nuffnang Ads

.

2017/05/24

MENGAPA DUNIA HORMATI TUN DR. MAHATHIR?

Credit to: tuan Yahaya Ismail

Waktu aku jadi Presiden Persatuan Melayu Victoria, Melbourne Australia tahun 1971 aku menjemput Tun Dr Mahathir untuk mengambil bahagian dalam forum tiga hari mengenai politik Malaysia di Universiti Monash, bersama dengan berbagai profesor dari berbagai universiti di Australia. Pada waktu itu dia dipecat dari UMNO. Sambutan dari mahasiswa Malaysia, Asia dan Australia hebat sekali. Bertubi-tubi soalan ditujukan kepada Tun Dr M mengenai politik Malaysia. Jawaban beliau mendapat tepukan gemuruh dari para peserta. Tun Dr. Mahathir tidak gentar hendak menjawab berbagai soalan termasuk yang paling kontroversial sekali. Itu watak Tun Dr. Mahathir sehingga hari ini.. Kalau dia gila kuasa, tidak perlu dia melepaskan kuasa kepada Pak Lah yang banyak tidur dari jaga.

Tidak pernah BN hilang suara dua-pertiga di parlimen selama 22 tahun Tun Dr. Mahathir menjadi PM. Habis kepimpinannya BN merudum sampai hari ini. Dalam usia 91 tahun beliau terpaksa masuk gelanggang semula untuk membela rakyat yang ditindas, korupsi yang melahirkan kleptokrat kelas dunia. Jangan jadi munafik, berpura-pura mengatakan ada tokoh yang lebih hebat dari Tun M untuk di Malaysia utk menjadi PM.

Dalam keadaan negara tenat, kepimpinan Melayu yang membangsatkan bangsanya sendiri, Malaysia memerlukan tokoh berjiwa besar, bijak dan kaya pengalaman seperti Tun Dr. Mahathir. Jangan sesekali memilih pemimpin yang lemah, ilmu politik sekangkang kera, bijak bercakap tetapi otak di lutut untuk memimpin negara. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Malaysia memerlukan pemimpin yang berani, tegas, berilmu, berpegang pada tali Allah, tidak menjadi hamba pada mana-mana kuasa besar dunia dan jangan korupsi melampau. Kalau kamu seorang patriot, berjihad di jalan Allah jangan kamu pilih pemimpin yang banyak tokak dan kudis buta politik sebagai penyelamat bangsa dan negara.

Wahai Melayu, insaflah jangan kamu bermimpi Melayu kekal berkuasa kalau kamu memilih pemimpin yang lemah memperjuangkan nasib negara dan bangsa. Allah telah menunjukkan jalan untuk memberi sokongan padu. Tun Mahathir sahaja yang dapat menyelamatkan negara, bangsa dan agama dalam keadaan kepimpinan yang uzur, korup, zalim yang kuat berkokok tapi ekor bergelumang dengan tahi skandal aneka jenis dan warna.