1. Dalam satu majlis di Parlimen Pekan, PM DS Najib menyatakan bahawa jika BN kalah dalam PRU14 akan datang beliau akan pastikan tidak ada satu parti politik lain pun yang akan menang.
2. Apakah maksud ucapan beliau itu? Maksudnya ialah jika BN kalah maka satu tindakan drastik akan diambil dengan memastikan parti yang menang tidak akan dibenar menjadi kerajaan atau memerintah.
3. Ini membawa pengertian bahawa ada kemungkinan apabila keputusan PRU14 tidak memihak kepada BN maka tentera akan mengambil alih kuasa pemerintahan. MAGERAN akan dilaksanakan.
4. Ucapan Najib itu dengan nyata menjurus kepada perkara ini. Satu ucapan yang amat mendukacitakan. Ucapan itu secara jelas menggambarkan niat sebenar Najib yang mahu memusnahkan demokrasi negara ini yang sekarang pun sudah berada dalam keadaan tenat.
5. Bukti terbaru niat jahat Najib yang diucapkannya itu ialah apabila PDRM mengadakan simulasi "membawa lari Perdana Menteri bagi menyelamatkannya" beberapa hari yang lalu. Nak diselamatkan dari siapa?
6. Najib bakal menjadi orang pertama yang mematikan amalan demokrasi negara. Beliau sudah menghidu kekalahan yang diciptanya sendiri. Beliau tidak mahu menerima kekalahan yang sudah terpampang di hadapan mata.
7. Mengapa Najib takut kalah? Jawapannya mudah sahaja. Beliau takut semua salahlaku yang dilakukannya sepanjang menjadi Perdana Menteri dibongkar dan dibicarakan. Paling beliau takut ialah berhadapan dengan semua tuduhan dan hukuman yang menanti.
8. Kekalan BN dalam PRU14 akan datang sudah tertulis. Umur BN dan Umno dalam pemerintahan negara sudah sampai penghujungnya. Rakyat akan menghukum BN dan Umno yang zalim.
9. Tidak kira apa perancagan Najib, sesungguhnya kesabaran rakyat terbanyak sudah sampai kemuncak. Najib, bersedialah kamu menghadapi kebangkitan rakyat. Kamu telah mengejutkan "singa yang sedang tidur".
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
KUASA RAKYAT KUASA TERHEBAT
ZAIDI AHMAD
Pekan
18 Disember 2017