nuffnang Ads

.

2017/11/08

RAWATAN TRADISIONAL RESDUNG - DAUN PANDAN DAN LIMAU NIPIS

Resdung adalah satu penyakit yang tidak menyenangkan. Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.

Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.

Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.

Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.

Sebagai langkah kesihatan, jika simpton – simpton di atas dikesan, seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung, sinus, mulut dan tekak supaya punca nafas berbau ini dapat dikesan dan diubati. Dibawah ini adalah antara petua dari orang-orang tua yang cukup mudah dan senang didapati.

Bahan-bahannya :

8 biji limau nipis
10 helai daun pandan

Cara-caranya :

Hiris daun pandan halus seperti bunga rampai. Perah limau nipis dan gaul kedua-duanya sehingga sebati.

Sapu di bahagian muka. Jika ianya sebati dengan diri anda, tidak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar melalui liang roma di kulit muka. Paling banyak ulat itu keluar melalui kening anda dan jika sangkut, tarik ajer ulat itu.

Lakukan 3 kali seminggu dan waktu yang seelok-eloknya ialah di antara 10 pagi hingga 3 petang kerana ulat-ulat itu cukup aktif. Campuran yang selebihnya boleh disimpan di dalam peti ais tetapi tidaklah sefresh pada yang baru. Elok letakkan kain hitam atas peha masa sapu sebab ulat ini attacted to black cloth.

2017/11/07

KEPALA BAPAK KAU.. NAJIB HILANG COOL

ULASAN | “Kepala bapak kau”, ini kalimah garang yang termuntah daripada mulut perdana menteri semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA pada hari Ahad, 5 November.

Kita percaya Najib Razak menujukan terjahan kesat itu terhadap Tun Mahathir yang hari ini sudah bersama dalam kem pembangkang.

Tidak kisahlah jika Najib Razak ingin terus bermain politik 'injak kepala bapak', tetapi yang jelas ucapan Najib itu menyerlahkan lagi wajah hipokrasinya dan Umno.

Bahasa depan pengundi Cina

Di hadapan anggota MCA yang memenuhi dewan, Najib menyatakan jika masyarakat Cina mahu lebih peluang dalam ekonomi, maka mereka perlu beri undi pada BN.

Najib juga berkata walau sebijak mana pun masyarakat Cina berniaga, tanpa keamanan politik yang dibina BN, masyarakat cina tidak boleh 'buat duit'.

Setelah itu, Najib melengkap rumus ucapannya dengan serangan terhadap DAP.

Najib berhujah bahawa DAP tidak akan mampu memerintah walaupun memenangi banyak kerusi kerana pakatan pembangkang tidak akan memenangi pilihan raya umum.

Oleh itu Najib cuba menggambarkan adalah sia-sia untuk masyarakat Cina memberi undi kepada DAP.

Dewan penuh, tapi undi terus hilang

Begitulah laras bahasa Najib di hadapan anggota MCA yang dianggapnya sebagai penyokong tegar BN.

Ucapan sarat dengan egois dan seakan memperkecilkan kemampuan daya fikir masyarakat Cina.

Apa yang jelas, cara fikir Najib ini menterjemah cara fikir Umno yang masih tidak beranjak daripada fikrah konservatif mereka.

Najib perlu sedar begitulah MCA dulu, kini dan selamanya. Setiap kali persidangan, anggota MCA akan memenuhi dewan.

Tetapi undi Cina kepada BN terus merosot. Bila agaknya Najib akan mengerti bahawa masyarakat Cina sudah cukup arif dengan sandiwara politik Umno?

Masih tak belajar

Apakah Najib tidak tahu yang masyarakat Cina sudah cukup tahu bagaimana laras bahasa Najib dan Umno di depan orang Melayu?

Apakah Najib fikir yang masyarakat cina lupa bagaimana Najib membela Utusan Malaysia apabila akhbar itu menerbitkan artikel “Apa lagi Cina mahu?” pada tahun 2013.

Bukankah setiap kali persidangan Umno, Najib dan gerombolannya akan sentiasa membangkit-bangkitkan soal ketuanan Melayu yang kononnnya sedang dicabar?

Di hadapan penyokong Melayu, Najib berkata setiap undi kepada pembangkang akan memberi kuasa kepada DAP.

Di hadapan penyokong Cina, ayatnya bertukar kepada DAP tidak akan pernah berkuasa.

Jelas sekali Naijb terdorong dengan perasaan marah dan terdesak, akhirnya menyebabkan beliau hilang 'cool'.

Moga Najib dan Umno akan terus dihukum dalam PRU14 yang akan datang kerana sikap hipokrasi dan bermuka-muka mereka.

.......................................................................
SYUKRI RAZAB
Setiausaha Pengelola Angkatan Muda PKR Pengarah Strategi Pemuda HARAPAN Malaysia
Aktivis sepenuh masa INVOKE Malaysia.
Penulis boleh dihubungi melalui e-mel syukri.lensa@gmail.com
7 Nov 2017, 9:18 am
Malaysiakini
https://www.malaysiakini.com/news/401026#mW0fTjSGlJhaSb23.99

2017/11/06

VET. TENTERA GESA SPR SIASAT PEMBINAAN KEM TENTERA BARU.


Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig Jen Mohd Arshad Raji berkata, mengapa sudah terdapat pengundi didaftarkan sedangkan kem-kem ini masih lagi belum siap.

SURUHAJAYA Pilihan Raya (SPR) perlu menyiasat mengenai rancangan Putrajaya membina empat kem tentera darat yang baru di Perak, Pahang dan Johor, kata seorang bekas jeneral.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig Jen Mohd Arshad Raji berkata, mengapa sudah terdapat pengundi didaftarkan sedangkan kem-kem ini masih lagi belum siap.

“Isunya ialah kem masih dibina mengapa pula terdapat pengundi dipindahkan ke kem yang belum siap itu?

“Saya tak fikir kem itu boleh siap pada akhir tahun. Ini adalah sesuatu yang tidak betul. SPR perlu melihat kepada perkara ini,” kata Arshad pada satu sidang media di Subang Jaya, Selangor hari ini.

Minggu lalu Bersih turut mendesak polis dan peguam negara  menyiasat pendaftaran pengundi yang terdiri daripada 1,079 anggota tentera dan pasangan di sebuah kem tentera yang masih belum siap di Johor.

Bersih berkata perkara itu perlu disiasat di bawah Seksyen 3(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana kesalahan penipuan pendaftar pemilih. 

Pada 31 Oktober, DAP mendapati yang 1,051 pengundi didaftarkan di sebuah kem tentera yang masih belum siap di Segamat, Johor dan 28 lagi di Kem Tentera Rejimen 501, Segamat.

Arshad berkata, isu ini dibangkitkan kerana kemungkinan berlakunya pemindahan pengundi tentera ke kem-kem baharu ini. 

Katanya, beliau mempunyai maklumat tentang kem-kem yang baharu bakal dibina di Bera, Pahang, di Paloh, Johor dan di Hutan Melintang, Perak tetapi tidak mahu mendedahkannya kepada media.

Arshad turut mempersoalkan, mengapa pula kem-kem tentera ini dibina di kawasan-kawasan Parlimen pemimpin kanan Umno.

“Dan terdapat tiga kem lagi seperti kem Batu Melintang, Paloh dan Bera. Batu Melintang di Bagan Datok. Bera tempat Ismail Sabri Yaacob.

“Dan Paloh pula tempat Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein. You tengok itu je you dah tahu ni. SPR perlu lakukan sesuatu tentang ini,” katanya.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Husseinminggu lalu menyerahkan persoalan tersebut dijawab ketua tentera.

“Mereka tidak akan memindahkan tentera jika tidak cukup kemudahan. Tapi kalau saya jawab ia akan jadi isu politik.

“Jadi saya serahkan pada panglima angkatan tentera sebagai pengguna kem tersebut.” – 6 November, 2017.

NAJIB RAZAK BAPA KEBIADAPAN MELAYU.

Credit: Shahbudin Husin

TERIMA KASIH NAJIB KERANA MELAKUKAN SUMBANGAN TERBESAR KEPADA PERADABAN MELAYU

"Kepala bapak kau!!"

"Bodoh!!"

"Haramjadah!!"

"Bangang!!"

"Bangsat!!"

Di atas adalah antara beberapa perkataan yang bagi kebanyakan orang adalah dilarang diucapkan secara terbuka atau ditujukan kepada sesiapa di depan khalayak ramai.

Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin misalnya, pernah memberitahu bahawa perkataan "bodoh" adalah dilarang diucapkan di kalangan ahli keluarganya sejak turun-temurun lagi.

Kata beliau, datuk, nenek dan ayahnya dahulu amat menitik-beratkan larangan itu dan ia kekal menjadi pegangan mereka sehingga hari ini.

Bekas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Sabbaruddin Chik, jika berbual-bual dengannya,  beliau amat sensitif jika terdengar perkataan "bodoh" diucapkan, lalu segera menyarankan agar ia ditukar kepada perkataan "tidak cerdik".

Meskipun "bodoh" dan "tidak cerdik" mempunyai makna yang serupa dan jika ada perbezaan pun hanyalah senipis kulit bawang, perkataan "tidak cerdik" terdengar lebih sopan berbanding "bodoh".

Tentunya ramai orang Melayu dan rakyat Malaysia mempunyai sikap dan pendirian  seperti A Kadir Jasin dan Sabbarudin Chik itu.

Jika perkataan "bodoh" pun cuba dijauhi, sudah tentu ungkapan "kepala bapak kau", "haramjadah", "bangang" dan "bangsat" lebih mughallazah lagi untuk diucapkan.

Begitulah tingginya cara orang Melayu menjaga perlakuan dan tatasusila. Tidak kira di mana tinggalnya, yang selalu dipegang ialah biar miskin harta, asal kaya budi bahasa.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berketurunan baik-baik dan bergelar bangsawan, berpakaian mahal dan cantik setiap hari, tinggal di banglo atau istana, makan steak atau spaghetti,  tidak menyentuh belacan sebagai santapan harian serta tiada tekanan dalam kehidupan, menjauhi perkataan-perkataan terlarang itu tentulah lebih mudah untuk diamalkan.

Jika ada pun kita terdengar perkataan tersebut sesekali diucapkan, ia mungkin hanya dilafazkan oleh mereka yang kurang didikan, tak cukup kasih sayang atau tinggal dan bergaul dengan golongan jalanan.

Tetapi, sekarang ini semua perkataan itu telah diucapkan secara terbuka oleh Perdana Menteri, bukan saja di khalayak ramai, tetapi juga dapat didengar oleh berjuta-juta rakyat Malaysia melalui siaran televisyen dan media sosial?

Apa sudah jadi?

Sebenarnya inilah salah satu transformasi TN50 dan sumbangan terbesar Najib kepada peradaban bangsa bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Dengan seorang Perdana Menteri sendiri sudah mengucapkan semua perkataan itu secara terbuka dan tanpa rasa sedikit bersalah, beliau dengan sendirinya bermaksud agar kita juga, baik Melayu atau bangsa-bangsa lain supaya tidak lagi malu atau rasa berdosa menggunakan ungkapan-ungkapan tersebut secara santai dan biasa dalam perbualan-perbualan seharian.

"Kepala bapak kau", "bodoh", "haramjadah", "bangang" dan "bangsat" - mulai hari ini bukan lagi perkataan larangan atau hodoh, sebaliknya ia bebas boleh diucapkan di mana-mana dan kepada sesiapa saja.

Terima kasih Najib kerana telah melakukan sumbangan paling besar kepada peradaban Melayu, sesuatu yang bukan saja gagal dilakukan oleh semua Perdana Menteri sebelum ini, tetapi juga oleh Tun Razak sendiri.

Sumbangan ini lebih besar dan harus dikenang melebihi kewujudan MRT, ECRL, keretapi laju, bangunan 100 tingkat di Bandar Malaysia serta hutang berbilion oleh 1MDB.

.

2017/11/05

KEPALA BAPAK KAU - NAJIB RAZAK

https://m.malaysiakini.com/news/400802

🔥🔥

*MENTALITI BOLEH DI PERTIKAIKAN*.

Perkataan menghina terbaru dari Najib kepada Tun Dr Mahathir Mohamad telah keluar lagi.

Kali ini di hadapan kaum Cina ketika Berucap di mesyuarat agung tahunan MCA di Kuala Lumpur.

Najib ini telah banyak kali berbohong di hadapan rakyat Malaysia , kali ini beliau berbohong mengatakan tentang menggadaikan negara ini.

Tapi biasalah , kita bukan tidak pernah dengar pembohongan Najib , contohnya tentang wang *RM2.6BILLION* yang masuk dalam akaun dia :

https://youtu.be/CZ6DPPmt7xg

Kita tidak hairan akan sifat *KURANG AJAR* Najib dalam menangani masalah peribadi dia sendiri , kerana bukan pertama kali Najib kurang ajar.

Dan bukan pertama kali juga Najib itu menipu , banyak kali sudah , cuma penipuan Najib di lindungi oleh Menteri , Timbalan Menteri , Makcik JR , Ketua Cawangan UMNO , Paknaib dan Cybertrooper berbayar.

Kali ini Najib berucap di hadapan wakil kaum Cina dengan memaki Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yang rata-rata kaum Cina tahu dan pernah merasakan kesenangan ekonomi di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding dengan zaman Najib.

Najib jangan ingat dengan tepukan gemuruh yang di beri bermakna terdapat sokongan padu.

Semua orang sekarang hanya menunggu PRU di adakan untuk menterjemahkan perasaan terpendam selama ini.

Semakin banyak makian dan hamunan yang di hamburkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya , semakin rakyat tidak sabar ingin menghadapi PRU akan datang ini.

Biadap dan mental retak ini sangat sinonim dengan rejim Najib.

*KEPALA BAPAK KAU*

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/11/03

VETERAN TENTERA IKRAR PERTAHAN DAN LINDUNGI TUN DR. MAHATHIR

******

Persatuan Patriot Kebangsaan menyelar keputusan menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan keputusan itu tidak bertanggungjawab, presidennya Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata pihaknya berikrar akan terus "mempertahankan dan melindungi" bekas perdana menteri itu.

"Kita tidak boleh jadi patriot kepada bangsa ini jika tidak bersimpati dengan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat, negara dan Raja-Raja," katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan menarik balik pengawal peribadi Mahathir Rabu lalu adalah langkah terbaru dikenakan terhadap negarawan itu sejak beliau menjadi pengkritik kerajaan dan pengerusi gabungan parti pembangkang.

Sebelum ini, kontrak tukang masak dan pembantu pejabatnya juga ditamatkan, manakala khidmat polis pengiring juga ditarik balik.

Mohd Arshad berkata keputusan itu adalah "amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah serta merendahkan" bekas pemimpin yang telah memimpin negara selama 22 tahun dan membawa banyak kemajuan ekonomi kepada negara.

"Para pemimpin dunia memberi perhatian yang tinggi kepada beliau dan Malaysia pernah mendapat penghormatan semasa kepimpinannya. Semasa kemelesetan global 1998, tindakan Mahathir menyelamatkan ekonomi kita.

"Tidak kira apa pun beliau hari ini, beliau pastinya tidak berhak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab seperti itu oleh kerajaan," kata Mohd Arshad.

Katanya, anggota persatuan bekas tentera itu akan menyalahkan kepimpinan negara sepenuhnya sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku kepada Mahathir.

2017/11/01

HARAPAN Umum 5 Teras Banteras Najis Rasuah





KUALA LUMPUR, 31 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan lima teras reformasi membanteras Najis Rasuah yang akan dilaksanakan selepas membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Menurut Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, lima teras ini bertujuan untuk mengekang segala bentuk rasuah dalam kerajaan.

“Kita akan jadi kerajaan tahun depan, jadi ini bertujuan untuk kekang kita dari rasuah,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen sebentar tadi.

Antara langkah yang diberi tumpuan HARAPAN dalam lima teras ini ialah dengan meletakkan Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Parlimen, melaksanakan reformasi sumbangan politik, reformasi ketelusan bermaklumat, pemberian tender terbuka dan menerapkan budaya anti rasuah.

Berikut adalah lima teras reformasi membanteras rasuah:

1)   Reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Menjadikan SPRM badan bebas yang melapor dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM dalam kes-kes rasuah;Menubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegah Rasuah untuk membolehkan SPRM membuat pilihan pegawai-pegawai dalam perkhidmatannya;Memastikan peruntukan tahunan SPRM mencukupi dan diberi autonomi menguruskan kewangan mereka;Menjamin hak pelantikan tetap bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk memastikan beliau akan melaksanakan tugas dengan tegas tanpa rasa takut;Pelantikan Ketua Pesuruhjaya akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat jawatankuasa Parlimen.

2)   Reformsi sumbangan politik

Sumbangan politik hanya kepada parti-parti politik dan bukan kepada ahli politik atau individu. Setiap penyumbang terhad kepada RM200,000 setahun.Sumbangan melebihi RM10,000 mesti direkodkan.Sumbangan politik tidak boleh diberi oleh GLC, dan syarikat-syarikat yang mempunyai kontrak dengan kerajaan Persekutuan atau Negeri.Parti-parti politik akan diberikan peruntukan terus daripada kerajaan untuk membanteras pengaruh keterlaluan.Setiap parti politik wajib membuat laporan sumbangan politik terus kepada pejabat ketua audit negara kemudiannya akan melaporkan kepada parlimen.Aset yang dimiliki oleh parti-parti perlu didedah secara umum, telus dan diaudit.

3)      Reformasi meningkatkan ketelusan

Meminda akta seperti Akta Perlindungan Saksi 2009 atau Akta Pemberi Maklumat 2010 dan akta rahsia rasmi 1972 demi meningkatkan ketelusan;Menggubal akta kebebasan maklumat untuk meingkatkan ketelusan kerajaans eperti yang dlaksanakan di negeri Pakatan Harapan; Selangor dan Pulau Pinang;Semua wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan yang berpangkat Jusa C dan ke atas dan pengurusan tertinggi GLC dan ke atas diwajibkan mengishtiharkan harta kepada Parlimen.

4)      Mengamalkan tender terbuka

Memperluas pengunaan sistem e-Perolehan dan e-Bidaan dalam atau untuk semua kontrak kontrak kerajaan bagi semua kementerian dan jabatan kerajaan;Semua tender terbuka dilakukan secara atas talian dan boleh diakses umum dan mendedahkan semua perjanjian kerjasama awam-swasta (public partnership);Proses penganugerahan projek PPP harus mematuhi garis panduan pematuhan penganugerahan garis panduan kerajaan dan bukan mengikut kehendak peribadi menteri;Menteri juga perlu memberi rasonal penganugerahan kontrak tersebut.

5)      Memperkenalkan budaya anti-rasuah di kalangan masyarakat

Menggunapakai ISO 37001 sistem pengurusan anti-rasuah dalam urus-tadbir badan-badan kerajaan.Mengkaji semula struktur ganjaran bagi penjawat awam untuk membantu untuk menghindari atau mengurangkan kecenderungan terhadap aktiviti rasuah dan meningkatkan hukuman kesalahan rasuah ke atas pemberi dan penerima.