nuffnang Ads

.

2017/09/16

APA YANG RAKYAT DAPAT DARI LAWATAN NAJIB KE AMERIKA..??

INI LAH 20 PERKARA KURANG CERDIK YANG TERHASIL DARI LAWATAN NAJIB KE AMERIKA.

1. Negara rugi berjuta2 kerana najib telah membayar pelobi2 antarabangsa dan Amerika semata2 untuk memujuk White House dan Trump supaya bersetuju "menjemput" Najib ke White House.

2. Najib bukan sekali melobi untuk bertemu Trump. Ini kali ke dua. Kali pertama beberapa bulan lepas semasa Trump melawat negara2 Arab. Trump lansung tidak melayan permintaan Najib dan enggan bertemu Najib walaupun Najib telah terbang ke Arab.

3. Siapa kata lawatan Najib lawatan RASMI? Lawatan Najib bolehlah di katakan lawatan sandiwara Najib yg terdesak, semata2 untuk mnaikkan imej nya kepada rakyat dan khususnya kpd pengampu tegar najib di dlm UMNO agar lebih meyakini najib menjelang PRU14. Harapan Najib, kelihatan dan bergambar dgn seorang Presiden kuasa besar meningkatkan dan memberi kepercayaan rakyat bahawa dia tidak bersalah tentang 1MDB.

4. Siapa yg menyambut kedatangan Najib dan Rosmah? Adakah permaidani merah dan pemeriksaan barisan tentera menyambut Najib sebagai upacara rasmi menyambut kedatangan seorang ketua sebuah negara?

5. Sangat memalukan dan di hina. Setiba Najib di Amerika, dia telah di sambut oleh Pengurus Hotel milik Trump bersama kedutaan Malaysia di Amerika. Tiada sambutan negara. Hinggakan tempahan hotel untuk penginapan delegasi Malaysia tidak di lakukan oleh pihak Amerika tetapi di uruskan oleh pihak kedutaan Malaysia bersendirian dan di bayar sendiri dgn menggunakan duit rakyat. Pada kebiasaan lawatan rasmi negara, segala kemudahan akan di uruskan oleh tuan rumah.

6. Mana first lady Amerika yg lansung tidak membuat sambutan menyambut Rosmah seperti kebiasaan terhadap isteri ketua negara yg melawat di West Wing White House?

7. Adakah Najib pemimpin dari negara low class hinggakan Najib tidak di beri peluang bersama Trump di bilik pejabat Presiden yg di panggil 'Oval' untuk pertemuan empat mata sebelah menyebelah seperti kebiasaan pemimpin dunia lain.

8. Perbincangan berjalan secara terbuka. Najib hanya bercakap seperti seseorang yg membentangkan projek. Tiada agenda khusus yg menyentuh hal sejagat, ekonomi atau dasar luar negara. Kenyataan Najib hnyalh seperti sepintas lalu, hinggakan isu Rohingya yg katanya akan dibawa kpd Trump tidak di sentuh lansung. INGAT YER, Najib hanya sentuh berkenaan Rohingya semasa sidang media dgn media Malaysia.

9. Kenyataan bodoh seorang ketua negara jika berkata begini, MUSUH AMERIKA ADALAH MUSUH MALAYSIA JUGA!! Dalam hubungan antara negara dan diplomatik, Malaysia akan di curigai selepas ini. Siapa musuh Amerika? Nampaknya Najib sedang menempah musuh dan keselamatan negara. Tak cerdik sungguh pemimpin UMNO ni.

10. Adakah dengan pengakuan Najib ingin membantu memulihkan ekonomi Amerika maka menjadikan kita lebih hebat dari Amerika? Dulu Amerika ada 6 millon dollar man....tp kini mereka menerima bantuan dari 2.6 Billion Dollar Man dari Malaysia. Musykil kan...nk bayar hutang IPIC pun minta tempoh lanjut semingu ni pulak nk bantu pulihkan ekonomi orang.

11. Suasana ekonomi dunia sekarang bukanlah baik buat Malaysia. Di Malaysia sendiri telah banyak syarikat besar telah di tutup. Sektor swasta juga lemah dan cawangan2 Bank2 juga ada yg telah di tutup. Negara membangun seperti Malaysia sepatutnya memerlukan setiap sen dana dan pelaburan asing terutama dari negara maju untuk mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan di negara ini. Tapi keputusan Najib ke Amerika dah jadi terbalik. Kita pulak yang melabur di negara maju. Biar rakyat kita kekal menganggur supaya rakyat Amerika terus bekerja.

12. Ketua negara kalau dpt berjumpa dgn Presiden AS mesti buat 'press conference' mcm Shinzo Abe yg juga melawat Amerika atau pemimpin2 lain yg melawat mana2 negara. Bukan senang nak masuk White House beb.
Tapi lain pulak dgn PM kita yg mengelak untuk buat sidang media. Sah2 penakut dgn wartawan asing yg pastinya akan bertanya dn mempersoalkan Najib tntang bnyk perkara.

13. Upacara pertemuan Najib dgn Trump hanyalh berlansung kurang dari 30 minit. Ucapan Najib dan Trump pula hanya memakan masa 6 minit. Ringkas dan pantas sungguh. Tiada juga main golf. Ia umpama perjumpaan serah ufti bunga emas Kelantan dan Kedah kepada Raja Siam. Dominasi Trump ke atas Najib dan Negara terserlah jelas. Alahai Najib.

14. Nk guna duit MAS beli Boeing. Banyak ke duit MAS? Sedangkan MAS pun ”tercungap2".

15. Nk guna duit KWSP dan Khazanah buat pelaburan? Kenapa tk gunakan duit 1MDB? Najib kata 1MDB menjana keuntungan? GUNAKAN LAH!!!

16. Istimewa sungguh lawatan Najib. Persoalan yang wajib dijawab oleh penyokong2 dedak beliau dikala alunan menjilat kebebalan ini sedang di tularkn kononnya sambutan terhadap Najib hebat...bagi aku itu semua menampakkan betapa maruah pemimpin negara kita hanya berada dibawah tapak kaki Trump saja...! Itu pun macai2 dan pemakan dedak tak mampu fikir.
Peruntukan nk beli kertas A4 di sekolah2 pun di potong ada hati nk bantu Amerika. Uuweeekkk...!!!!

17. Lebih meloyakan ada pencacai pakar ekonomi UMNO mewajarkan tindakan Najib membantu Amerika. Kata mereka, ekonomi Amerika tidak boleh lemah, ia ibarat, jika ekonomi Amerika bersin maka ekonomi negara2 Asia akan deman. Porrrah....yenna deiii. Itu zaman 80an dan 90an. Sekarang ekonomi dunia dah di kuasai oleh China, India, Korea dan Jepun. Zaman kebergantungan terhadap kekuatan ekonomi Amerika telah berakhir. Amerika sendiri sudah kalah bersaing dgn China dn India. Amerika kini benar2 bergantung kepada minyak Arab untuk di manipulasi utk keuntungan Amerika. Sebab itu dunia Arab begitu penting kpd mereka.
18. Lagi hebat macai separuh masak UMNO menyamakan perjanjian dan MOU yg Malaysia buat di Amerika sama seperti Perjanjian Hudaibiyah Rasullullah SAW. Tidak mengapa ia berat sebelah sama spti yg Rasullullah SAW buat kata mereka. Rasullullah SAW buat sebab ada strategi dan muslihat yg Rasullullah SAW sudah rangka dan jangka akan menyebelahi Baginda. Najib ada muslihat apa? Berapa lama? Bertahun2 ? Sedang kn nak jumpa pun orang layan mcm kuli semua tanggung sendiri. Mereka mengandaikan semua pelaburan dan pembelian jet dan kapalterbang sebagai umpan untuk keuntungan jangkamasa panjang. Najib bijak kata mereka. Kita kalah 3 - 0 itu di katakan bijak? Di saat dlm negara pun ramai rakyat yg bergelut untuk hidup, Najib nk lambak berpuluh billion kat sekutu kuat Yahudi? Najib sebenarnya bijak utk kepentingan politik diri dia sendiri. Dia ingin orang UMNO dan rakyat melihat bahawa dia tiada kesalahan 1MDB. Berjumpa dgn Trump seolah2 modal najib telah terlepas dari dosa 1MDB di Amerika. Nampak tak?

19. Maka itu lh, ramai macai2 dan pemakan dedak tegar UMNO melompat2 suka. Najib tk di tangkap sedangkan dulu ada org kata Najib akan di tangkap kalau ke Amerika. Tungguuu...ini bukan masanya dan belum masanya. Semua org tahu DOJ baru sahaja mengubah dakwaan dari sivil je jenayah. Proses baru berjalan dan jangan cepat melompat kegembiraan.

20. Akhirnya suatu perkara yg aku nk ingatkan....AGAK2 TUN MAHATIR AKAN LAKUKAN TAK SEPERTI APA YANG NAJIB LAKUKAN SEKARANG? MERAYU2 MELALUI PELOBI UNTUK DI JEMPUT BERTEMU DAN KEMUDIAN MEMBIARKAN ORANG MENDOMINASI PERTEMUAN. SEPERTI YANG AKU KATAKAN SEBELUM INI MEMBIARKAN MARUAH DIRI DAN NEGARA DI BAWAH TAPAK KAKI TRUMP DAN AMERIKA SAHAJA.

Akhir kalam sebelum undur diri, mari kita lihat fakta di bawah.

KDNK Amerika = USD18.5 Trillion. ( Trillion tau brader)

KDNK Malaysia = USD296.4 billion. (Billion jer...)

Tak sampai satu trillion pun.

Bajet Malaysia = USD50 billion setahun.

Bajet Amerika = USD3.8 trillion. Trillion tau.

Bukan billion atau million!

Tapi Malaysia mampu bantu America pulihkan ekonominya...

Handal tak PM kita? Keh keh keh keh.....
Handal membohong kita....!!!

Tun Dr. Mahathir dan Presiden Vladimir Putin


pada 2hb Februari 2013 pukul 2.23 ptg.

Siapakah Vladimir Putin? Apakah hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir? Secara mudahnya, baru-baru ini, Vladimir Putin dipilih menjadi Presiden Persekutuan Rusia yang ke-4, selepas proses "tandemokrasi" beliau dengan Dmitry Medvedev (Presiden ke-3) telah tamat. Struktur politik Rusia amatlah berbeza sama sekali dengan kita, kerana mereka mengamalkan perlembagaan republik secara separa presiden, iaitu Presiden merupakan Agong negara. Cukuplah pasal politik, Putin seringkali dikatakan bahawa beliau sentiasa meluangkan masa bersama Tun Dr. Mahathir.

Selepas Pilihanraya Presiden 2004, Putin telah menikmati kemenangan semula terhadap Nikolay Kharitonov, ketua parti komunis, sebanyak 71.9% dan lebih kurang 50 juta undi popular, dan selepas dari pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir, Rusia telah menyambung reformasi ekonominya yang secara menariknya, lebih kurang sama dengan dasar Tun Dr. Mahathir. Ekonomi mereka melonjak naik!

Selepas pembubaran Kesatuan Soviet, pelbagai pembaharuan termasuk penswastaan yang tidak terkawal dan pasaran juga liberalisasi perdagangan sedang dijalankan. Tetapi, dibawah pimpinan Boris Yeltsin (Presiden pertama Rusia), ekonomi Rusia jatuh amat teruk sekali. Pada Oktober 1991, Yeltsin mengambil inisiatif seperti yang disyorkan oleh Amerika Syarikat dan serigala-serigala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Jutaan telah menjunam ke dalam kemiskinan, daripada 1.5% penduduk hidup dalam kemiskinan, dan kadar kemiskinan meningkat kepada 39% - 49% menjelang pertengahan 1993. Dari sini kita dapat melihat cadangan IMF telah hampir menghancurkan Rusia. Tahniah, IMF.

Yeltsin telah memohon maaf atas kegagalan dasarnya, dan menamakan Vladimir Putin sebagai presiden-sementara untuk mempengerusikan Rusia buat seketika memandangkan Pilihan Raya tahun 2000 masih jauh lagi. Setelah menjadi Presiden yang sah, Vladimir Putin telah meletakkan unsur-unsur kawalan, perlindungan dan konservatif di Rusia seperti apa yang Tun Dr. Mahathir lakukan pada tahun 1997. Pembaharuan yang dibuat semasa Putin menjadi presiden Rusia telah dikritik hebat oleh negara-negara barat sebagai langkah yang tidak demokratik. Perkara yang sama berlaku dimana media barat mengkritik hebat Tun Dr. Mahathir pada tahun 1997, dan dasar-dasar yang diguna oleh Putin ketika itu hampir sama seperti Tun Dr. Mahathir.

Dasar ekonomi Putin adalah hampir sama dengan Tun Dr. Mahathir, di mana ekonomi dikawal oleh GLC. Ia adalah lebih seperti kapitalisme kerajaan. Ekonomi mereka tidak terlalu terbuka iaitu Russia mempunyai unsur-unsur kawalan, sama seperti Malaysia.

Rusia pada dasarnya membuang semua dasar ekonomi liberal (terbuka), sekitar tahun 2004-2008 seperti pembuangan pengaruh IMF dengan membayar dengan segera seperti yang Tun lakukan. Terdapat banyak dasar-dasar dan pembaharuan yang berlaku selepas pilihan raya kali kedua kalinya dari segi ekonomi, dalaman, dan banyak lagi. Kebanyakkan yang berlaku di Rusia adalah hampir sama seperti semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun.

Walaupun Putin dikritik hebat, tetapi lihatlah apa yang Vladimir Putin telah capai, berakhirnya tahun 2007 dengan pertumbuhan yang berterusan, purata 7% setiap tahun sejak 1998. Pada tahun 2007, KDNK Rusia adalah $ 2,076,000,000,000 (est PPP), iaitu KDNK keenam yang terbesar di dunia dengan perkembangan KDNK sebanyak 8.1% daripada tahun sebelumnya.

Kedua-dua mereka memilih untuk tidak menjadi liberal dalam apa jua yang mereka lakukan atau memperkenalkan dasar-dasar baru untuk negara masing-masing. Itu adalah yang paling penting. Untuk kes Anwar, beliau mahu segala-galanya untuk menjadi liberal, dari masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Ini tidak akan berhasil untuk kita. Menjadi terlalu liberal sebenarnya akan membuka pintu yang lebih luas kepada "pencuri" antarabangsa seperti Soros, untuk mencuri, mempengaruhi dan banyak lagi pengaruh negatif.

Seperkara lagi, Vladimir Putin juga membaca buku-buku Tun Mahathir. Bukti boleh didapati dari salah satu ucapan beliau kepada Tun Mahathir selepas memberi Anugerah Persahabatan Rusia tertinggi kepada Tun:

“Mr. Prime Minister, in one of your books, you mentioned that the 21st century will become ‘The Global Century’ – the century of rapid, all round development of the Asia Pacific region. It looks as though, thanks in large part of your efforts, Malaysia has entered this century just as you said, it would”

Seperti mana yang diketahui juga, di Moscow, kelihatan gambar-gambar Tun Mahathir di papan iklan (billboard) dan di sepanjang jalan. Memang amat sedih apabila warga-warga, ahli-ahli ekonomi, dan kerajaan luar negara menjulang nama Tun Dr. Mahathir, Anugerah Allah yang sebenar, sedangkan kita di negara sendiri menghina beliau sebagai munafik dan lain-lain lagi. Cara beliau membangunkan Malaysia sehingga presiden mereka sanggup berjumpa Tun untuk meminta pandangan dari segenap segi. 

Banyak lagi bukti boleh didapati daripada kajian dasar Tun Dr Mahathir yang telah selamatkan kita dari Krisis Kewangan 97. Lebih banyak lagi bukti yang boleh didapati ketika ekonomi Rusia kembali pulih. Dan secara menariknya, Tun Dr. Mahathir menjadi salah seorang yang bertanggungjawab daripadanya.

Jadi, apakah ‘jenis’ orang-orang yang mengutuk beliau? Fikirlah sendiri.

#BERSATU_BERAMANAH_BERMARUAH

MO1... ASAL BUKA MULUT SAJA.. MENIPU.

https://m.malaysiakini.com/news/395399

🔥

**

Sebelum PRU ke 13 dahulu , Najib telah berjanji bahawa kerajaan BN (Barang Naik) tidak akan menaikkan harga minyak ,WALAUPUN HARGA MINYAK DUNIA NAIK.

Itu janji Najib pada tahun 2012 , janji Najib bahawa RAKYAT DI DAHULUKAN , tapi itu dahulu selepas kemenangan kerajaan BN (Barang Naik) , Najib pusing 360° , iaitu beberapa bulan sahaja selepas kemenangan kerajaan BN (Barang Naik) , sila rujuk rakaman ini :

https://youtu.be/uSOtoaTlXnw

Kononnya sebagai rasionalisasi harga minyak tersebut.

Tapi pada tahun 2012 Najib berjanji walau pun harga minyak dunia naik , kerajaan tetap TIDAK AKAN MENAIKKAN HARGA MINYAK NEGARA INI.

Kini harga minyak bukan sahaja naik setiap tahun atau bulan , ianya naik setiap minggu.

Apabila kenaikkan mencecah paras 15 sen kerajaan akan menurunkan sedikit sebanyak 3-4 sen sebagai KONONNYA KERAJAAN BN (BARANG NAIK) PERIHATIN  dan selepas itu akan naik semula sehingga 15 ke 20 sen.

Masyarakat Cina negara ini masih lagi hendak percayakan apa sahaja janji Najib ke❓❓❓

Masyarakat Cina terlalu bodoh ke sehingga hendak percaya akan janji Najib akan membina lebih banyak lagi SJKC.❓❓❓

Masyarakat Cina Malaysia ini bukan seperti masyarakat Melayu yang mudah di tipu , beri BR1M saja boleh di bodohkan.

Kepada masyarakat Cina di luar sana , mari kita sama-sama menolak Najib Razak dan kerajaan BN (Barang Naik) demi kestabilan ekonomi kita di masa akan datang.

Barang di ingat bahawa PAKATAN HARAPAN di terajui oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD yang telah menjadi PM negara ini selama 22 tahun , masyarakat Cina tidak merindui pemerintahan TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ke ❓❓❓❓❓ , yang mana masyarakat Cina juga merasa selesa di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Jika ketua kuat membohong maka anak buah dia lagi kuatlah pembohongannya.

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/09/14

KASTAM BAKAL AMBIL TINDAKKAN JIKA SEBAR FITNAH GST.

🔥

Dah kenapa pula ngan Ketua Pengarah Kastam Malaysia ni , apa hak dia nak minta rakyat Malaysia dari membicarakan tentang GST.

Pengarah Kastam ini dah mula bermain politik pula sekarang.

Daripada dia nak mengugut hak rakyat Malaysia yang di lindungi oleh perlembagaan Malaysia di bawah perkara 10 (1),(2) , baiklah dia diam.

Tugas utama dia sekarang sepatutnya memastikan janji kerajaan dulu sebelum melaksanakan GST , bahawa jika GST di laksanakan , harga barangan akan turun.

Apa sudah jadi dengan pelaksanaan GST sekarang , barangan mana yang turun❓❓❓

Kastam jangan nak memandai-mandai nak mempolitikkan isu GST ini.

Pelaksanaan GST memang menyusahkan rakyat negara ini , kenapa pula rakyat tidak boleh membincangkannya❓❓❓

PAKATAN HARAPAN ada formula bagaimana jika GST ini di hapuskan , dan penghapusan GST itu nanti tidak akan menjejaskan pendapatan negara ini.

Ketua Pengarah Kastam itu masa dapat kerja dulu guna kabel politik ke sehingga tidak tahu bahawa pungutan cukai bukan semata-mata bergantung kepada pungutan cukai GST.

Nasehat saya JANGAN  GANGGU HAK RAKYAT MALAYSIA DI BAWAH PERKARA 10(1)(2) PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/09/13

KEBERANIAN DAN KEPETAHAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD SEMASA BERHADAPAN MR. PRESIDEN UNITED STATE OF AMERICA

KEPETAHAN TUN DR. MAHATHIR

Waktu melawat USA beliau telah makan tengahhari di White House bersama Presiden Ronald Reagan. Saya, sebagai menteri pengiring dalam lawatannya itu, berada di sisinya, berdepan dengan Ronald Reagan di meja makan. Ronald Reagan telah bertanya ‘Kenapa Umat Islam suka berperang.’

Tun menjawab ‘Adalah tidak benar Umat Islam suka berperang kerana majoriti Umat Islam berada di Tenggara Asia, di Malaysia, Indonesia dan Brunei dan mereka tidak berperang. Di Bangladesh dan Pakistan juga mereka tidak berperang, malahan di India paling ramai Umat Islam yang hidup damai tanpa perang.’

‘Kalau begitu yang berperang itu ialah Arab dan mereka yang di Timur Tengah?’ tanya Ronald Reagan.

Tun menjawab ‘Bukan semua, kerana di Morocco dan Mesir tiada peperangan, yang ada peperangan ialah di beberapa negara sahaja dan itu tiada kaitan dengan Islam.’

Lantas Ronald Reagan bertanya ‘Kenapa mereka itu berperang?’

Tun Mahathir menjawab ‘Kerana Amerika Syarikat dan Russia jual senjata pada mereka, maka senjata itu tidak boleh digunakan untuk tujuan lain kecuali berperanglah.’

‘Jadi kami yang salah?’ tanya Reagan.

‘Saya tak kata begitu, tetapi kira-kira begitulah.’ Tun Dr. Mahathir mengeluh.

Mereka berdua pun ketawa.

INFRASTRUKTUR AS LEBIH PENTING BERBANDING PAIP AIR DI SABAH DAN SARAWAK

sumbet : Malaysiakini

MB: Infrastruktur AS lebih penting dari paip air Sabah, S'wak?



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak seharusnya menggadaikan kemakmuran ekonomi negara hanya untuk peluang bergambar dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau berkata langkah Najib melabur sehingga AS$24 bilion (RM100 bilion) bagi membantu 'memperkukuhkan ekonomi AS' tidak dapat difahami.

"Amat mengejutkan Najib mahu 'memperkukuh' ekonomi terbesar dunia dengan RM100 bilion wang rakyat Malaysia. Tidak ada peluang bergambar semahal ini," tulis Azmin di Twitter.

Najib bertemu dengan Trump semalam. Kedua-dua pimpinan tersebut menggariskan rancangan meningkatkan pelaburan Malaysia di AS.

Trump berkata Malaysia boleh melabur di antara AS$10 bilion ke AS$20 bilion dalam sektor penerbangan - AS$10 bilion untuk membeli pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines Berhad (MAS).

Najib berkata Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) akan melabur di antara AS$3 bilion ke AS$4 bilion bagi membantu pembangunan insfrastruktur AS.

"Adakah PM memberitahu kita bahawa membantu AS membina infrastruktur lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan dan paip air?" soal Azmin.

"Wang yang dipegang KWSP merupakan wang simpanan amanah dari rakyat dan tidak boleh digunakan secara sembarangan," tambah beliau.

Azmin berkata ekonomi yang sedang berkembang seperti Malaysia sepatutnya membawa masuk pelaburan dan bukannya menghantar wang keluar negara.

Beliau memberikan contoh kejayaan Selangor dalam menarik pelaburan luar, misalnya pelaburan RM1 bilion daripada Ikea untuk membina pusat edaran dan agihan serantau syarikat itu di Pulau Indah.

KWSP LABUR USD7BILLION UNTUK PROJEK INFRASTRUKTUR DI AMERIKA

🔥

*KATANYA.........*

Wang KWSP yang ingin di laburkan ke Amerika berjumlah USD7billion itu adalah untuk projek infrastruktur di Amerika.

Kalau di carutkan agaknya boleh ke tidak ekk....

USD7billion untuk infrastruktur di Amerika ❓❓❓❓❓❓❓❓

Infrastruktur di Malaysia ini dah lengkap ke atau bertaraf gila babi nya TIP TOP di dunia ❓❓❓❓

Itupun ada juga nanti PEMIMPIN UMNO / BN yang akan memuji-muji anak Tun Razak tersebut.

Itu kita cerita bab infrastruktur , belum lagi cerita bab pembelian pesawat Boeing sebanyak 25 buah.

Airbus yang MAS ada sekarang ini sudah habis ke hutang-hutangnya❓❓❓❓❓❓❓❓

Anak Tun Razak ini nampaknya semakin hari semakin memalukan negara.

Belum lagi dia membodohkan diri dia di ucaptama AS-ASEAN delagasi malam tadi.

Dia dengan bangga membodohkan para delagasi dengan mengatakan bahawa :

"KERAJAAN MENJALANKAN SIASATAN KES 1MDB LEBIH TELUS SEBELUM KES-KES YANG LAIN , YANG BELUM PERNAH DI BUAT OLEH KERAJAAN SEBELUM INI"

Anak Tun Razak itu lupa agaknya bahawa dia sedang berucap di hadapan delagasi yang mengetahui lebih lanjut berkenaan kes 1MDB itu.

Anak Tun Razak ingat dia berucap depan AHLI UMNO , AHMAD MASLAN , SALLEH KERUAK , AZIZ KAPRAWI , PUAD ZAKARSHI , ANUAR MUSA , ZAHID HAMIDI , HISHAMUDDIN , dan BEBERAPA PENJILAT TEGAR DIA.

Anak Tun Razak itu juga ingat masyarakat antarabangsa boleh di bodoh-bodohkan sebagaimana dia membodohkan AHLI UMNO dan PENJILAT TEGAR dia.

Satu soalan saya nak tanya kepada anak Tun Razak , WHITE HOUSE sudah menafikan membayar kos penginapan delegasi raja lawak anda , maka soalannya adalah :

SIAPA BAYAR KOS PENGINAPAN ANDA❓❓❓❓❓❓❓❓❓

*SHUKUR MOHAMAD*