nuffnang Ads

.

2017/07/08

SAYA AKAN SENTIASA BERDOA UNTUK KESTABILAN ANDA, MALAYSIA - DYAM TMJ

Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya. Sebuah negara yang saya berdoa untuk kestabilan. Apa yang telah berlaku kepada sahabat kesayangan ku, Malaysia? Saya berharap suatu hari nanti, anda akan kembali pulih semula.

Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana Rasuah telah menjadi sebuah budaya. Sebuah negara di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita. Orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas. Ia telah menjadi tempat di mana orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.

Sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan. Di mana yang berlakun dan individu yang hipokrit dipuji sebagai hero manakala yang pemberi sumbangan dan mereka yang berdedikasi kepada yang baik diabaikan dan dianggap sebagai penjahat. Dimanipulasi oleh gambar-gambar yang mereka lihat.

Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara. Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang Jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya.

Pemimpin yang berpura pura dengan apa yang mereka pakai, tetapi di sebaliknya, memaksa kerajaan untuk menggunakan wang rakyat untuk membayar jet peribadi mereka. Sebuah negara di mana bangsa saya sendiri telah melupakan sejarah, warisan dan budaya kita. Sebuah negara yang meninggalkan budaya tradisi tempatan kita seperti  pakaian tradisional kita dan sebaliknya memilih memakai pakaian campuran budaya asing, kononnya ingin menjadi seperti orang Arab.

Tempat yang dicemari oleh sifat cemburu dan iri hati. Tempat di mana anda boleh membeli pangkat dan kini pangkat-pangkat tersebut telah kehilangan nilainya. Ada yang memilih untuk berdiam kerana mereka sendiri mempunyai agenda mereka yang tersembunyi. Sementara masih ada yang seperti saya yang memilih untuk bersuara kerana bimbang tentang apa yang akan berlaku kepada anak cucu-cicit kita dan generasi masa akan datang.

Sebuah negara di mana ramai individu ingin menjadi ahli politik untuk kepentingan peribadi mereka dan tidak lagi percaya kepada tugas untuk berkhidmat kepada rakyat dan institusi kita. Di mana Penafian dan kejahilan telah menjadi panduan hidup. Di mana penipu memperoleh lebih banyak kuasa. Di mana Kebenaran sering diabaikan dan pembohongan diiktiraf sebagai pengakuan.

Kehormatan, kesetiaan dan kesungguhan tidak lagi wujud. Apa yang telah berlaku kepada kamu sahabatku? Walaubagaimanapun, janganlah kau risau, kerana masih ada beberapa yang masih belum kehilangan harapan. Masih terdapat beberapa yang sanggup berkorban demi generasi masa akan datang. Beberapa yang akan mengubah sesuatu dari dalam.

Visinya kini jelas. Sekarang adalah masa untuk melaksanakannya. Visi tanpa pelaksanaan, adalah halusinasi. Kekal bertabah sahabatku. Anda bernasib baik memiliki rakan seperti Sabah, Sarawak dan juga beberapa tempat di Malaysia. Buat baiklah kepada mereka. Hormati mereka. Perpaduan adalah kunci kepada Kejayaan. Saya akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk anda dan saya akan sentiasa berdoa untuk kestabilan Malaysia.

Dari rakan anda dan rakan kongsi yang baik, Johor. Daripada Hamba yang berkhidmat kepada Sultan Johor dan negeri Johor, Ismail.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

I WILL ALWAYS PRAY FOR YOUR STABILITY, MALAYSIA

Whats happening to a country I used to respect? A country that I was once proud to call my home. A country that I pray for stability. Whats happening to my beloved friend, Malaysia? I hope that one day, you'll be ok again.

Today I live in a country where Corruption has become a tradition. A country In which the media protects the corrupt and victimizes the innocents to sell stories. The uneducated are being deceived, manipulated by the system and torn into pieces. It has become a place where the rich are getting richer and the poor are getting poorer.

A place where the people no longer acknowledge facts, but rather judge by the perception of what you wearing. Where the actors and hypocrites are hailed as heroes while the contributors and those who are dedicated to the good cause are being ignored and perceived as villains, manipulated by the pictures they see.

It has become a place where politicians are wanting to be celebrities and sportsmen. Where a person who can't ride a horse or play polo can be selected to represent the country. Where individuals who don't  even go for proper military trainings can become a general. A country where the institution is slowly losing its identity.

Leaders who act with what they're wearing, but behind closed doors, forces the government to use the people's money to pay for their private jet is being respected. A country where my own race have forgotten our history, heritage and culture. A country that abandons our local traditions such as our traditional clothes and choose to adopt foreign customs, wanting to be like the Arabs.

A place plagued by jealousy and envy. A place where you can buy titles and now those titles have lost its value. Some chose to keep quiet because they themselves have skeletons in their closet. While some like me choose to speak up because we are worried of what's going to happen to our grandchildren and our future generations.

A country where individuals want to be politician for their personal interest and no longer believe in serving the people and our institution. Where being In denial and ignorant has become the way of life. Where the deceiver gains more grounds and power. Where The truth is being ignored and lies being acknowledges.

Honor, loyalty and being genuine no longer exist. What's happening to you my dear friend? But, dont you worry, as they are still a few that hasn't  lost hope. There are still a few that will sacrifice for our future generations. A Few that will change things from within.

The vision is clear. Now is the time to implement it. Vision without execution, is hallucination. Stay strong my friend. You'll be ok. You're fortunate to have friends such as Sabah, Sarawak and other places. Be kind to them. Respect them. Unity is the key to Success. I wish you all the best and I Will always pray for your stability Malaysia.

From your friend and good partner, Johor. The humble servant to the Sultan of Johor and the state of Johor, Ismail.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

AMPUN TUANKU SEMBAH PATIK MOHON DI AMPUN

*AMPUN TUNKU*

Pagi ini saya tiba-tiba menjadi sebak apabila membaca nukilan DYAM MEJAR JENERAL , TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM , TUNKU MAHKOTA JOHOR.

Anakanda kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim tersebut telah meluahkan perasaan yang amat dalam berkenaan apa yang berlaku di dalam negara ini.

*Tulisan DYAM TMJ kali ini saya andaikan sebagai sebuah luahan yang amat serius dan DYAM TMJ menunjukkan satu kerisauan yang amat serius.*

Ampun Tunku ,

Jika Tunku Mahkota Johor sendiri merasa risau dengan kemelut yang ada dan berlaku pada hari ini , apatah lagi kami rakyat marhaen yang rata-rata telah merasa tekanannya.

Kami sebagai rakyat marhaen yang di cengkam dengan masalah ekonomi untuk hidup sehari-hari ini "terpaksa" redha menerimanya dengan rungutan.

Masalah ekonomi ini membuatkan rata-rata dari kami membuat sekurang-kurangnya dua kerja untuk menampung bebanan hidup , kami "redha".

Tapi Tunku , ada satu perkara yang kami "tidak redha" sebagai rakyat negara ini.

Iaitu , apabila kerajaan yang sedia ada ini membelakangkan Institusi Beraja.

Apabaila , PDRM melanggar sumpah polisnya untuk melindungi kami , hak kami yang termaktub di dalam Perlembagaan dengan membiarkan "penjenayah" bebas dengan senyuman dan terus-terusan melakukan samunan tanpa segan silu , walaupun ada negara luar telah mensabitkan hukuman kepada "rakan penjenayah" tersebut.

Malah Tunku , ada satu laporan yang mengatakan bahawa ada satu pembayaran telah di buat kepada seorang "orang atasan" risikan tentera sebanyak RM7 juta , yang mana jika ini berlaku bermakna "orang atasan" tersebut telah menghina Raja-Raja kerana sanggup bersekongkol dengan "penjenayah" tersebut , kerana "orang atasan" itu berada di dalam sumpah jawatan untuk melindungi kami rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja Tunku , kerajaan yang sedia ada ini terus-terusan juga menghina Institusi Di Raja dengan membelakangkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong , apabila mereka melantik Hakim-Hakim tanpa melalui sistem Perlembagaan , membuat AKTA MKN tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja , dan mereka bersedia untuk menidakkan kuasa Raja-Raja di dalam negara ini.

Jika mereka mengaktifkan AKTA MKN ini demi kelangsungan nafsu serakah mereka , ini bermakna Institusi Di Raja di dalam negara ini mereka telah hina dan di tidakkan kuasa Majlis Raja-Raja.

Ampun Tunku ,

Kami rakyat Malaysia sangat mengharapkan sifat perihatin DYAM Tunku sebagai pewaris Kesultanan Johor di terjemahkan dengan satu tindakan.

Kami rakyat Malaysia amat yakin bahawa DYAM Tunku Mahkota Johor begitu sayangkan kami dan faham akan permasalahan yang kami dan negara ini serta generasi penerus kami akan hadapi , jika kerajaan yang sedia ada ini dan badan penguatkuasaan negara ini terus-terusan bermaharajalela.

Ampun Tunku ,

Maafkan kami rakyat Malaysia meluahkan hasrat hati dan kerisauan kami ini , kami juga seperti DYAM Tunku amat risau dengan permasalahan yang sedang berlaku ini.

Ampun Tunku.

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.
ALLAH LANJUTKAN USIA TUNKU.

Shukur Tan Sri Mohamad.

JOHOR TETAP JOHOR.

2017/07/07

SUSULAN KENYATAAN TIM. MENTERI PENGANGKUTAN BERKENAAN TINDAKKAN DOJ DI KATA MEMALUKAN

Kenyataan Balas

Susulan kenyataan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Yang Berhormat Datuk Abd Aziz Kaprawi berkenaan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang dikatakan “memalukan”, saya tergerak untuk mengulas kenyataan Yang Berhormat (YB).

Secara ringkasnya, YB Datuk telah menuduh DOJ mengambil tindakan secara semborono, dengan hanya berasaskan aduan awam dan maklumat serta dokumen yang disebarkan di media.  YB Datuk juga menyatakan bahawa tindakan ini memalukan kerana diambil tanpa memanggil sesiapa di pihak 1MDB untuk memberi keterangan ke atas tuduhan yang dilemparkan.

Dengan terus terang saya mengaku, saya antara menangis dan tertawa membaca kenyataan YB Datuk.  Saya menangis kerana kenyataan ini dibuat oleh seorang  Timbalan Menteri  yang sepatutnya membuat kenyataan dengan berhemah dan diplomatik terutama sekali apabila mengulas tentang urusan dengan negara-negara luar.  Lebih-lebih lagi, saya menangis kerana inikah tahap intelek seorang Timbalan Menteri di Malaysia.

Saya tertawa kerana jelas sekali kenyataan ini dibuat tanpa usul periksa atau pengetahuan langsung tentang proses penyiasatan berkait undang-undang kleptokrasi di Amerika Syarikat dan kaitannya dengan kesalahan Pengubahan Wang Haram. Saya tertawa lebih-lebih lagi kerana YB Datuk tidak dapat membezakan antara tuduhan mencuri dan tuduhan mengubah wang haram.
Jadi biarkan saya simpulkan dalam bahasa mudah dan ringkas.

Kleptokrasi adalah tindakan mencuri atau merampas harta atau aset yang sah dimiliki orang lain tanpa kebenaran pemilik tersebut dan/atau diluar pengetahuan pemilik tersebut.  Apabila pemilik adalah syarikat atau badan awam, pemiliknya adalah individu-individu dibelakang tabir badan tersebut yang berkepentingan ke atas manfaat yang dijana badan tersebut.  Oleh itu, syarikat berkait kerajaan seperti 1MDB secara tak langsung dimiliki rakyat Malaysia kerana manfaat dari operasi 1MDB sepatutnya diraih rakyat Malaysia.

Pengubahan wang haram pula adalah tindakan menyalurkan wang haram (seperti wang yang dicuri) melalui pelbagai institusi dan aset kewangan supaya ianya tidak boleh dicam sebagai wang haram.  Matlamatnya ialah supaya pemilik wang tersebut serta pihak berkuasa tidak dapat mengecam bahawa wang tersebut dicuri, dan tindakan undang-undang tidak dapat diambil untuk memulangkan wang tersebut kepada pemilik sahnya. 

Contohnya, Pencuri A meminta kawannya simpankan sementara waktu  duit yang dicuri dari Datuk M supaya polis tak dapat tangkap si Pencuri A.  Katanya pada kawannya, “Kalau polis tanya, kau kata aje duit ni harta peninggalan arwah nenek kau yang kau dah lama simpan”.  Secara tak langsung, si kawan kepada Pencuri A ini turut terlibat dalam tindakan mengubah wang haram.
Berbalik kita kepada tuduhan dan tindakan DOJ. Biar saya ulaskan supaya yang kurang pengetahuan lebih berhati-hati berkata-kata kelak.

Proses penyiasatan DOJ dijalankan berdasarkan maklumat dan rekod-rekod kewangan yang terdapat di institusi-institusi kewangan di Amerika Syarikat sahaja. Dan oleh kerana hampir semua penyaluran mata wang asing di dunia melalui institusi di Amerika Syarikat, DOJ punya akses kepada hampir semua rekod transaksi 1MDB di luar negara.  Sudah tentunya rekod-rekod ini lebih meluas dari rekod-rekod yang diterbitkan oleh Sarawak Report.

Keduanya, walau tanpa proses penyiasatan DOJ, semua institusi kewangan di dunia diwajibkan menyiasat wang yang disalurkan oleh ahli-ahli politik dan mereka-mereka yang berkait dengan ahli politik.  Semua institusi kewangan diwajibkan supaya mengesahkan bahawa wang yang disalurkan tersebut adalah dari sumber-sumber yang sah dan bukan hasil dari aktiviti-aktiviti jenayah atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.  Terutama bagi ahli-ahli politik, antara aktiviti-aktiviti yang dibimbangkan adalah rasuah dan kleptokrasi.  Proses ini adalah proses yang sama diwajibkan ke atas semua institusi kewangan seluruh dunia di bawah garispanduan berkait tindakan anti-pengubahan wang haram. 

Di mana sumber wang tersebut tidak dapat disahkan sebagai hasil dari aktiviti sah dari segi undang-undang, atau sumber tersebut disahkan sebagai berkait badan atau syarikat yang mana sumber pendapatannya berunsur jenayah, transaksi tersebut akan dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti DOJ.  Apabila transaksi mencecah beratus juta atau berbilion dolar Amerika, sudah tentu pihak berkuasa akan menjalankan siasatan. 
Apabila transaksi demi transaksi dijalankan, dan sumber disahkan oleh pihak berkuasa negara lain seperti Singapura dan Switzerland sebagai hasil dari aktiviti berunsur jenayah berdasarkan hasil siasatan mereka ke atas bank-bank mereka yang terdahulu telah menyalurkan wang tersebut ke Amerika Syarikat, tentunya tindakan awal perlu diambil agar wang tersebut tidak terus lesap sementara siasatan terperinci dijalankan.  Inilah sebab tindakan sivil diambil tahun lepas – supaya menghalang mereka yang disyaki daripada terus lesap dengan khazanah negara.

Tindakan yang bakal seterusnya bergantung kepada hasil siasatan terperinci DOJ.  Semestinya siasatan DOJ akan mengambil kira bukti-bukti yang berkait dari siasatan negara lain yang mana banknya pernah terbabit dalam menyalurkan wang ke Amerika Syarikat.  Di sini, perlu YB Datuk faham bahawa pihak 1MDB tidak perlu di panggil memberi keterangan sekarang kerana wang disalur dari pihak negara lain yang berurusan dengan badan-badan dan individu-individu yang terlibat dengan 1MDB.  Jika YB Datuk ingat, tahun lepas lagi, DOJ sudah pun memanggil individu-individu yang terlibat secara langsung sahaja.  Hanya MO1 yang belum dipanggil memberi keterangan (setahu saya).  Oleh kerana Arul Kanda tidak terlibat secara langsung dalam transaksi bagi menyalurkan wang tersebut ke Amerika Syarikat, maka Arul Kanda tidak dipanggil memberi keterangan.  Tindakan ini sahaja menunjukkan bahawa bukti yang digunakan dalam penyiasatan ini terbatas kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Amerika Syarikat sahaja.

Sepatutnya, yang perlu malu ialah pihak Kerajaan Malaysia kerana enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara luar seperti Switzerland yang sedang menjalankan siasatan pengubahan wang haram ke atas sumber kewangan yang disalurkan daripada 1MDB.  Tidak sekali-kali negara-negara tersebut menjalankan siasatan jenayah mencuri secara langsung, sehinggalah dapat disahkan bahawa wang yang disalurkan telah disalurkan dengan tidak sah dari 1MDB, dan bukti menunjukkan terdapat unsur-unsur penipuan, penyelewengan dan kecurian ke atas 1MDB oleh mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan ke atas urusan 1MDB.  Harus kita ingat, walau bagaimana sinisnya kita ke atas dasar luar Amerika Syarikat, mereka tidak berkepentingan untuk mendapatkan balik wang dan aset yang diseleweng dari 1MDB bagi pihak rakyat Malaysia.  Untuk ini, saya berterima kasih kepada mereka.

Jadi persoalan akhir saya kepada YB Datuk, bilakah Datuk akan mempertahankan yang benar dan menuntut keadilan bagi pihak rakyat Malaysia? 

Tariq Ismail
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Ketua Bahagian (Penaja) P149 Sri Gading

2017/07/06

1MDB, JHO LOW DAN MO1 YANG SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA, BUKAN SAYA - MP PANDAN

RAHMAN DAHLAN PATUT BERANI BERDEBAT MENGENAI PENYENARAIAN EDRA

Panglima utama kepada Dato’ Seri Najib Razak iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menuduh saya berniat jahat dan ditafsirkan beliau sebagai usaha mensabotaj ekonomi negara. Dalam satu tulisan semalam, Datuk Seri Rahman mendakwa penglibatan 1MDB di dalam industri penjana bebas (IPP) telah berjaya menstrukturkan kembali perjanjian pembekalan tenaga bebas agar tidak berat sebelah seperti sebelum itu.

Tindakan serta-merta Datuk Seri Rahman menuduh saya cuba mensabotaj ekonomi negara (apabila saya menyeru supaya dana awam tidak terlibat di dalam penyenaraian Edra milik syarikat Kerajaan China) menunjukkan rasa cemas pentadbiran Dato’ Seri Najib mengenai cadangan penyenaraian itu. Rasa cemas itu sudah tentu berpunca dari kebimbangan Dato’ Seri Najib bahawa pembelian saham-saham Edra dari syarikat milik Kerajaan China oleh dana awam akan sekali lagi mengundang kemarahan rakyat.

Maka, alasan-alasan yang diberikan untuk menunjukkan “jasa” 1MDB (melalui Edra) kepada rakyat menjadi tidak keruan. Saya tunjukkan di bawah beberapa alasan yang tidak benar dan boleh dipatahkan dengan mudah:

i. Datuk Seri Rahman mendakwa oleh kerana 1MDBlah maka perjanjian pembekalan tenaga oleh penjana bebas (IPP) menjadi lebih adil lalu harga yang dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada IPP adalah lebih murah. Akibatnya, keuntungan TNB meningkat berbanding sebelum ini.

(Rujuk perenggan: Berbanding mencatatkan kerugian dan memerlukan bantuan kerajaan sebagaimana berlaku pada masa lampau, terma dan kadar PPA yang adil di mana melibatkan 40 peratus dari kos, kini menyumbang kepada TNB yang turut mencatatkan keuntungan berbanding sebelum ini.)

Berhubung perkara ini, saya hanya ingin mengajukan satu soalan kepada Datuk Seri Rahman untuk menunjukkan bahawa alasan ini tidak benar: jika benarlah 1MDB (melalui Edra) telah menyebabkan perjanjian IPP lebih adil dan mengurang kos menjana dan membekal elektrik kepada rakyat, kenapa tarif elektrik tidak turun selari dengan penurunan kos dan keuntungan TNB seperti yang didakwa? Sebaliknya tarif elektrik menjadi lebih tinggi sejak pembabitan 1MDB di dalam industri penjanaan elektrik bebas. 

ii. Datuk Seri Rahman mendakwa oleh kerana 1MDB jugalah tanggungan subsidi gas oleh PETRONAS adalah jauh lebih sedikit berbanding sebelum itu.

(Rujuk perenggan: Manakala bil subsidi gas Petronas bagi 2015 adalah satu pertiga dari apa yang perlu ditanggung pada 2012, penjimatan sebanyak RM10 bilion. Penjimatan besar ini dibelanjakan bagi pembangunan dan kebajikan yang memanfaatkan rakyat di kala kerajaan mengekalkan kadar elektrik rendah untuk semua.)

Saya tergelak membacanya kerana jelas Datuk Seri Rahman seolah-olah beranggapan rakyat jelata mudah diperbodohkan. Kos subsidi gas yang ditanggung oleh PETRONAS (kerana gas asli dijual lebih murah kepada penjana bebas berbanding harga pasaran) turun mendadak bukanlah disebabkan oleh “jasa” 1MDB seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Rahman. Subsidi gas sekarang adalah jauh lebih rendah (berbanding tahun 2012 seperti yang didakwa) adalah kerana harga minyak mentah dunia telah jatuh mendadak sekarang berbanding tahun 2012 (lihat carta harga minyak mentah Brent di bawah, harga jatuh dari sekitar USD115 setong dalam tahun 2012 kepada sekitar USD50 setong dalam tahun 2016 – 2017).

Seluruh dunia tahu bahawa tarif elektrik masih kekal tinggi di Malaysia dan tidak pernah diturunkan (walaupun Datuk Seri Rahman mendakwa kos menjana elektrik turun mendadak kerana “jasa” 1MDB). Seluruh dunia juga tahu jumlah subsidi gas yang ditanggung PETRONAS turun mendadak selari dengan jatuhnya harga minyak mentah; bukannya disebabkan oleh “jasa” 1MDB.

Seluruh dunia juga tahu bahawa 1MDB menanggung hutang yang tinggi kerana membeli aset-aset penjanaan elektrik bebas dari syarikat kroni pada harga yang lebih tinggi dari nilaian. Seluruh dunia tahu aset-aset itu kemudiannya dijualkan sepenuhnya kepada syarikat milik Kerajaan China (iaitu China General Nuclear Power Corporation atau CGNPC) walaupun TNB membidanya untuk mengurangkan hutang-hutang 1MDB.

Kini, apabila CGNPC ingin menyenaraikan Edra (yang dibeli dari 1MDB) bagi tujuan mengutip kembali RM5 bilion dari jumlah asal RM9.83 bilion yang dibayar kepada 1MDB, ia samalah seperti rakyat Malaysia yang menanggung hutang 1MDB buat kali kedua jika saham-saham itu dibeli oleh dana-dana awam yang dimiliki rakyat seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, PNB, PERKESO dan Khazanah.

Oleh itu seruan saya supaya dana-dana awam jangan terlibat membeli saham Edra adalah selari dengan kemahuan rakyat yang sudah serik dengan penyenaraian FGV satu ketika dahulu dan tanggungan hutang-hutang 1MDB yang sehingga kini tidak berkesudahan.

Lagi pun, jika benarlah Edra ini satu syarikat yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi seperti yang diwar-warkan, saya pasti CGNPC milik Kerajaan China itu mampu menjual saham-sahamnya kepada pelabur antarabangsa yang lain dari dana-dana antarabangsa tanpa perlu bergantung kepada dana awam milik rakyat Malaysia.

Isu menghalang dana awam dari terlibat dengan penyenaraian Edra ini adalah isu utama yang perlu diberi perhatian. Saya juga mempunyai banyak lagi jawapan-jawapan dan fakta-fakta untuk membidas hujah songsang Datuk Seri Rahman mengenai isu ini.

Hakikatnya, yang mensabotaj ekonomi Malaysia bukanlah orang seperti saya yang hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen pembangkang untuk memastikan dana awam tidak digunakan untuk pelaburan berisiko tinggi. Rakyat juga tahu bahawa pihak yang mensabotaj ekonomi Malaysia adalah Jho Low, 1MDB dan MO1 yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung hutang sehingga RM50 bilion.

Oleh itu, cara yang terbaik membincangkan perkara ini ialah melalui satu perdebatan terbuka yang disiarkan secara langsung baik di televisyen nasional (sama ada RTM, TV3 atau TV lain) dan melalui Facebook LIVE. Saya percaya banyak pihak yang berpengalaman luas menganjurkan perdebatan seperti Sinar Harian boleh menguruskan debat ini dengan cepat.

Sepatutnya jika Datuk Seri Rahman benar-benar yakin 1MDB telah banyak membantu rakyat Malaysia melalui pembabitannya di dalam industri penjanaan tenaga bebas; atau yakin bahawa potensi pelaburan di dalam Edra adalah baik (dan dana awam tidak perlu bimbang dengan risiko pelaburan), maka beliau tidak wajar gentar untuk berdepan dengan saya di dalam satu perdebatan.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

2017/07/05

Bukti Najib Menyamun RM2.6b Dari 1MDB

Credit: jebatmustdie.wordpress.com

Apabila seseorang mengambil wang yang bukan miliknya, orang itu boleh lah kita panggil seorang pencuri. Jika orang itu secara senyap telah mengambil sejumlah wang yang besar bukan miliknya dan kemudiannya tidak mengaku apabila seluruh dunia membongkar kegiatannya, maka orang itu layaklah digelar penyamun yang penipu.

Malang sungguh bila kita ada Perdana Menteri yang suka hati menyamun wang kerajaan berbillion banyaknya. Lebih malang lagi apabila dia cuba menipu dengan mengatakan ianya adalah derma yang datang dari Raja Arab Saudi (walaubagaimanapun, putera raja Arab Saudi tidak tahu menahu mengenainya).

Dan amat malang sekali apabila ada yang kononnya cerdik pandai mempercayai cubaan berbohong Najib Razak! Jika dah bodoh, maka bodohlah mereka semua ini. Derma Pak Arab entah ke mana, Pak Arab pun tak pernah muncul. Mereka cuba menipu kita, tapi yang percaya penipuan ini cuma mereka sahaja!

Baru-baru ini mahkamah di Singapura mendedahkan bukti-bukti aliran wang tunai 1MDB di dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram di sana.

Dalam salah satu kertas pertuduhan di atas, pengurus bank Falcon di Singapura, Jens fred Sturzenegger telah didapati bersalah bersubahat dan meluluskan transaksi-transaksi yang mencurigakan yakni pemindahan wang haram yang datangnya dari 1MDB.

Terdapat 16 kertas pertuduhan kesemuanya dan salah satu daripadanya adalah menipu pihak polis Singapura dengan mengatakan dia tidak pernah berjumpa dengan Jho Low. Dia hanya berjumpa dengan Eric Tan, pemilik syarikat Tanore dan Blackstone Asia.

Walau bagaimanapun, siasatan polis Singapura membongkar bahawa Jho Low dan Eric Tan adalah orang yang sama, walaupun mempunyai passport berasingan! Ini bermakna Jho Low mempunyai dua identiti dan dua passport berlainan!

Kertas siasatan mendapati, Jho Low telah mengarahkan Sturzeneggger untuk meluluskan pemindahan wang berbillion-billion ringgit dari beberapa akaun untuk masuk ke dalam akaunnyadi dalam syarikat Tanore:

Sturzenegger adalah pekerja Bank kelima yang telah didapati bersalah dan disumbatkan ke dalam jail selepas beberapa temanJho Low seperti Yeo Jiawei, Kelvin Ang, Yak Yew Chee dan Yvonne Seah.

Perlu diingatkan ini adalah bukti-bukti yang disebut di dalam mahkamah Singapura. Adakah mahkamah telah memfitnah Jho Low? Sudah tentu tidak. Kerana kelima-lima yang dituduh telah mengaku bersalah.

Perbualan-perbualan telefon antara Sturzenegger dan Jho Low serta CEO Falcon Bank kepada pengerusinya turut direkodkan dan disiarkan di dalam mahkamah. Antara lain, CEO Falcon Bank (Eduardo Leeman) memarahi Jho Low kerana dokumentasi yang mereka terima untuk meluluskan transaksi itu tidak masuk akal:

Dia juga berkata kepada pengerusinya bahawa dokumentasi yang diberikan oleh Jho Low tidak lengkap dan hanya ‘cut & paste’ sahaja:

“But between you and me, Mohammed, the rest of the documentation, which our friend in Malaysia has delivered, is absolutely ridiculous. This is exactly that kind of issue which is gonna get everybody in trouble. This is done not professionally, unprepared, amateurish at best. The documentation they’re sending me is a joke… How can you send hundreds of millions of dollars with documentation, you know, nine million here, 20 million there, no signatures on the bill, it’s kind of cut and paste, and, and… I mean it’s ridiculous!” – kata Leeman kepada Pengerusi Falcon Bank, Mohammed AlHusseiny.


Dan kita semua telah melihat dengan sendiri pembongkaran oleh suratkhabar Wall Street Journal mengenai wang sebanyak USD681 juta (RM2.6 billion mengikut kadar matawang ketika itu) yang telah masuk ke dalam akaun Najib sendiri:

Di dalam penyata bank di atas, tertera nama syarikat Tanore Finance milik Jho Low. wang sebanyak USD620 juta telah dimasukkan pada 21 Mac 2013 dan sebanyak USD61 juta lagi telah dimasukkan pada 25 Mac 2013.

Kesemua transaksi ini telah benar-benar berlaku. Tahun lepas, media Australia telah mendedahkan surat surat pengakuan yang kononnya terdapat seorang putera arab yang akan memberi berbillion wang kepada Najib melalui akaun milik syarikatnya bernama Blackstone Asia dan Tanore! Sejak bila Jho Low @ Eric Tan itu seorang seorang Putera Arab?

Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australia yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Blackstone Asia.

Kandungan surat palsu yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Tanore.

Surat-surat inilah yang telah dijadikan panduan oleh Peguam Negara untuk membersihkan nama Najib. Hingga kini tidak ada seorang pun Putera Raja Abdullah yang mengaku memberi ‘derma’ tersebut. Nama putera itu juga tidak terdapat di dalam senarai rasmi nama anak-anak Raja Abdullah.

Mengapa Apandi Ali menyogokkan kita dengan kerja separuh masak? Adakah dia ini seorang Peguam Negara yang tolol? Atau adakah dia ini seorang Peguam Negara yang cuba bersubahat dengan si jaguh pencuri?

Persoalan yang sama penting di sini adalah, dari mana asal wang yang dimasukkan itu ke dalam akaun Najib? Ianya telah melalui pelbagai akaun seperti Tanore, Devonshire Fund, Cistenique Investment dan Enterprise Emerging Markets Fund; tetapi dari manakah punca asal wang tersebut?

Siasatan dari pihak US dan Swiss mendapati, wang ini berasal dari USD3 billion wang bon 1MDB yang dibuat dalam tahun 2013. Di bawah adalah carta aliran wang tersebut; dari mana ia bermula hinggalah masuk ke dalam akaun Najib di Ambank.

Cabang-cabang transaksi dari 1MDB yang sedang disiasat oleh negara-negara asing. Ambil perhatian tidak wujud penderma dari Arab Saudi di mana-mana. Wang RM2.6 billion sah berasal dari wang hutang bon 1MDB. Kini, bank BSI dan Falcon telah ditutup pihak berkuasa.

Bukti-bukti transaksi di atas boleh dibaca di sini, tetapi perlu diingatkan dokumen ini telah dialihbahasakan menggunakan aplikasi google translate oleh itu mungkin terdapat perkataan-perkataan yang kurang tepat di dalamnya:

Bukankah bukti-bukti di atas melayakkan kita untuk menggelar Najib sebagai jaguh menyamun?

Kesemua bukti di atas juga sepatutnya membolehkan kes Najib mencuri RM2.6 billion dibuka semula. Tetapi ini tidak mungkin berlaku jika mereka yang mengemis dedak dari Najib masih memegang kuasa penyiasatan.

Mereka yang berdosa kerana bersama-sama bersekongkol melindungi jaguh pencuri ini tidak mungkin mahu membaca atau mempercayai bukti-bukti yang telah disediakan di mahkamah Singapura dan Amerika Syarikat. Bagi mereka, salah laku mereka yang bersalah, tidak ada kena mengena dengan ketua pencuri mereka.

Di mana-mana sahaja rakyat biasa mengatakan Najib adalah pencuri, tetapi Najib sendiri seperti tidak malu dengan panggilan orang ramai terhadapnya. Akibat memakan duit curi terlampau banyak, maka kulit pun menjadi tebal lalu terpaksa mengharungi hari-hari dengan perasaan tidak tahu malu.

Najib dan para pengikutnya samalah dengan perangai manusia zaman jahiliyah. Hati gelap dan berfikiran songsang.

1MDB: CAMPURTANGAN ASING CELAH MANA SHEIKH?

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, yang menganggotai PBB serta Komanwel, sudah tentu mempunyai hubungan dengan agensi-agensi antarabangsa dalam pelbagai bidang. Kita bukan negara tertutup seperti Korea Utara yang menolak segala bentuk kerjasama atau perkongsian maklumat dalam bidang-bidang tertentu dengan pihak luar terutama dengan dunia Barat. Jika bab jenayah memang dari dahulu lagi negara kita pernah berkolaborasi dengan FBI, Scotland Yard & INTERPOL.

Skandal 1MDB yang terjadi melibatkan beberapa negara termasuk USA, Switzerland, Hong Kong, Singapura dan Kepualaun Cayman. Ia merupakan jenayah penggubahan wang haram serta kecurian wang korporat melibatkan dana kerajaan Malaysia berjumlah berbilion-bilion Ringgit Malaysia. Kes 1MDB merupakan antara jenayah kolar putih (jenayah komersil) yang terbesar dalam peradaban moden manusia.

Oleh kerana watak-watak yang terlibat dalam skandal 1MDB tersebut bermastautin dan banyak berurusan di USA, maka kes ini disiasat oleh agensi anti jenayah negara tersebut seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan (DOJ). Skandal ini juga sedang dalam siasatan pihak berkuasa Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Ia merupakan suatu kelaziman untuk agensi-agensi kerajaan luar menyiasat jenayah yang dilakukan di negara mereka oleh warga asing (seperti warga Malaysia).

Untuk memahami skala kes 1MDB tersebut, kita tidak semestinya perlu menjadi pakar dalam bidang ekonomi, urus-niaga atau jenayah kolar putih. Tetapi adalah cukup memadai jika kita memahami asas ilmu ekonomi, prihatin perkembangan berita-berita dari luar negara serta teliti dalam mencerna maklumat-maklumat perundangan yang biasanya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum ianya diterjemah ke Bahasa Melayu oleh media-media tempatan. Itu pun jika skandal 1MDB ini dibicarakan dengan adil oleh media-media arus perdana tempatan, yang mana kita sedia maklum ia tidak berlaku dalam negara ini akibat cengkaman Kerajaan Malaysia terhadap media-media tersebut.

Oleh itu, sumber maklumat mengenai skandal besar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (Kerajaan Najib) ini biasanya diperolehi dari sumber-sumber media alternatif termasuk dari luar negara. Maka di sini kemahiran memahami Bahasa Inggeris menjadi penting untuk kita lebih memahami apa yang sebenarnya terjadi.

Maka timbul satu persoalan, sejauh mana para agamawan kita termasuk beberapa pemimpin parti politik yang mengaku Islamik, cukup memahami hakikat skandal 1MDB ini dengan adil? Ini kerana ada di kalangan mereka mahu memberi pendapat berkenaan isu ini kepada khalayak umum. Adakah mereka baca dan faham dengan teliti perkembangan kes 1MDB ini di luar negara? Adakah mereka sedar kesan kehilangan wang negara dalam jumlah besar tersebut terhadap status kewangan dan ekonomi negara? Tidakkah mereka tahu apa maksudnya INTEGRITI dalam ajaran Islam?

Golongan asatizah (agamawan) yang mahu mengulas isu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung perlulah FAHAM asal muasal bisnes 1MDB ini dan kenapa ia melencong hingga menjadi kes jenayah peringkat antarabangsa yang cukup terkenal hingga melibatkan artis Hollywood serta model terkenal dari Australia.

Mereka perlu tahu kegiatan anak Rosmah di USA dalam bidang perfileman, hubungannya dengan kapitalis bernama Jho Low serta beberapa watak Pak Arab korup yang semuanya ada kaitan dengan WANG dari 1MDB yang bocor/ dicuri untuk digunakan dalam pembiayaan filem Hollywood yang ada adegan lucah, pembelian hartanah mewah serta pembayaran untuk aset-aset mahal milik individu seperti berlian warna merah jambu oleh isteri M01 (Pegawai Kerajaan Nombor 1 Malaysia).

Tidakkah para agamawan kita terfikir bahawa skandal 1MDB ini boleh memberi imej buruk terhadap Islam itu secara tidak langsung kerana watak-watak utama yang terpalit dengan skandal tersebut merupakan mereka yang mengaku Muslim malah pernah mengaku pula Pahlawan Melayu/ Bugis di pentas politik?

Orang bukan Islam terutamanya warganegara Malaysia sedang mengikuti perkembangan skandal ini, dan rata-rata mereka

tahu bahawa pemimpin negara ini yang berlabel Melayu-Islam tersebut cukup korup walaupun seringkali berbicara mengenai Islam secara terbuka tanpa segan silu. Ia memberi gambaran bahawa mereka yang mengaku Islam tetapi korup tersebut selesa hidup dalam hipokrasi, tanpa ada perasaan malu dan takut kepada Tuhan atas perbuatan mereka menyalahgunakan wang rakyat untuk keuntungan peribadi dan anak beranak mereka.

Atas dasar ingin mengembalikan keadilan, maruah serta usaha untuk memperbetulkan segala salahlaku dalam sistem pentadbiran negara yang menjurus kepada berlakunya skandal 1MDB tersebut, maka mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir bersama rakan-rakan seperjuangannya melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengambil risiko menongkah arus dalam politik nasional bagi mengelakkan Malaysia dari terus menghala ke arah kebangkrapan dan bencana sosio-ekonomi. Ingat, kesejahteraan negara majmuk ini banyak bergantung kepada tahap "kesihatan" ekonominya.

Dr. Muhammad Faiz Bin Na'aman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
EXCO ARMADA Nasional
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

2017/07/04

TIDAK PERNAH SAKIT LAGI - Bahagian 1

Mirta Akbari:
Dr Raymond Francis menulis 3 buku :
1. Tdk pernah sakit lagi
2. Tdk pernah lagi takut kanser
3. Tdk pernah gendut lagi

Doktor tersebut menulis buku itu setelah meneliti dan sakit, yang para doktor lain pun menyerah dgn penyakitnya.

Di usia 75 tahun, sang Doktor hanya terkena penyakit flu dan itupun hanya sekali. Yang beliau bicarakan dlm buku tsb adalah :

🌿 *Jauhi gula selamanya* ditambah berolah raga dan mengatur pola makan secukupnya.

🌿 Gula penyebab influenza

🌿 Makan sesudu gula menurunkan imuniti tubuh 50%

🌿 Minum segelas Cola menurunkan imuniti tubuh 6-8 jam krn cola mengandung banyak gula

🌿 Gula penyebab alzeimer

🌿 Gula merupakan makanan bagi sel kanser dan sbg pencegahan serta penyembuhan nya adalah dgn menghindari gula

🌿 Gula penyebab segala penyakit jantung

🌿 Gula penyebab bertambahnya berat badan

🌿 Gula penyebab penimbunan lemak

🌿 Segala penyebab penyakit manusia ada hubungan dgn gula

🌿 Doktor Raymond berkata : para ayah melarang anak² mereka merokok dan minum alkohol tetapi memberikan manisan² yg lbh berbahaya dari pd rokok dan alkohol

🌿 Kesimpulannya - tinggalkanlah gula

Doktor Raymond memenangkan karya ilmiah di Univ Frankfurt tentang kesehatan makanan yaitu :

☘Yoghurt merupakan sumber kalsium tertinggi krn kandungan segelas yoghurt 450mg kalsium, maka jadikanlah menu harianmu yoghurt
Dan yg terbaik adalah yoghurt yg rendah lemak

☘ Daun mint adalah ubat utk menguatkan jantung dan peredaran darah. Jika meminum daun mint spt teh biasa, dpt melancarkan perut dan usus, mengurangi penyakit serta menyegarkan bau mulut

☘ Utk menyembuhkan gastric anacidity, minum segelas rebusan daun mint panas tanpa tambahan gula

☘ Daun mint boleh menghilangkan gas, menguatkan ginjal, pankreas dan meredakan batuk, menenangkan saraf dan perasaan marah, menghilangkan insomnia, meningkatkan diuretik dan penghancur makanan yg terbaik

☘ Minuman bergas menambah besar ukuran pinggang wanita walaupun tdk menambah berat badannya

☘ Minuman bergas menyebabkan : osteoporosis, masalah² jantung dan ginjal, obesitas & penyakit gula dan gigi karies

☘ Bahaya kesihatan dgn minuman peningkat energi bagi anak² : mempercepat denyut nadi, kejang-kejang, stroke, kematian mendadak

☘ Teh hijau atau kopi hitam pahit : bagus krn ada antioksidan yg menjaga dari kanser

☘ Ikan salmon, apel, anggur, ceri, bluberry, bayam merupakan jenis makanan yg menjaga sel otak dan menguatkan ingatan

☘ Kesilapan besar yg menyebutkan bahwa minum air ketika sedang makan dan stlh makan menyebabkan buncit dan menyulitkan proses pencernaan

☘ Yg betul: Air tdk menyebabkan buncit dan membantu mencerna lbh baik dari yg lain

☘ Berjalan selama 30 menit sehari dlm jangka 5 hari seminggu menjagamu dari : penyakit² jantung, penyakit gula, depressi, penyakit² tekanan darah, kolesterol

☘ Bawang putih: membantu mengurangi peluang dijangkiti kanser krn bawang putih mampu meningkatkan imun

☘ Pengambilan halia suam pd waktu petang membantu membakar lemak dan mengeluarkan racun dr tubuh

☘ Usahakan minum segelas air stlh bangun tidur utk mengembalikan cairan yg hilang waktu tidur serta utk membersihkan racun di tubuh

☘ Doktor Raymon berkata Saya telah mengambil manfaat dari ini dan gembira sekiranya ia bermanfaat bagi semuanya

In syaa Allah info ini bermanfaat bagi kesihatan tubuh kita. Aamiin.

(Utk manfaat lbh banyak dan detail, sila baca bukunya atau lihat tayangan youtube dgn judul: Never be a sick again
https://m.youtube.com/watch?v=ISgt71CRG2I )                                                              Wallahu'alam