nuffnang Ads

.

2017/12/15

SIMULASI "WORST CASE SCENARO GE14" TELAH BERMULA

https://m.malaysiakini.com/news/405628

🔥🔥

**.

PDRM telah mula membuat *SIMULASI* _"worst case scenario"_ bagi menghadapi PRU ke 14 nanti.

Akan ada *PROVOKASI* dari pehak UMNO / BN bagi memastikan sesebuah kawasan pilihanraya itu *TERGUGAT* .

Mereka akan membuat *BERMACAM PROVOKASI* untuk memastikan sesebuah kawasan pilihanraya itu nanti di istihar *DARURAT* melalui akta *MKN*  , sekaligus membatalkan kawasan pilihanraya tersebut.

*KEDAH , PERAK dan JOHOR* seperti di laporkan oleh PDRM akan menjadi negeri yang *"PANAS"* atau kata lain akan menjadi negeri yang  *BERMASALAH* .

Ini bermakna , PDRM sedar dan "aware" bahawa negeri-negeri tersebut berpotensi untuk menjadi *PORAK PERANDA*.

Bagi *BLOK PEMBANGKANG* , kita sedar dan kita akan memastikan *PENGUNDI dan PENYOKONG* blok pembangkang menjaga *TATASUSILA* walaupun kami akan di *PROVOKE*.

UMNO / BN berada di dalam situasi yang tidak selamat dalam PRU akan datang ini , dan mereka akan membuat apa sahaja bagi memastikan mereka akan terus kekal *BERKUASA*.

Mulai hari ini , di harap pemimpin pembangkang dapat memastikan setiap ahli dan pengundi masing-masing menjaga tatasusila dan *BERSABAR SESABARNYA* sehingga hari selepas pengumuman.

Banyakkan *BERSABAR* dan pastikan *KEPALA SEJUK* bagi menghadapi provokasi-provokasi UMNO / BN nanti.

*JOM UBAH*

*SHUKUR MOHAMAD*