia hanya boleh di lakukan oleh pemimpin atau penulis luar DAN ia mestilah seimbang antara kedua2 pihak iatu pihak parti pemerintah dan pembangkang . Di pihak akhbar , ulasan dan pendapat mengenai politik  adalah TIDAK  DI BENARKAN samasekali . Fungsi wartawan dan pengarang akhbar cuma MELAPURKAN berita sahaja

Insyaallah konsep ini akan di laksanakan sekiranya kerajaan yang sedia  ada di tukar . Ini bukanlah janji dari Pakatan Harapan , tetapi suatu perjuangan yang akan penulis lancarkan sekiranya kerajaan bertukar tangan pada pilihanraya ke 14 negara . Penulis yakin seluruh rakyat akan menyokong perjuangan ini . Sesungguhnya kemakmuran sesebuah negara itu bermula dari keadilan dan sesungguhnya kehancuran sesebuah negara itu bemula dari fitnah

Pilihlah Pakatan Harapan agar keadilan Media tidak tinggal hanya sebagai sebuah angan2 . Buatlah pilihan tidak lama lagi . Insyaallah anak cucu kita akan berterimakasih kepada perjuangan ini sebagaimana kita berterimakasih kepada Allahyarham Yusuf Ishak

Selamat Pagi Isnin

Rayyan Adam
26 Februari 2018