nuffnang Ads

.

2018/01/08

LANGKAH UTAMA KE ARAH KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN PADA PRU -14 !!

Siri : 1224

TUN DR MAHATHIR SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7 !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada tanggal 07.01.2018, satu keputusan MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN  telah melakar langkah UTAMA dan JELAS ke arah kejayaan PAKATAN HARAPAN untuk menawan Putrajaya pada PRU-14, di mana pembubaran Parlimen sesungguhnya dipercayai hanya 'sepelaung' sahaja lagi tempoh kedengarannya.

2. Kenapakah saya berpendapat sedemikian ?

3. Dalam Siri : 1205 (25.12.2017), di bawah tajuk "DI AMBANG 2018 - PERJUANGAN MENENTANG KEBATHILAN KERAJAAN NAJIB RAZAK SUDAH HAMPIR SELESAI !!",  saya telah dalam memetik semula secara 'copy & paste' jawaban saya kepada persoalan daripada seorang rakan media  berkaitan isu itu, telahpun menyatakan bahawa NAJIB RAZAK berpotensi besar menjelangnya PRU-14, untuk antara lain :

(a) Melakukan "father of all frauds" dalam PRU-14 yang NAJIB RAZAK sendiri gelar sebagai "mother of all elections" !!,

(b) Mewujudkan keadaan yang membolehkan NAJIB RAZAK untuk SALAHGUNA KUASA bagi tujuan mengisytiharkan 'DARURAT', terutamanya melalui kuasa yang sedia ada di tangan Perdana Menteri melalui peruntukan-peruntukan AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 (AKTA 776) !!, dan

(c) Kedua-dua pilihan di Perenggan 3(a) dan (b) di atas, samada secara berasingan ataupun secara gabungan, semestinya adalah pilihan-pilihan curang yang wujud di pihak Kerajaan NAJIB RAZAK untuk menentukan NAJIB RAZAK kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri bagi menjauhkan hasrat Rakyat yang prihatin memilih satu Kerajaan baru  yang menjanjikan tindakan JENAYAH dan SIVIL yang setimpal ke atas kesemua pihak yang terlibat dalam kesemua SKANDAL di zaman Kerajaan NAJIB RAZAK !!

4. PERSOALAN PENTING :

"Bagaimanakah penamaan TUN DR MAHATIR sebagai calon Perdana Menteri, adalah menjadi langkah UTAMA dan JELAS ke arah kejayaan PAKATAN HARAPAN untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 ?? !!"

5. JAWABAN SEBENAR :

Ada 3 aspek utama yang akan bantu menjawab Persoalan di atas, iaitu :

(a) Aspek Pertama : Dari sudut PILIHAN PENGUNDI -

(i) Tidak boleh dinafikan, para pengundi di PRU-14 yakin dan percayai bahawa segala SKANDAL dan KEMELUT yang dihadapi negara dan ditanggungg Rakyat pada masa kini, adalah berpunca daripada satu isu sahaja, iaitu SALAH LAKU Perdana Menteri, NAJIB RAZAK !!

(ii) Justeru, sudah begitu lama para pengundi dahagakan kepastian akan siapakah calon PAKATAN HARAPAN yang akan mengemudi Kerajaan baru ke Putrajaya untuk mereka yakini bagi tujuan meletakkan penuh kepercayaan mereka kepada PAKATAN HARAPAN, agar Perdana Menteri yang dicalonkan PAKATAN HARAPAN bukanlah berpotensi untuk melakukan SALAH LAKU seperti yang berlaku di zaman NAJIB RAZAK !!

(iii) Sebut sahaja nama TUN DR MAHATHIR, dan tanpa mengambil kira isu, sayang ataupun suka, benci ataupun takut, semestinya yang pasti adalah, setiap Rakyat Malaysia, mempunyai penuh kepercayaan bahawa NEGARAWAN ini yang mempunyai rekod gah dan cemerlang bukan sahaja di dalam negara, malah dihormati dan disegani di seantero dunia, adalah satu-satunya insan yang boleh membawa negara bertuah ini kembali ke landasan menuju kejayaan dan kemakmuran  sebenar !!

(iv) Oleh itulah, saya percaya penamaan TUN DR MAHATHIR sebagai calon Perdana Menteri dari sudut para pengundi ini sahaja pun, telah melonjakkan sokongan sekurang-kurangnya 20% para pengundi tambahan untuk PAKATAN HARAPAN !!!

(b) Aspek Kedua : Dari sudut "father of all FRAUDs" dalam  "mother of all ELECTIONs" semasa PRU-14 -

(i) Proses melaksanakan FROD PILIHANRAYA melibatkan SUSUNAN LICIK dan PERANCANGAN CURANG oleh Kerajaan yang berkuasa dari segenap sudut proses Pilihanraya, yang semestinya bermula dengan proses penyediaan Senarai Daftar Pengundi dan Persempadanan Kerusi Pilihanraya sehinggalah ke hari Pilihanraya yang melibatkan proses pindahan dan simpanan peti undi serta kiraan undi itu sendiri !!

(ii) Kesemua proses ini, mempunyai penglibatan pihak-pihak tertentu dari kesemua sektor penjawat awam dan juga swasta. Yang pentingnya adalah majoriti daripada golongan yang terlibat dalam tugasan ini adalah golongan yang sudahpun merasai dan menikmati kesenangan kehidupan dan kemakmuran negara tatkala era TUN DR MAHATHIR !!

(iii) Ekoran itu, bagi kesemua petugas ini, apabila diletakkan nama TUN DR MAHATHIR sebagai calon Perdana Menteri untuk menggantikan NAJIB RAZAK, nescaya mereka akan lebih sukar menuruti mana-mana permintaan curang atau tindakan jahat Kerajaan NAJIB RAZAK yang menjurus kepada FROD, yang berpotensi mengalahkan secara salah Kerajaan baru di bawah pimpinan NEGARAWAN TUN DR MAHATHIR itu !!

(iv)  Oleh itulah, saya percaya penamaan TUN DR MAHATHIR sebagai calon Perdana Menteri dari sudut "father of all FRAUDs" dalam  "mother of all ELECTIONs" ini sahaja pun, akan mengakibatkan peluang kejayaan FROD PILIHANRAYA di pihak Kerajaan NAJIB RAZAK itu, jatuh sekurang-kurangnya 35%, semasa PRU-14 kelak !!!

(c) Aspek Ketiga : Dari sudut SALAHGUNA KUASA dalam pengisytiharan "DARURAT" -

(i) Salah satu agensi terpenting dalam pelaksanaan dan pengurusan "DARURAT" adalah pihak TENTERA, yang sentiasa telah bersumpah untuk berkhidmat sebagai askar KeBawah Duli YDPA bagi memelihara keselamatan dan keamanan negara !!

(ii) Turus ANGKATAN TENTERA kita dari golongan pucuk pimpinannya yang memegang jawatan yang mempunyai kuasa, juga telahpun merasai dan menikmati kesenangan kehidupan dan kemakmuran negara tatkala era TUN DR MAHATHIR !!

(iii) Ekoran itu, bagi pihak TENTERA juga, apabila diletakkan nama TUN DR MAHATHIR sebagai calon Perdana Menteri untuk menggantikan NAJIB RAZAK, nescaya mereka akan lebih sukar menuruti mana-mana permintaan curang atau tindakan jahat Kerajaan NAJIB RAZAK jika pun ianya memilih untuk mengisytiharkan "DARURAT" sekalipun, kerana pihak TENTERA semestinya menghormati potensi tinggi Kerajaan baru di bawah pimpinan NEGARAWAN TUN DR MAHATHIR itu untuk mengembalikan Malaysia ke jalan yang betul, yang semestinya adalah perkara terpenting yang wajib disokong daripada membantu hasrat curang dan jahat mana-mana Kerajaan NAJIB RAZAK !!

(iv) Oleh itulah, saya percaya penamaan TUN DR MAHATHIR sebagai calon Perdana Menteri dari sudut SALAHGUNA KUASA ini sahaja pun, akan mengakibatkan peluang kejayaan di pihak Kerajaan NAJIB RAZAK dalam mengisytiharkan "DARURAT", akan semestinya jatuh sekurang-kurangnya 50%, semasa PRU-14 kelak !!!

6. HAKIKAT SEBENAR :

(a) Nescaya pada hakikatnya, pilihan terbaik yang ada pada masa kini di tangan Kerajaan NAJIB RAZAK, dengan fakta penamaan TUN DR MAHATHIR sebagai calon Perdana Menteri, adalah untuk  melaksanakan "PLAN Z", iaitu untuk NAJIB RAZAK (berserta yang berkenaan) dengan serta-merta "LARIKAN DIRI" ke destinasi pilihan di LUAR NEGARA, sebelum Kerajaan baru di bawah pimpinan TUN DR MAHATHIR mengambil alih Putrajaya !!!

(b) Sekiranya tidak, maka tidak ianya adalah pasti bahawa kesemua pihak yang terbabit di dalam kesemua PENYELEWENGAN dan SALAHGUNA KUASA dalam setiap SKANDAL pada zaman Kerajaan NAJIB RAZAK akan dibawa ke muka keadilan untuk menjawab perilaku mereka, masing-masing, kelak, IN SHAA ALLAH !!!

BERANI KERANA BENAR !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri
08.01.2018 @ 2321