nuffnang Ads

.

2017/08/03

TUN M BAPA PERPECAHAN ORG MELAYU DAN NEGARA - KETUA UMNO SG.BESAR

Berikutan cercaan YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir baru-baru ini, rakyat Malaysia rata-rata menolak polemik berpolitik yang dipersembahkan oleh UMNO ini.

Sedih sekali, cuma ahli-ahli UMNO yang merasakan cercaan dan hinaan yang dibuat oleh YB TPM itu sebagai suatu bentuk pendidikan bagi rakyat Malaysia akan betapa hinanya Tun di mata mereka. 

Di sini, yang paling menyakitkan hati adalah komen dan tindakan yang dibuat oleh Ketua UMNO Sungai Besar dan ketua kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam. Saya boleh terima laporan polis dibuat beliau atas tuduhan Tun bahawa YB TPM pernah meminta restu untuk menjatuhkan YAB PM. Ini sesuatu yang boleh memakan diri YB TPM di kemudian hari, mujur Jamal tak sedar.

Perkara yang membuat darah saya naik ialah apabila beliau menggelar Tun sebagai "celaka". Semata-mata kerana mata hati beliau sendiri buta, Jamal sanggup mencaci sebegitu sekali terhadap Tun.

Di sini, mari kita kupas logik Si Jamal.

Jamal kata YB TPM bukan menghina kaum atau bangsa lain. YB TPM cuma hendak mengenengahkan betapa "celaka"nya Tun kepada bangsa Melayu. Saya tak tahu pulak yang darah berketurunan India ini adalah celaka buat bangsa Melayu. Sejak bila ya?

Selanjutnya, Jamal kata Tun celaka kerana menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan. Yang saya nak tanya Jamal sekarang, batu loncatan hendak ke mana pula?

Tun dah lanjut usia.

Tun diangkat menjadi Perdana Menteri dulu pun atas dasar meritokrasi dan bukan "populariti".  Bukan macam pemimpin yang Jamal agung-agungkan. Kalau sebagai batu loncatan untuk anak-anak dan keluarga Tun, rasanya dari habis sekolah lagi Tun dah buat macam-macam. 

Tetapi jika kita teliti betul-betul, Tun tak pernah menolak mereka ke hadapan di dalam barisan politik, walaupun dengan sepatah dua kata sebagai tanda sokongan. Kalau ada, sila buktikan.

Lebih menjengkelkan lagi apabila Jamal kata Tun sebagai punca perpecahan orang-orang Melayu dan juga negara.  Sebenar-benarnyalah, sebelum Melayu boleh bangkit bersatu, Melayu harus sedar betapa bangsa Melayu semakin dipermainkan pemimpin-pemimpin dengan retorik-retorik yang mengarut seperti kesetiaan hanya kepada sesebuah parti atau pemimpin walau zalim macam mana sekalipun pemimpin tersebut. Bangsa Melayu diperkotak-katikkan dengan retorik keagamaan bahawa kononnya Islam itu mengangkat bangsa Melayu pada tahap lebih mulia dari bangsa lain. Paling sedih apabila bangsa Melayu disuap retorik bahawa berfikir dan bercanggahan pendapat adalah suatu perbuatan belot kepada bangsa. 

Jika kita benar-benar sayangkan bangsa Melayu kita akan mahukan bangsa Melayu yang cerdik dan pandai, yang mampu berfikir dan memimpin masyarakat sejagat ke arah kebenaran dan keadilan.  Tun salah seorang yang telah memulakan reformasi intelektual ini, sehinggakan ada yang kini mampu lantang bersuara menentang Tun. Andaikata reformasi budaya ini tidak dimulakan Tun dulu, Melayu masih bangsa yang terkebelakang dan suara-suara Melayu mungkin lenyap.

Jadi tak hairanlah jika sekarang lebih ramai Melayu yang sedar akan kezaliman di depan mata dan mula bersuara. Memang pada mulanya ini, ianya seakan perpecahan. Tetapi kebangkitan masyarakat sememangnya membawa persengketaan sehinggalah masyarakat mampu mencapai kata sepakat. Di sini saya berani berkata, sebenarnya Tun yang akan membawa bangsa Melayu kembali bersatu hati. Segala kesilapan lalu akan diletak ketepi, demi maruah bangsa. Ianya suatu yang Jamal dan kebanyakan di dalam UMNO tidak akan faham. Inilah legasi Tun yang sebenarnya. Nantikanlah.

Tariq Ismail
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Ketua Bahagian P149 Sri Gading
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Bank Negara Malaysia - Umpama Bank Najib and Co...

5 hari "tambahan" diberikan oleh IPIC utk bayar RM2.58 b bermula 1 Ogos berakhir 5 Ogos setelah gagal dibayar pada tarikh 31 Julai 2017.

Di Parlimen, Najib menjawab soalan Ketua Pembangkang dengan mengatakan bukan tidak mampu bayar tetapi cuma ada "masalah teknikal" dan akan membayarnya pada bulan Ogos. Beliau tidak langsung memperincikan apa "masalah teknikal" yang dimaksudkannya.

Tiba2 Bank Negara terbit bon RM2.5 b utk dilanggan dalam masa 4 hari sahaja dari 1 Ogos hingga 4 Ogos. Jadi fahamlah kita inilah "masalah teknikal"  yang dimaksudkan oleh Najib.

Namun selepas ini mereka akan jawab ini hanya kebetulan. Mereka akan menipu lagi.

Siapa yang akan melanggan bon 20 tahun ini dalam tempoh 4 hari sahaja? Ahli perniagaan? Syarikat2 swasta? Atau agensi awam seperti KWSP, Tabung Haji, LTAT, KWAP, PERKESO, Amanah Raya...?  Agensi-agensi awam ini akan menerima paksaan....? Sama-sama kita tunggu.

Telahan kita ialah untuk kesekian kali, wang rakyat akan digunakan. Rakyat akan diperah sehabisnya. Harga barang akan naik lagi utk tingkatkan kutipan GST. Harga petrol dan diesel akan dinaikkan. Saman akan berganda dikeluarkan. Agensi penguatkuasa seperti Polis Trafik, JPJ, SPAD, Imigresen, Kastam, Pejabat Tanah Galian, Alam Sekitar, Majlis Daerah dan lain-lain akan dikerah membawa pulang semaksima mungkin saman kepada rakyat.

Ingat...!!! Ini adalah bayaran pertama kepada IPIC. Bayaran kedua ialah pada 31 Desember 2017. Maknanya episod ini akan berulang-ulang. Maka perahan terhadap keringat rakyat akan turut berulang-ulang seperti memerah susu lembu.

Siakap jenohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Dari rakyat untuk kleptokrat.

Selamat berfikir saudaraku wahai rakyat Malaysia.

Zaidi Ahmad
Pekan
3 Ogos 2017

2017/08/02

Surat Guaman Azmin Tuntut IGP Bawa Pulang Jho Low

sumber : Alyaa Alhadjri
Malaysiakini

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut pihak polis untuk mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho, atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.

Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan rasmi telah dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam dengan notis 14 hari untuk beliau bertindak.

"Kami telah diarahkan oleh MB (Azmin) untuk mengeluarkan notis berkaitan dengan cara untuk menahan dan membawa pulang Jho Low ke Malaysia dengan bantuan Interpol," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini.

Latheefa, yang diiringi peguam N Surendran, berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai bahawa tidak ada sebarang usaha setakat ini untuk membawa pulang Jho Low.

"Jika IGP gagal mematuhi, maka Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah," kata Surendran.

Laporan: Duta UAE lobi pinjaman 1MDB, terima AS$16 juta

Komunikasi e-mel yang bocor mendedahkan hubungan antara duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Amerika Syarikat Yousef Al Otaiba dan tokoh-tokoh utama dalam skandal 1MDB termasuk Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low.

Menurut e-mel Wall Street Journal (WSJ) yang didedahkan oleh Global Leaks menunjukkan Yousef menggunakan pengaruh diplomatiknya untuk memujuk bank-bank di UAE agar memberi pinjaman kepada 1MDB.

Laporan itu berkata Yousef pada September 2014 menggalakkan bank Abu Dhabi mengambil bahagian dalam pinjaman pembiayaan semula jangka pendek yang disusun oleh Deutsche Bank untuk 1MDB, dengan menyatakan ia adalah penting bagi hubungan UAE-Malaysia.

"Kami menghargai perhatian dan komitmen anda untuk menjayakan dan melaksanakan kemudahan ini," Yousef menulis kepada bank-bank berkenaan, berdasarkan e-mel yang bocor.

WSJ, yang telah meneliti e-mel tersebut, berkata teks itu sama dengan apa yang Eric Tan nyatakan kepada Yousef.

Jabatan Kehakiman AS (DOJ menggambarkan Tan mempunyai kaitan dengan Jho Low dan prosiding mahkamah di Singapura mendedahkan bahawa Jho telah menggunakan nama "Eric Tan" bagi mendapatkan keperluan perbankan dan komunikasi.

DOJ ketika memfailkan saman sivil ketiga dalam skandal 1MDB mendapati sebanyak AS$ 700 juta daripada pinjaman AS$ 975 juta Deutsche Bank untuk 1MDB telah dialihkan, sebahagiannya digunakan oleh Jho Low bagi membeli barang kemas untuk model Australia, Miranda Kerr.

WSJ, yang memetik kertas siasatan Singapura, berkata syarikat British Virgins Islands (BVI) yang dikuasai oleh Yousef dan rakan perniagaannya, Shaher Awartani menerima sejumlah AS$ 16 juta sebelum dan selepas mendapat pengesahan.

Beberapa hari sebelum e-mel Yousef menyokong pinjaman Deutsche Bank kepada 1MDB, bayaran AS $ 3 juta telah dibuat kepada syarikat itu dan satu lagi AS $ 13 juta telah dibayar dua bulan kemudian, katanya.

Laporan itu berkata kedua-dua pembayaran itu berasal dari syarikat BVI yang dimiliki oleh Tan.

Bayaran AS $ 16 juta adalah selain AS $ 50 juta lagi yang diterima oleh syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Yousef yang WSJ dalam laporannya bulan lepas mendakwa berasal dari 1MDB.

DOJ mahu rampas hotel

WSJ, yang memetik satu lagi e-mel lain, berkata Yousef pada Disember 2009 juga menggesa jutawan yang juga pengasas Colony Capital di California menerima tawaran daripada pengendali hotel untuk membeli L'Ermitage Hotel di Beverly Hills.

Pengendali hotel itu sebahagiannya dimiliki oleh anggota keluarga Jho Low.

"Saya menghubungi anda hari ini untuk menyokong tawaran ini selaku duta UAE tetapi juga sebagai seseorang yang memahami beban entiti pelaburan utama adalah di belakang projek ini," tulis Yousef.

Syarikat pelaburan swasta Low akhirnya membeli hotel itu dengan nilai lebih daripada AS$ 45 juta pada tahun 2010.

DOJ kini berusaha untuk merampas hotel yang didakwa diperoleh menggunakan dana 1MDB yang dicuri.

Laporan itu berkata e-mel itu termasuk perbincangan antara Yousef dan Shaher untuk membeli "barang mainan" selepas didakwa menerima "pemindahan dari Jho".

"Saya fikir kita berhak membeli 'barang mainan' yang bagus untuk merayakannya, apa yang anda fikir? 458 Italia mungkin?" Shaher didakwa menulis kepada Yousef, merujuk kepada Ferrari.

Bagaimanapun, Yousef menulis semula dengan mengatakan "barang mainan" sedemikian di Abu Dhabi "akan menarik perhatian yang tidak perlu", kata laporan itu.

Laporan itu berkata Yousef dan Shaher enggan mengulas lanjut.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/390577#4QSGc6KyoaIjkIpC.99

Peneroka Felda berhutang hampir RM5 Billion



sumber: malaysiakini

 

PARLIMEN l Para peneroka Felda berhutang hampir RM5 bilion dalam pelbagai jenis pinjaman, setakat bulan Disember 2015.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, hutang berkenaan termasuk pinjaman membeli saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), dana pembukaan tanah, penanaman semula, pendidikan tinggi, pinjaman pembelian komputer, insentif usahawan serta pembesaran rumah.

Razali tidak memberikan perincian pinjaman tersebut dalam jawapan bertulis Parlimen pada Isnin lepas.

Beliau menjawab soalan Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub) mengenai hutang peneroka Felda.

Terdahulu, Razali berkata, Felda sebagai satu entiti, mencatatkan kerugian tidak nyata RM1.21 bilion daripada pegangannya dalam FGV.

FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, menjana perolehan RM10 bilion dengan disebut-sebut menjadi salah satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dunia bagi tahun berkenaan, kedua selepas Facebook Inc.

Firma berkenaan membuat kemunculan pertama pada harga RM4.55 sesaham tetapi mengalami trend menurun semenjak itu.

Harga saham FGV mencecah paras terendah RM1.19 sesaham pada bulan Ogos 2015.

KWSP Rugi RM203j Akibat Pelaburan Saham FGV



 sumber: malaysiakini


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.

Kementerian Kewangan, menerusi jawapan bertulis Parlimen Isnin lalu bagaimanapun berkata, KWSP mendapat pendapatan dividen sebanyak RM105.77 juta daripada saham-saham FGV itu.

"KWSP akan mengurang atau menjual sepenuhnya saham-saham syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi kewangan yang menurun secara berterusan serta pengurusan lemah selepas menjalankan analisis," kata kementerian itu dalam menjelaskan mengenai strategi pelaburan agensi itu.

KWSP, di peringkat permulaan memegang 4.5 peratus kepentingan dalam FGV sebelum meningkatkan pemilikan sahamnya kepada 8.49 peratus pada September 2013.

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan itu adalah respons kepada pertanyaan dari Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai kerugian yang dialami KWSP akibat kejatuhan harga saham FGV.

FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, menjana perolehan RM10 bilion dengan disebut-sebut menjadi salah satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dunia bagi tahun berkenaan, kedua selepas Facebook Inc.

Firma berkenaan membuat kemunculan pertama pada harga RM4.55 sesaham tetapi mengalami trend menurun semenjak itu.

Harga saham FGV mencecah paras terendah RM1.19 sesaham pada bulan Ogos 2015.

2017/08/01

ADAKAH 1MDB SEKADAR CERITA BOHONG..??

Kupasan dari seorg sahabat maya yg berkesempatan menemubual Datuk A.Kadir Jasin
*Bukan sahaja utk kempen politik.  Ianya juga sebagai pencerahan*
EPISOD 9 : Tokoh kewartawanan  negara Dato' A. Kadir Jasin yg sangat rapat dgn perjalanan sejarah negara serta sangat akrab dan sangat mengenali tokoh2 pemimpin negara termasuk Najib dan Rosmah berkunjung  bersarapan pagi di kedai aku hampir 1 jam setengah. ADAKAH DIA DATANG SEKADAR UNTUK MEMBAWA CERITA2 BOHONG?
Selepas aku siarkan dlm fb beberapa minggu lalu tentang kunjungan itu, sangat2 ramai yg bertanya kan aku apa yg telah di ceritakan oleh A.Kadir Jasin kpd aku selama satu jam berbual dgn dia? Kerana pada siaran itu aku tak ceritakan pun apa yg di ceritakan oleh A.Kadir Jasin kpd aku. Berikut aku senaraikan secara ringkas perkara2 yg menjadi perbualan kami kira2 1 jam itu yg secara terus empat mata face to face.
1. 1MDB dan segala penyelewengan dan salah guna kuasa Najib adalah BENAR.
2. SRC dan kemasukan wang rm42 juta ke akaun peribadi Najib adalah BENAR.
3. RM2.6 Billion adalah bersumber kan dari 1MDB adalah BENAR.
4. RM2.6 Billion bukan derma dari Raja Arab adalah yang seBENAR.
5. Najib telah menggunakan rm12 Billion wang KWAP@AMANAH PENCEN adalah BENAR.
6. Najib telah menggunakan wang KWSP sebanyak Rm25 billion adalah BENAR.
7. Kroni2 dan proksi2 Najib dan Rosmah kaya raya hasil dari penyelewengan menipu harta dan projek besar adalah BENAR.
8. Rosmah mempunyai hartanah yg berjuta2 di luar negara yg bukan di Amerika adalah BENAR.
9. Reza anak Rosmah berjudi dan kalah di Las Vegas sebanyak USD13 Juta adalah BENAR.
10. Reza dan Rosmah mempunyai harta yg beratus juta di New York dan telah di sita juga BENAR.
11. Reza anak Rosmah membiayai pembikinan sebuah filem lucah dgn nilai rm400 juta adalah BENAR.
12. Peter Sondakh kawan najib kaya raya beratus juta hasil penipuan harta orang felda bersama beberapa  urusniaga saham  termasuk FGV yg kerugian lebih rm1.2 billion  adalah BENAR.
13. Peter Sondakh  mendapat projek pembinaan pusat pelancongan dan hotel di Langkawi bernilai rm300 juta juga hasil urusniaga yg menipu wang rakyat Malaysia adalah BENAR.
14. Peter Sondakh adalah org yg di percayai menyorok dan menjaga keselamatan  individu2 yg berkaitan 1MDB di luar negara seperti Jhlwo dan beberapa org lg di suatu tempat supaya tidak pulang ke Malaysia adalah BENAR.
15. Seseorang kawan najib dan rosmah yg bernama Kenneth E telah secara bersama menggunakan kedudukan najib memperdaya dan menipu sebuah bank tempatan sebanyak rm400 juta adalah BENAR.
16. Rosmah sangat boros berbelanja hinggakn untuk tempoh beberapa tahun ini saja sebanyak rm24 juta  telah di belanjakan mengikut laporan media luar negara yg membuat kajian dan penyiasatan adalah BENAR.
17. Rosmah suka membuat koleksi kasut dan beg tangan yg berharga berpuluh2 ribu setiap satu dan sebuah beg tangan nya saja berharga rm88 ribu seperti yg di laporkan media antarabangsa adalah BENAR. 
18. Untuk kekal muka yg licin, tegang muda dan menarik suntikan botox yg mahal dan terbaik yg bernilai beribu2 rm utk satu suntikan menjadi amalan Rosmah adalah BENAR.
19. Keluarga anak2 najib dan Rosmah dan anak2 tiri najib hidup dalam kemewahan dan suka berfoya dgn memiliki barangan dan harta2 peribadi yg mahal2  dan di luar kemampuan adalah BENAR.
20. Rosmah menerima imbuhan yg banyak dari kroni2 najib yg berurusniaga samaada yg berkaitan dgn kerajaan maupun swasta adalah BENAR.
21. Najib menyalur kan duit kpd negeri dan Bahagian UMNO beratus2 juta dlm bentuk projek dan wang pengurusan semata2 rasuah untuk terus menerima sokongan dari kalangan org UMNO adalah BENAR.
22. Najib dan Rosmah sangat suka dgn amalan2 khurafat dan syirik bomoh dan mandrem adalah BENAR.
23. Najib sedang berura2 dan memujuk untuk menggunakan wang Tabung Haji juga adalah BENAR.
24. Kerajaan tidak punya cukup wang dan terpaksa menaik kan petrol dan gula pada Januari, Februari dan Mac semata2 untuk menampung bayaran BRIM dan mencipta helah supaya di bayar beransur2 adalah BENAR.
25. Kerajaan sudah mempunyai hutang luar sebanyak 1000 juta dan bakal tidak mempunyai cukup wang untuk mengurus jika ringgit terus jatuh adalah BENAR.
26. Raja Salman di katakan sangat akrab tapi melakukan lawatan hanya 4 hari ke Malaysia. Tetapi selepas itu melawat Indonesia selama 14 hari. Akrab kh kita? Kerana sangat takut rahsia 2.6 billion terdedah dan takut Raja Salman dan Tun M dapat bertemu pd kunjungan baru2 ini, najib telah memadatkan aturcara dan melakukan sekatan dan halangan terhadap Tun M walaupun ada permintaan Raja Salman utk bertemu TUN M adalah BENAR.
Demikianlah sahabat2 fb ku serba ringkas aku nyatakan sebahagian butir2 perbualan di antara aku dgn tokoh kewartawanan negara yg tiada apa2 kepentingan politik yg dulu nya sahabat baik najib dan Rosmah tetapi mengambil pendirian untuk menentang setelah menyaksikan terlalu banyak kerosakan2 yg telah di buat oleh najib dan rosmah terhadap negara. Ada lg yg belum aku ceritakan terutama berkenaan penglibatan negara China yg banyak membantu najib dan kesannya kpd negara pada masa akan datang. Adalah setiap pertolongan "ALONG" akan berakhir dgn begitu sahaja? Najib telah menjerut dan menyerahkan  tengkok kita bersama kpd negara China yang kesan nya amat merbahaya pd genarasi masa depan. InsyaAllah di lain episod akan aku ceritakan.
Terima kasih kerana membaca. Untuk percaya terserahlh pada tuan puan. Tepuk dada tanya selera kerana semuanya telah terhidang di depan mata...
Cuma sebagai rakyat yg terasa sudah di tipu dan di khianati  oleh najib setelah mandat undi telah di berikan pd PRU 13 lalu maka aku istiharkan untuk PRU14 nanti tiada undi lg untuk BN dari seluruh keluarga aku. Di harap anda yg membaca ini juga akan bertindak sedemikian dan hebahkan lh kpd yg lain. Tkasih.