nuffnang Ads

.

2017/10/24

RASIONALISASI ADALAH AYAT BARU BAGI BAIL OUT

https://m.malaysiakini.com/news/399322

🔥🔥

Najib berbohong lagi , kepada pengikut Najib mungkin memang senang untuk Najib temberangkan.

Temberang kepada pemakan dedak adalah satu perkara yang mudah kerana ianya seperti melihat pertunjukan "anjing laut di beri makan".

Mereka akan bertepuk , mereka akan merangkak , mereka akan membuat bermacam pergerakan apabila seekor ikan di tayangkan.

Najib bukan pandai menulis pun , malah tulisan Najib langsung tiada nahu jika Najib "sendiri" yang menulisnya , maka kita tahu pemakan dedak yang menulis blognya.

Dan penulis blog Najib itu sebenarnya semakin menunjukkan Najib memang bersalah di dalam kes 1MDB.

Najib sedang *"MENBUNUH DIRINYA"* melalui pemakan dedak dan orang sekelilingnya.

Apa yang 1MDB memberi untung kepada Malaysia❓❓❓❓❓❓❓.

Balik-balik bangga bercerita tentang penguasaan Edra Global Energy Bhd ( *EDRA* ) - menguasai beberapa stesen jana kuasa di Malaysia, Mesir, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu dan Bangladesh antara 2012 dan 2013.

Halooooooo....... Incik Najib masih lagi hendak menipu ke❓❓❓❓❓

Berapa banyak duit digunakan untuk membeli segala bapak janakuasa yang telah hampir tamat konsesinya❓❓❓❓❓

Dari mana pula datang duit yang di gunakan oleh 1MDB untuk membeli janakuasa itu semua❓❓❓❓❓❓❓❓❓

Di katakan sejumlah *RM12 BILLION* atau *DUA BELAS RIBU JUTA* telah di belanjakan dalam proses pembelian janakuasa tersebut , dari mana datang duit tersebut❓❓❓❓❓❓❓

1MDB hanya mempunyai modal berbayar sebanyak *RM1 JUTA* sahaja , *SIAPA YANG MENANGGUNG BEBAN HUTANG TERSEBUT*❓❓❓❓❓❓❓❓❓

Selepas cubaan penjualan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu gagal pada *TAHUN 2015* Edra dijual kepada syarikat *China General Nuclear Power Corp (CGN Group)* pada harga *RM9.83 billion.*

*KERUGIAN* sebanyak *RM2.170 BILLION* , membeli melebihi harga pasaran waktu itu dan *TERPAKSA* di jual mengikut *HARGA PASARAN* waktu itu.

*KERUGIAN SEBANYAK RM2.170 BILLION* itu siapa yang menanggungnya ❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓

*BERBANGGA* kepada sesuatu yang merugikan adalah *SATU KERJA GILA*.

Lagi 20 tahun jika di biarkan Barisan Nasional memerintah negara ini , *BERMAKNA* negara ini akan menjadi seperti *ZIMBABWE DAN SRI LANKA*.

Najib tidak boleh di biarkan terus memimpin negara ini , kerana jika di biarkan Malaysia akan berada di dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan tidak terurus.

Kepada pemakan dedak , makcik JR , ketua cawangan UMNO dan paknaib , sebelum nak melatah dengan posting ini *SILA BUAT DUA PERKARA PALING MURNI DALAM HIDUP ANDA* , iaitu :

1 :
*_"DESAK NAJIB BUKA LAPORAN 1MDB DARI DI OSA KAN"_*.

2 :
*_"TUNJUKKAN BUKTI BAHAWA GST YANG DI KENAKAN KEPADA RAKYAT BUKAN UNTUK MEMBAYAR HUTANG 1MDB"_*.

Lepas tu nak makan dedak ke apa lantak korang.

*SHUKUR MOHAMAD*

Viral! Tan Sri Musa Hassan Pula Dedahkan Siapa 9 DRAGONS

MASIH lagi hangat dengan cerita kongsi gelap 9 Dragons Malaysia susulan pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini.

Semalam blogger MiLo SuaM ada menyiarkan kembali kenyataan bersumpah seorang pegawai polis berpangkat ASP yang menceritakan bagaimana “tangan ghaib” mengawal PDRM di Johor.

Kali ini, kita siarkan pula pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara (KPN) tentang isu hubungan antara kumpulan “underground” (kongsi gelap) dengan pihak polis.

Dalam satu wawancara, Tan Sri Musa menceritakan kembali kisah bagaimana semasa beliau menjawat jawatan sebagai CPO Johor (Ketua Polis Johor), beliau telah mengarahkan ketua-ketua kongsi gelap di negeri itu ditahan.

Tindakan itu menyebabkan ramai ketua-ketua kongsi gelap melarikan diri ke luar negara.

Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak polis pada waktu itu untuk membuat satu senarai tangkapan. Jika ketua-ketua kongsi gelap ini pulang ke negara ini, mereka akan segera ditangkap.

“Saya mengarahkan pegawai-pegawai saya pada masa itu, buat satu senarai, bila mereka balik tangkap, mereka ini terlibat dengan pelacuran, terlibat dengan dadah, terlibat dengan macam-macam (aktiviti haram),” katanya

Tindakan tegas itu katanya telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan kegiatan haram.

“Apabila saya buat begitu, banyak pihak-pihak ataupunkumpulan-kumpulan, yang terlibat dengan kegiatan haram, (jadi) marah.”

“Jadi oleh sebab itu apabila saya tegas sangat di sana, mereka yang atas ni dah ‘complaint’ terutama sekali memberitahu kepada IGP (Ketua Polis Negara) terdahulu, memberitahu saya ni pasal apa mengambil tindakan-tindakan begini,”

“Pasal apa you tak ‘control’ CPO (Ketua Polis),” katanya.

Ahli politik pun bela kongsi gelap

Tan Sri Musa turut mendedahkan, ada ahli politik tertentu yang datang ke pejabatnya, tidak berpuas hati apabila ketua-ketua kongsi gelap yang ditahan adalah rakan-rakannya.

Katanya lagi, hubungan kongsi gelap dengan pegawai-pegawai polis dan ahli politik memang sudah lama wujud..

“Bila saya mengambil tindakan terhadap kumpulan ‘underground’ (kongsi gelap) ini, memang terlibat dengan kawan-kawan mereka, termasuk pegawai polis atau pun orang politik, mereka dah lama wujud,” dedahnya.

Katanya lagi, mereka (ahli politik dan pegawai polis terlibat) ini menjadi marah kerana habuan yang disebutnya sebagai “duit extra” (duit haram) mereka terjejas.

Dedahnya lagi, kumpulan kongsi gelap ini mampu mengawal ahli politik dan pegawai polis kerana mereka menjalankan aktiviti haram seperti dadah, pelacuran, pemerdagangan manusia, dan pengubahan wang haram

Justeru mereka tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan menyebabkan mereka mempunyai dana yang besar untuk mengawal individu-individu yang disebutkan di atas.

2017/10/23

KALAU TAK MENIPU BUKAN ZAHID HAMIDI NAMANYA

https://www.interpol.int/notice/search/wanted

🔥🔥

*WAK JAHID MENIPU LAGI*

Apa lagi yang boleh di harapkan dengan pemimpin UMNO dan barisan kepimpinannya.

Dulu Wak Jahid kata dia dah jumpa Raja Arab yang bagi derma RM2.6 billion pada Najib , yang akhirnya Raja Arab yang dia maksudkan dah meninggal sepuluh tahun sebelum kes wang derma tersebut.

*SAHIH MENIPULAH KAN*.....

Kemudian Wak Jahid menipu lagi berkenaan keturunan Tun Mahathir Mohamad.

Lepas tu Wak Jahid menipu berkenaan *TEMPAT LAHIR BELIAU SENDIRI* , kerana hendak mengelakkan isu *PERLEMBAGAAN* .

Kemudian terbaru Wak Jahid kata PDRM sudah meminta pertolongan *INTERPOL* untuk mengesan Jho Low.

Apabila di periksa di Interpol , tiada satu pun bantuan yang di minta oleh PDRM kepada Interpol.

Wak Jahid terus menerus menipu , dan bukan Wak Jahid sahaja yang kuat menipu , malah semua pemakan dedak Najib di dapati menipu.

Biarkan sahaja mereka untuk terus menipu , tugas kita sebagai rakyat negara ini adalah , *BERSAMA-SAMA MENGUNDI PAKATAN HARAPAN* di dalam PRU akan datang ini untuk memastikan mereka yang berbohong ini kita humban ke dalam sangkar besi untuk menerima hukuman yang setimpal.

*#RCI4SPRM*
*#RCI41MDB*
*#RCI4ZAHIDHAMIDI*

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/10/22

KENYATAAN ZAHID HAMIDI MELAMBANGKAN BELIAU HAPRAK

credit : Sakretariat Deklarasi Rakyat.

ZAHID HAMIDI ADALAH TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!! KENYATAAN ZAHID HAMIDI INI MELAMBANGKAN BELIAU HAPRAK!!

Apa yang Zahid Hamidi maksudkan hanya orang politik yang tidak puas hati saja yang mengungkit kes skandal 1MDB?!

Mengapa Zahid Hamidi kata kes skandal 1MDB tidak relevan lagi di mana hampir RM40 bilion dana kerajaan serta duit rakyat hilang melalui akaun syarikat 1MDB?!

Isu 1MDB adalah kes skandal kewangan yang terbesar dunia pada dekad ini!!

Adakah zahid hamidi setuju dengan kehilangan wang syarikat 1MDB sejumlah hampir RM40 bilion yang diselewengkan oleh penyangak Jho Low serta kuncu-kuncu lain bukan satu kesalahan jenayah yang mengkhianati bangsa, agama serta tanahair?!

Zahid Hamidi ini dah semakin sewel!! Dia seringkali buat kenyataan-kenyataan bodoh kebelakangan ini!!

Saya amat hairan pihak pdrm tidak tahu jho low berada di mana buat masa ini?! Penyangak jho low adalah warganegara malaysia yang mengguna pasport Malaysia!!

Takkan pihak imigresen tak boleh pantau penyangak Jho Low sedang berada di mana pada saat ini kerana perjalanannya mengguna pasport Malaysia??

Kalau penyangak Jho Low ada pasport kedua dari negara lain; saya nak tanya Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Malaysia yang dedah kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Zahid Hamidi untuk tujuan pentas politik; apa status warganegara penyangak Jho Low masakini?!

Inilah masalah dengan pemimpin-pemimpin bangang Umno macam Zahid Hamidi!!

Saya lawan rasuah dan kemungkaran penyangak Jho Low telah dipenjarakan tetapi penyangak Jho Low yang lesapkan puluhan bilion duit syarikat 1MDB mereka bela mati-matian!!

Zahid Hamidi dan parti Umno sama gila!! Mereka sokong kemungkaran serta rasuah!!

Secara peribadi saya amat kecewa dengan jawapan tidak bertanggungjawab Zahid Hamidi di parlimen pagi tadi yang saya ikuti secara teliti!!

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ini kalau cakap pasal firman serta hadis berjela-jela panjangnya tapi beliau sendiri takut nak lawan kemungkaran rasuah penyangak Jho Low dan kes skandal 1MDB!!

Sesungguhnya Zahid Hamidi awak cakap tak serupa bikin!! Saya tidak menghormati awak lagi!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
23 Oktober 2017

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/23/zahid-hanya-ahli-politik-tak-puas-hati-ungkit-isu-1mdb/

2017/10/21

POLITIK UMNO DI LIHAT FAKTOR KEHANCURAN BANGSA MELAYU.

"Kedudukan politik yang dikuasai bangsa Melayu di Malaysia sejak merdeka, kini dilihat faktor yang menghancurkan bangsa itu sendiri" kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Politik yang menyelamat menjadi politik yang menghancur, pemimpin semakin tamak untuk tempat dan kedudukan tinggi. Perbuatan yang haram dihalalkan.. Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia,"

Katanya, bangsa Melayu yang pernah dilihat sebagai bangsa yang gah selepas bangkit dari jajahan British, kini telah menjadi lemah semula akibat pemimpin Melayu yang telah menggadaikan maruah dan bangsa demi kesenangan sendiri.

Katanya, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir beliau mahu melihat bangsa Melayu gah, bermaruah dan mulia kembali seperti dahulu.

Dr Mahathir telah mengarang sebuah puisi bertajuk 'Malaysia Tanahair-Ku'.

Beliau sering dilihat lantang mengkritik kepimpinan negara selepas persaraannya, termasuk mengutarakan kritikan terhadap pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir yang sebelum ini menaruh harapan tinggi kepada negara termasuk mencetuskan idea Wawasan 2020, kini dilihat hampa apabila wawasan yang diilhamkannya itu dirasakannya tidak mungkin tercapai jika diukur pencapaian ekonomi Malaysia pada masa ini.

Berikut adalah nukilan penuh puisi tersebut:

MALAYSIA TANAHAIR -KU

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu

Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi

Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan

Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu

Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

NAJIB RAZAK TETAPKAN MATLAMAT MENANG DUA PERTIGA DALAM PRU14.

https://m.malaysiakini.com/news/398998

🔥🔥

*BERANGAN ITU PERCUMA DAN TIADA GST*.

Najib mengharapkan Barisan Nasional mendapat majoriti dua pertiga di dalam PRU akan datang ini.

Ini bermakna Najib mengharapkan kemenangan sebanyak 148 kerusi Parlimen bagi Barisan Nasional di dalam PRU ke 14 ini nanti.

Mimpi memang senang , berangan lagi mudah sebenarnya , sebodoh-bodoh Pak Pandir , masih sedar dia bodoh.

Di dalam PRU ke 13 , Barisan Nasional hanya mendapat 133 kerusi Parlimen sahaja iaitu kurang sebanyak 15 kerusi sahaja untuk mendapat majoriti 2/3.

Masa PRU itu adalah waktu belum lagi berita pembohongan , penipuan dan pencurian di ketahui rakyat umum , hanya sikap segelintir YB saja menjadi isu.

Kini....segala bapak cerita sudah di ketahui umum , dan segala sikap YB yang bongkak melalui kroni dan pencacai-pencacainya semakin membuat rakyat menyampah kepada BN dan UMNO.

Belum lagi cerita YB berjanji dengan masjid tapi tidak di penuhi , belum lagi cerita rumah murah di monopoli oleh setiausaha bahagian , bendahari bahagian , belum lagi cerita projek JPS di beri kepada paknaib yang langsung tiada lesen kontraktor.

Jika di campur dengan masalah GST , harga barangan yang melambung tinggi dan beberapa isu tempatan lain , maknanya BN / UMNO boleh terjun tiruk ke longkang.

Di tambah pula dengan akan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Sabah akibat penangkapan Dato Seri Shafei Apdal maka mimpi Najib itu akan bertukar menjadi mimpi ngeri.

Dengan semangat rakyat untuk mengadakan *RCI* untuk *SPRM* , untuk *1MDB* , dan beberapa kementerian yang lain , maka mimpi Najib akan menjadi igauan ngeri pula.

*#RCI4SPRMAFTERPRU*

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/10/20

MCA MULA MENUNJUKKAN TARINGNYA..

https://m.malaysiakini.com/news/398956

🔥🔥

*HADI AWANG NAK MEMBOHONG APA LAGI*

*MCA* nampaknya sudah menunjukkan belangnya dengan lebih *BERANI DAN JELAS*.

Parti *PERKAUMAN* yang paling kuat di dalam Malaysia ini sudah mula berbunyi secara terang-terangan tanpa segan silu lagi.

*PARTI PERKAUMAN CINA* ini juga *MENYAMPAH* dengan adengan beromen antara UMNO dan PAS.

MCA jelas menolak *RANG UNDANG-UNDANG* dibawa *PRESIDEN PAS* Hadi Awang untuk meminda peruntukan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 baru-baru ini.

Hadi Awang berbohong kepada pengikut dan ahli PAS dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional menyokong RUU tersebut.

Sedangkan cerita sebenarnya RUU itu *DI TENTANG OLEH MCA* dan secara kolektifnya Barisan Nasional *TIDAK AKAN MENYOKONG UNTUK DI BENTANGKAN* di Parlimen.

PAS dan UMNO hanya *MEMBODOHKAN DAN MENAKUT-NAKUTKAN  KAUM MELAYU* dengan menggunakan *AGAMA*.

Kegagalan membentangkan RUU di Parlimen , PAS *MENIPU* pengikutnya dengan mengatakan bahawa DAP yang menentangnya , walhal *MCA YANG JELAS MENENTANG*.

PAS dan UMNO , keduanya adalah *PELACUR AGAMA* , tanpa *MARUAH* menjaja agama demi kelangsungan politik mereka.

Menolak PAS dan UMNO / BN di dalam PRU itu nanti bukan bermakna orang ISLAM menolak agama atau terkeluar dari agama ISLAM.

Tapi jika orang ISLAM *MENGUNDI PAS ATAU UMNO / BN* di dalam PRU akan datang , *BERMAKNA ORANG ISLAM TELAH BERSEKONGKOL DENGAN PELACUR AGAMA*.

Agama ISLAM jangan di buat main , padah jadinya nanti , *PENGUNDI YANG MENGUNDI PAS ATAU UMNO / BN ADALAH JELAS MEMPERMAINKAN AGAMA ISLAM*.

*#RCI4SPRMAFTERPRU*

*SHUKUR MOHAMAD*