nuffnang Ads

.

2018/02/26

HARAPAN MUNGKIN TIDAK DAPAT GUNA LOGO YG. SAMA

GUNA SATU LOGO SAHAJA UNTUK HARAPAN NEGERI…

Jika gagal bertnding atas logo yang sama, apa pilihan lain untuk parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN)?

Apakah dengan kegagalan mendaftar HARAPAN, tidak ada cara lain untuk membolehkan pengundi mengecam parti HARAPAN, selain Barisan Nasional (BN) dan PAS?

Dengan kedudukan pertandingan dalam pilihan raya kali ini dijangka banyak berlaku tiga penjuru, sewajarnya tiga logo sahaja tercetak di kertas undi – sama ada untuk kerusi Parlimen atau juga Dewan Undangan Negeri (DUN).

Putrajaya memang ‘dengan segaja’ mahu Logo HARAPAN tidak dapat digunakan. Mereka  bimbang ia menjadi logo yang ‘meletup’ dan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jika dibiarkan parti dalam HARAPAN – PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan AMANAH – menggunakan logo masing-masing, pastinya akan membingungkan pengundi.

Apa akan berlaku sekiranya di Parlimen AMANAH bertanding menggunakan logonya sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN), tiga parti lain dalam HARAPAN turut bertanding?

Menggunakan logo masing-masing akan mengelirukan rakyat yang kurang pengetahuan mengenai logo parti-parti yang menyertai HARAPAN untuk PRU14 kali ini.

Inilah yang pemimpin BN mahukan. Apalagi jika banyak lagi logo lain terpaksa digunakan apabaila ada calon yang bertanding di atas tiket BEBAS.

Berikutan itu, walaupun komponen HARAPAN  tidak dapat bertanding menggunakan logo sama, rakyat seharusnya tahu akan empat parti komponen gabungan itu. Ini wajib diterangkan kepada rakyat.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan parti komponen HARAPAN  mungkin tidak dapat bertanding di bawah logo yang sama sebaliknya menggunakan logo masing-masing pada pilihan raya umum kali ini.

Malah, Pengerusi HARAPAN itu mengakui, semestinya jika HARAPAN bertanding atas tiket parti komponen dengan logo masing-masing, rakyat akan keliru.

"Sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendaftarkan HARAPAN," dakwa  bekas perdana menteri itu pada program JELAJAH HARAPAN di Alor Gajah, Melaka, malam tadi.

HARAPAN menghantar permohonan pendaftaran pada pertengahan tahun lalu dan pemimpin HARAPAN, termasuk Dr Mahathir sebelum ini mendakwa ROS berulang kali sengaja melambat-lambatkan proses itu.

Dalam kedudukan sebegini, sewajarnya parti komponen daripada sekarang wajar memikirkan untuk berpakat menggunakan satu atau dua logo sahaja untuk memudahkan pengundi.

Cara ini bukan baru kerana di Terengganu, pada pilihan raya umum tahun 1999, ada calon PKR menggunakan logo PAS.

Mungkin bagi Pulau Pinang, tidak sukar untuk menggunakan logo DAP walaupun ada calon dari PKR, AMANAH atau PPBM bertanding.

Sementara di negeri yang pengaruh PKR kuat, gunakan logo parti berkenaan.

Di Johor dan Kedah, rasanya logo ‘Bunga Raya’ (PPBM) digunakan untuk calon yang bertanding di negeri berkenaan.

Di Kelantan, Terengganu, Melaka, Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan, rundingan mengenai penggunaan logo pastinya boleh dijalankan dalam suasana akrab dan persefahaman tinggi untuk menang.

Memanglah akan ada polimik kecil mengenai perkara ini tetapi llebih baik ketika berkempen memberitahu pengundi agar menggunakan satu logo daripada berbagai logo.

Majlis Presiden boleh membincangan isu ini apabila selesai pembahagian kerusi dijalankan bagi seluruh negeri.

Difahamkan, ada tujuh negeri di mana ada beberapa kerusi DUN bertindih antara komponen HARAPAN.

Dengan meminimumkan penggunaan logo akan memudahkan pengundi ingat logo apa yang mereka perlu pangkah - bukannya untuk Parlimen logo lain dan untuk tiga atau empat DUN dalam Parlimen berkenan dengan lago yang bermacam-macam.

Kaedah ini juga akan memudahkan kerja-kerja logistik dan mobiiisasi jika dijalankan dengan bijak dan teratur.

Malah, cara ini akan menguji kerjasama sebenar parti-parti dan pekerja parti-parti dalam HARAPAN yang ketika ini dilihat masih ‘rapuh’.

HAMBALI ABDUL LATIFF
Times Square
KUALA LUMPUR
26 Februari 2018