nuffnang Ads

.

2017/10/20

SNIPPETS DARI TUN M: PILIHANRAYA, ESTET INDUSTRI & CEO MAS

PILIHANRAYA

1. Najib sedang meningkat usaha untuk menipu Pilihanraya.

2. Kali ini Najib mengarah SPRM menangkap pemimpin-pemimpin Parti lawan (Warisan) di Sabah. Matlamatnya ialah untuk melumpuh Warisan dengan menangkap Datuk Seri Shafie Apdal dan menakutkan penyokongnya.

3. Pegawai SPRM diugut untuk melaksana arahan Najib. Jika mereka tidak patuh kepada arahan Najib maka tindakan tertentu akan diambil terhadap mereka. Mereka mungkin diturun pangkat, ditukar ke jawatan lain yang lebih rendah, dimansuh hak pencen dan bermacam lagi.

4. Pegawai Tinggi Polis, pegawai di Jabatan Pendakwa Raya, Pengarah Syarikat dalam Khazanah semua ditakutkan supaya menyokong perbuatan salah oleh Najib untuk menang PRU.

5. Demikian juga pegawai-pegawai dari berbagai pejabat yang akan dilantik mengurus PRU. Mereka akan disuruh tipu untuk memberi kemenangan kepada Najib dalam PRU 14.

6. Kami dalam Pakatan Harapan sedar kami akan menang jika tidak ada penipuan dalam PRU. 90% dari pengundi yang berdaftar sudah pun nyatakan mereka tolak Najib.

7. Kami berjanji jika kakitangan Kerajaan yang akan mengurus PRU diugut dan didera oleh Najib dan kehilangan gaji, atau pangkat atau jawatan kami akan pulih balik mereka dan pendapatan mereka. Mereka akan kembali pegang jawatan yang telah dilucut dari mereka. Demikian juga mereka yang memberi maklumat kepada kami akan salah cara dan penipuan Najib. Kami akan selamatkan mereka.

8. Ini janji kami. Walaupun penipuan dilakukan oleh Najib kami tetap menang. Dan kami akan tunaikan janji kami.
9. Jangan takut untuk menolak arahan salah dari Najib dan konco-konconya.

ESTET INDUSTRI

1. Saya baru ke Kuantan. Ternampak saya sebuah estet industri yang amat besar yang dikelilingi tembok simen 8 kaki tinggi dan 9 kilometer panjang.2. Terdapat tembok tanda yang diperbuat dari simen sebesar lima buah kedai biasa.

2.Tulisan atas tembok gergasi ini hanya dalam bahasa Inggeris dan bahasa asing. Tidak ada bahasa Kebangsaan dalam nama estet industri ini. Ini memang perkara remeh yang boleh diterima oleh Dewan Bahasa sekarang.

3. Luasnya kawasan industri ini dikatakan 3000 ekar. Bukit bukan termasuk dalam estet ini.

4. Dalam kawasan ini terdapat banyak bangunan yang berbentuk kilang.

5. Orang Malaysia tidak dibenar masuk estet industri ini. Dikatakan semua pekerja datang dari negara yang memiliki estet ini. Katanya juga jumlah pekerja lebih kurang 3000 – wallahu waalam.

6. Konon ada kedai dan restoran yang membekal segala-gala yang diperlukan oleh pekerja dan pegawai. Penghuni tidak perlu keluar ke Kuantan untuk membeli apa-apa keperluan.

7. Ada yang berkata wang diguna dalam estet ini bukan Ringgit Malaysia. Mereka mengguna wang negara lain.

8. Saya tertanya-tanya apakah Undang-Undang yang diguna Undang-Undang Malaysia? Apakah pejabat-pejabat Malaysia meluluskan pembangunan dalam kawasan ini? Apakah mereka bayar cukai Malaysia?

9. Bahan binaan semuanya diimport dari negara asing. Tentulah mereka dapat AP dan kebenaran-kebenaran lain.

10. Saya kagum dengan Industrial Park ini. Kenapa diadakan di Pahang sahaja. Kenapa tidak di Kedah, di Perlis dan di lain-lain Negeri. Kenapa hanya 3000 ekar. Kenapa tidak lebih besar. Sesungguhnya kita akan capai Wawasan 2020 sebelum 2020.

11. Dengan adanya Industrial Park seperti ini, Malaysia akan jadi negara maju. Tak usahlah tanya akan peluang pekerjaan bagi pekerja Malaysia, peluang kontrak, peluang berniaga oleh rakyat Malaysia. Kita perlu korbankan diri kita untuk mendiri negara maju milik orang asing.

12. Syabas Najib. Awak cukup bijak. Tidak ada cara yang lebih baik untuk bangunkan negara daripada menjualnya.

13. Lihat Singapura? Lihat betapa majunya Singapura.

CEO MAS BERHENTI

-. Tak usahlah nak bohong. Bellew berhenti kerana Najib campur tangan dalam urusan MAS tanpa rujuk kepada Pengarah dan Pengurus Syarikat.

2017/10/18

PENINGKATAN PENDAPATAN ORANG MISKIN ADALAH MITOS

Acapkali apabila keadaan ekonomi merosot, Bank Negara, Jabatan Statistik Negara, kementerian-kementerian dan menteri-menteri akan mengeluarkan angka-angka yang cuba menyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan sebaliknya. Mereka akan mengatakan bahawa rakyat tidak patut dipengaruhi oleh elemen-elemen yang kononnya anti-kerajaan dan tidak patut hilang keyakinan terhadap ekonomi kita.

Contohnya, Bank Negara baru-baru ini telah mengumumkan bahawa negara kita mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.8 peratus dalam suku pertama dan kedua tahun ini. Beberapa hari yang lepas, Jabatan Statistik pula menerbitkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 yang menunjukkan peningkatan pendapatan isi rumah sebanyak 6.6 peratus, manakala kadar inflasi masih rendah iaitu 2.1 peratus.

Berdasarkan angka-angka tersebut, Datuk Seri Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merangkap Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, menafikan bahawa pendapatan rakyat tidak meningkat selaras dengan kos sara hidup yang kian mendadak.

Namun begitu, dalam Laporan Statistik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, ada 2 isu berkaitan golongan B40, iaitu isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM3.860.00 yang perlu diketengahkan.

Pertama, peningkatan pendapatan isi rumah B40 berpunca daripada pemberian bawah BR1M, bukan daripada pertambahan gaji. Oleh itu, kenaikan pendapatan isi rumah tidak patut ditafsirkan sebagai penunjuk keadaan ekonomi yang baik.

Kedua, Indeks Harga Pengguna (IHP), yang digunakan untuk mengira kadar inflasi, menunjukkan bahawa 67 peratus daripada perbelanjaan golongan pendapatan rendah dan sederhana adalah dalam 3 bidang utama: (i) makanan dan minuman bukan beralkohol, (ii) pengangkutan dan (iii) perumahan, kemudahan dan minyak. Pada tahun-tahun yang lepas, ketiga-tiga bidang ini telah mencatatkan kadar inflasi yang lebih tinggi daripada purata kadar inflasi umum. Contohnya, kadar inflasi pada tahun 2016 ialah 2.1 peratus tetapi harga makanan dan minuman bukan beralkohol meningkat sebanya 4.2 peratus.

Keadaan lebih meruncing pada tahun ini. Kadar inflasi pada bulan Ogos adalah di tahap 3.8 peratus, di mana harga makanan meningkat 4.3 peratus dan harga pengangkutan naik 11.7 peratus.

Jika Datuk Seri sanggup turun padang pergi ke pasar pagi dan memberitahu suri rumah bahawa kehidupan rakyat semakin senang kerana kadar inflasi tahun lepas hanya 2.1 peratus, saya pasti Datuk Seri akan dimarahi. Ini kerana harga makanan sekurang-kurangnya 16 peratus lebih tinggi berbanding tempoh masa sebelum tahun 2014.

Rakyat tidak perlukan menteri-menteri untuk memberitahu rakyat sama ada ada duit di dalam kocek mereka. Rakyat sendiri lebih tahu. Saya tidak terkejut apabila rakyat tidak lagi teruja dengan pengumuman statistik oleh kerajaan pada zaman ini. Sudah sampai masanya untuk kerajaan berhenti memperbodohkan rakyat dan mengakui kelemahan urus tadbir ekonomi sendiri.

Hakikat bahawa 40 peratus daripada rakyat mesti bergantung kepada bantuan kerajaan melalui BR1M untuk menyara kos harian ialah amaran yang serius tentang keadaan ekonomi kita. Mengangkat bakul sendiri untuk menyembunyikan keadaan sebenar tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew 陈仪乔博士
Bendahari Agung
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

KP SPRM SEDANG MENGHINA DYMM YDPA.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=319181305224666&id=313995152409948

🔥🔥

*KETUA PESURUHJAYA SPRM MENGHINA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG*.

Tan Sri Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang *TERPALIT* dengan *ISU MORAL* , sebenarnya telah menghina *DYMM YANG DI PERTUAN AGONG* , apabila terus melakukan tugas walaupun kes beliau sedang di siasat oleh *PDRM*.

Dimana integriti yang di laung-laungkan oleh Tan Sri Dzulkifli di dalam :

https://youtu.be/oODAVX8PwTY

Dan juga sumpah perjawatan yang di lafazkan dan di dekri kan ketika menjawat jawatan *KETUA PESURUHJAYA* itu.

Kepada pencacai , makcik JR , ketua cawangan dan paknaib yang tidak tahu apa itu *SPRM* maka saya minta baca di bawah ini :

*Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)* yang dahulunya dikenali sebagai *Badan Pencegah Rasuah, Malaysia* atau singkatannya *BPR* mula beroperasi pada *1 Oktober 1967* sebagai sebuah jabatan penuh.

·         Akhirnya pada *1 JANUARI 2009* , ia diambilalih oleh *SPRM*. Ketua SPRM sekarang ini adalah *TAN SRI DZULKIFLI*.

·         Struktur organisasi Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) adalah salah sebuah agensi di bawah *Jabatan Perdana Menteri Malaysia*. Sungguhpun ia terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi itu hanyalah *sekadar melibatkan urusan kewangan dan kakitangan sahaja.*

·         Urusan harian BPR dilaksanakan secara *bebas dan berkecuali* oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Ketua Pesuruhjaya tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

·         BPR diketuai oleh seorang *Ketua Pesuruhjaya* yang *DI LANTIK* oleh *Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Seksyen 3(2) Akta Pencegahan Rasuah, 1997* atas nasihat Perdana Menteri Malaysia dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah.

Sepatutnya.....Tan Sri Dzulkifli jika mempunyai maruah diri yang tinggi , mengambil cuti sementara siasatan *PDRM* terhadap video

https://youtu.be/rTd-KmH3siE

Biarkan *PDRM* menjalankan siasata dan Tan Sri jika tidak bersalah boleh lah menyambung semula tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Hak Tan Sri Dzulkifli sama ada untuk menafikan atau mengaku bahawa video yang tular itu *sahih* , tiada siapa boleh mempertikaikan.

Tapi *HAK RAKYAT SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI* harus Tan Sri *HORMATI* , dan Tan Sri juga *WAJIB MENGHORMATI DYMM SERI PADUKA YANG DI PERTUAN AGONG* , kerana lantikan jawatan KETUA PESURUHJAYA SPRM itu adalah *LANTIKAN AGONG ATAS NASEHAT PM*.

Sebagai *ORANG MELAYU* , Tan Sri patut sedar akan tanggungjawap Tan Sri ketika melafaz sumpah jawatan itu dahulu.

Tidak tahu lah pula jika Tan Sri Dzulkifli *TIDAK MAHU MENGHORMATI DYMM YDP AGONG* yang *TELAH MELANTIK TAN SRI SEBAGAI KETUA PESURUHJAYA SPRM* .

Selama Tan Sri memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM , rakyat *TIDAK YAKIN* akan integriti Tan Sri , dan apabila *ISU MORAL* ini tersebar , maka rakyat *BERTAMBAH TIDAK YAKIN*.

Saya harap Tan Sri Dzulkifli *HORMAT AKAN SUMPAH YANG SUDAH DI LAFAZKAN*.

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/10/17

JANGAN TUNDUK KEPADA TAKTIK KOTOR - NASIHAT SALLEH SAID KERUAK KPD DZULKIFLY

credit : FB Johar Mohd Noor


Si Jebon Datuk Seri Salleh Said Keruak memberi kata2 semangat pd KP SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad agar tidak tunduk taktik kotor dan cuba melemahkannya.

Betul ke video yg d tular mempunyai unsur2 taktik kotor? Bagaimana dgn movement2 yg d pamirkan lengkap dgn rangkaian data2nya, kebiasaan yg menjadi mangsa FITNAH dalang penyebarannya olih pemimpin Umno ialan Parti PAKATAN HARAPAN..

KENAPA pemimpin Umno yg mengaku beragama Islam sanggup bersekongkol mempertahankan kroninya yg terpalit dgn skandal permukahan?

ADAKAH ini merupakan taktik membalas jasa dan budi walaupun ianya bertentangan dgn hukum Agama?

Bagaimana mungkin KP SPRM harus membersihkan negara dari anasir rasuah, sedangkan dirinya sudah terpalit dgn skandal bini orang, dan adakah bermukah dgn bini orang termasuk dlm anasir D RASUAH?

Datuk Seri Salleh Said Keruak ini sememangnya buta hati perut kerna terlalu TAKSUB menjilat bontot Najib,
Reputasi SPRM sebelum ini sudah tercemar dan tercalar d sbbkan campurtangan Najib dlm isu skandal 1mdb, ramai pegawai penyiasat d tukarkan/d tamatkan perkhidmatan slps mendapati PM Najib terlibat dlm penyalahan guna dana 1mdb..
Jadi menjadikan episod ini berakhir dgn kejayaan d pihak Najib maka lantiklah org yg bolih d percayai utk MEMBERSIHKAN nama Najib dari najis skandal 1mdb.

Mengapa pulak DSSK menggesa KP SPRM mengabaikan tohmahan atau Fitnah?
Mungkin bagi Datuk Seri Dzulkifli Ahmad berdua2an dgn SECRET ADMIRE d luar Negara tidak dapat d hidu/d kesan olih rakyat Malaysia.

Tapi DSZA lupa perpatah peribahasa " Jerat tidak pernah lupa pelanduk".

Mungkinkah ini merupakan CASH DARI ALLAH,agar memberi kesedaran pd KP SPRM agar setiap pekerjaan kita akan d balas samada cepat atau lambat atau sebagaimana bentuk pembalasan dari Maha Esa yg kita sendiri tidak sedari..

SIAPAKAH YG AIB DLM ISU INI?
BAGAIMANA PERASAAN ISTERI, ANAK DAN AHLI KELUARGA?

KP SPRM bukan jadi mangsa konspirasi politik, tapi nak merasa makanan dan layanan yg lain dan lagi best yg CURI CURI...
SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNG.

DZULKIFLY TIDAK AKAN TUNDUK TERHADAP SERANGAN YG DI SIFATKAN KOTOR DAN JIJIK..

https://m.malaysiakini.com/news/398664

🔥🔥

*TAKTIK KOTOR ATAU PERANGAI KOTOR*

Kebelakangan ini tersebar video *"HUBUNGAN SONGSANG KETUA PESURUHJAYA SPRM TAN SRI DZULKIFLI DENGAN BINI ORANG"*.

Berduyun pencacai *"MEMPERTAHANKAN ISU MORAL"* tersebut , dengan mengatakan itu adalah *SERANGAN KOTOR , JIJIK PEMBANGKANG*.

Tidak menghairankan jika *"ISU MORAL"* Ketua Pesuruhjaya SPRM itu *DI PERTAHANKAN BERMATI-MATIAN OLEH PUAK UMNO*.

Tan Sri Dzulkifli selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM pernah melafazkan

https://youtu.be/oODAVX8PwTY

Dan sepatutnya Ketua Pesuruhjaya SPRM itu bertanggungjawap atas *"ISU MORAL"* tersebut secara peribadi , bukan berselindung di sebalik *LANGAU TONG TAIK* untuk mempertahankannya.

Buat masa ini , selagi kes itu sedang di siasat oleh *"PDRM"* , Tan Sri Dzulkifli *WAJIB MENGAMBIL CUTI"* , itu adalah sikap *"ORANG YANG MEMPUNYAI INTEGRITI"*.

Isu video :

https://youtu.be/rTd-KmH3siE

Bukan satu perkara yang *"RINGAN"* memandangkan bukti di video itu adalah bukti yang boleh *"DI SAHKAN DI DALAM MAHKAMAH"*.

Sepatutnya Tan Sri Dzulkifli kena ada *"JATI DIRI"* yang tinggi , *"MARUAH"* yang *AMAT TINGGI* untuk menghadapi *"ISU MORAL"* yang sedang di perkatakan.

Berselindung di sebalik  *LANGAU TONG TAIK* bukan jalan penyelesaiannya , kerana *LANGAU TONG TAIK* juga antara yang ramai *"MENYAILANG BINI ORANG"*.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu *"JANGAN CUBA-CUBA BERMAIN POLITIK"* dalam *"ISU MORAL"* beliau.

UMNO pula memang sudah berada di hujung penjuru yang akan membunuh parti itu sendiri.

UMNO yang sedang mempertahankan *"ISU MORAL"* Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sahaja sudah menunjukkan bahawa di dalam UMNO sendiri ada *"ORANG-ORANG YANG SUKA MENYAILANG BINI ORANG"*.

Hanya *_"JOHARI YANG MENGENAL MANIKAM"_* , maka tidak hairanlah UMNO akan di tolak bulat-bulat di dalam PRU nanti.

Segala *SALAHLAKU DAN ISU MORAL* , UMNO melalui pencacai dan penjilat tegarnya , Makcik JR , Ketua cawangan UMNO dan Pak Naibnya *AKAN MEMPERTAHANKAN BERMATI-MATIAN*.

Untuk Tan Sri Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM menafikan segala *BUKTI VIDEO* itu kenalah *BERSUMPAH* , baru orang ramai boleh percaya.

Sebagai *ORANG ISLAM* (walaupun perangai tidak Islamik) kena percaya bahawa salah satu cara mempertahankan diri adalah dengan *BERSUMPAH MENJUNJUNG AL-QURAN* untuk *MENEGAKKAN KEBENARAN*.

Jangan takut Tan Sri , jika Tan Sri *TIDAK MELAKUKAN* maka tiada *BALASAN DARI ALLAH* , Jangan di dengar nasehat dari *LANGAU TONG TAIK* kerana kebanyakkan *LANGAU TONG TAIK* itu juga *KAKI KEBAS BINI ORANG*.

Buktikan bahawa Tan Sri Dzulkifli sendiri adalah seorang *YANG BERMARUAH TINGGI*.

Kalau *BANYAK SANGAT ALASAN* untuk *BERSUMPAH MENJUNJUNG QURAN* , maknanya *SAHIHLAH APA YANG DI BUKTIKAN DI DALAM VIDEO TERSEBUT*.

*SHUKUR MOHAMAD*

BAPA JUAL HARTA NEGARA

Bapa jual harta Negara.
---+++

Mula mula ganti CEO at Proton Holding.
Step kedua ganti GM GM anak tempatan di semua plant Proton. Ganti dengan GM GM dari China.

Step ketiga terminate vendor vendor tempatan. Ganti vendor vendor dari China untuk hidupkan ekonomi di China menggunakan resources di Malaysia melalui plant Proton bawah Proton Holding. Akibatnya banyak kilang tempatan yang daftar dengan IKS-Industri Kecil Sederhana akan gulung tikar dan pembuangan kerja tenaga tempatan akan berlaku dan meningkat.

Step keempat terminate perlahan lahan tenaga kerja anak anak tempatan dalam Proton Plant Production Assembly Lines dan gantikan dengan tenaga kerja dari China. Kadar pengangguran dalam negara akan menjadi tinggi. Banyak pinjaman bank akan jadi NPL-Non Performing Loan(rumah, kereta dan saham asb) kerana ramai yang akan di buang kerja dan susah mencari perkerjaan baru kerana FDI baru yang masuk ke Malaysia tidak menguntungkan negara tapi menguntungkan negara yang menbawa FDI itu ke sini. Contoh projek ECRL. Semua limpahan kerja utk projek tersebut patah balik pada contractor negara tersebut kerana semua bahan dan tenaga perkerja utk membuat projek itu datang dari negara China.

Step kelima mengedar kereta buatan China dengan guna semua bahan mentah dari China tapi produksi di kilang kilang Proton dan jual ke Malaysia melalui rangkaian pemasaran perniagaan Proton yang kita telah bina semenjak dari 1985.  Kita semai benih tapi orang lain yang nikmati hasil. Ekonomi China pesat berjalan tapi ekonomi automotif Malaysia melingkup.

Step keenam China akan tukar nama hakmilik Proton ke China Proton perlahan lahan. Hanya menunggu masa. 

Step terakhir masa persidangan Umno semua perwakilan akan di ajak Najib untuk nyanyi ramai ramai Lagu Anak Kecil Main Api-Bumi di pijak milik orang, sambil nangis tersedu sedu.

Juga semua perkara yang akan berlaku berkenaan isu ini akan di salahkan pada Dap dan Tun Dr Mahathir.

Harga yang Najib senang senang jual demi nak lenyapkan satu legasi. Tiada langsung rasa patriotik pada aset negara.

Kongsi tulisan ini jika anda sayang pada negara.

2017/10/16

HIMPUNAN SAYANGI MALAYSIA, HAPUS KLEPTOKRASI GAGAL..

Setelah melihat sendiri gambar2 himpunan 'Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi' yg tersebar luas di media sosial, admin buat satu kesimpulan bahawa himpunan ini telah gagal berbanding himpunan yang pernah BN dan PAS anjurkan atas sbb 17 perkara berikut :

1. Tiada budak2 tahfiz diangkut;
2. Tiada bas angkut rosak tengah jalan
3. Tiada peniaga berebut jual air mineral
4. Tiada konvoi Mat Rempit buat bising;
5. Tiada pertandingan memancing;
6. Tiada derma wajib Rm30;
7. Tiada petir berdentum hingga blackout;
8. Tiada piknik keluarga
9. Tiada orang berak & kambus taik guna pasir.
10. Tiada cabutan bertuah
11. Tiada konvoi 4WD
12. Tiada kerahan tenaga terhadap penjawat awam
13. Tiada kerahan tenaga ahli² parti
14. Tiada tambang bas percuma
15. Tiada duit poket RM50
16. Tiada tshirt free
17. Tiada penipuan terhadap pakcik/makcik felda

Maka dengan ini Pakatan Harapan telah dikalahkan oleh BN dn PAS dengan 17  mata.. Huhh... Kalah teruk ni... Matilanak...

Ok.. Admin nk syorkan kpd PM Malaysia .. Dah boleh bubar parlimen dgn kadar segera utk memberi laluan kpd PRU14.. Waktu skrg ni la sesuai sbb sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Harapan semangkin lemah..

Tu pun klau still berteloq lagi la... Kikiki...