nuffnang Ads

.

2017/05/23

TIGA PENJURU - Tun Dr. Mahathir


1. Pilihanraya Umum ke-14 adalah yang terpenting dalam sejarah negara.

2. Tumpuan ialah kepada menjatuhkan rejim Najib. Seluruh rakyat sedar bahawa rejim pimpinannya telah merosakkan negara. Kerosakan ini berlaku dalam semua bidang.

Politik

3. Dalam politik negara Najib telah hancurkan demokrasi sehingga Malaysia dikenali sebagai kleptokrasi; iaitu Kerajaan dipimpin oleh penjenayah yang melesapkan kewangan negara; Kerajaan yang tidak berpandu kepada undang-undang; Kerajaan yang menekan rakyat secara zalim; yang membelakangkan keadilan; yang tidak hormati perpisahan antara legislative (pembentuk undang-undang) dengan executive (pelaksana dasar dan undang-undang) dan judiciary (kehakiman). Ketiga-tiga ini dikuasai oleh Najib sebagai ketua Kerajaan dari pihak pembuat undang-undang.

Dasar berkecuali sudah dihapuskan oleh Najib, diganti dengan ikatan ketenteraan dengan negara China.

Ekonomi

4. Ekonomi Malaysia rosak teruk kerana rasuah, peningkatan perbelanjaan pentadbiran dan penambahan kakitangan Kerajaan yang tinggi; belanjawan yang tidak bijak yang menumpu kepada mendapat sokongan popular kepada Perdana Menteri khususnya, pinjaman terlalu besar dan dasar yang menekan swasta. Hari ini beban hutang tidak dapat dibayar oleh Kerajaan.

Sosial

5. Kos sara hidup rakyat meningkat kerana cukai G.S.T. dan kejatuhan nilai Ringgit yang teruk. Pengangguran meningkat termasuk dikalangan lulusan universiti.

6. Pelaburan asing terhad kepada pembelian tanah untuk dibangun bandaraya oleh kontraktor luar dengan mengguna bahan dan pekerja dari negara kontraktor. Kos pelajaran dan rawatan meningkat tinggi dan tidak dapat ditanggung oleh kebanyakan rakyat.

7. Semua bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial yang telah jadi buruk kerana dasar dan pengurusan Najib akan menjadi lebih buruk lagi jika Najib terus berkuasa.

8. Hanya jika Kerajaan pimpinan Najib diganti dengan kerajaan baru sahaja barulah boleh keadaan politik, ekonomi dan sosial dipulih semula.

9. Bolehkah kita yakin Kerajaan yang mengganti dapat mentadbir dengan lebih baik dari Najib? Sesungguhnya tidak ada Kerajaan yang begitu buruk dan berjenayah besar seperti Kerajaan Najib.

10. Kerajaan yang bercadang mengganti Najib ialah Kerajaan parti-parti campuran pembangkang yang akan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang mahir dalam politik dan dibantu dengan mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran negara. Mereka tidak ada rekod jenayah atau menyalahguna kuasa. Mereka terpelajar dan pernah menjadi anggota Kerajaan.

11. Soalnya apakah mungkin gabungan parti-parti lawan menang dalam PRU14. Besar kemungkinan mereka menang jika pertandingan hanyalah antara mereka dengan Barisan Nasional.

12. Tetapi ada parti-parti yang kononnya akan letak calon untuk melawan Najib dan BN. Dengan ini akan berlakulah pertandingan tiga atau empat penjuru. Kesannya ialah pengundi yang berhasrat mengalahkan Najib akan berpecah dua atau tiga. Penyokong Najib, kerana sebab-sebab tertentu akan bersatu mengundi BN. Najib akan menang kerana berpecahnya undi pembangkang.

13. Dengan perkataan lain parti-parti yang memecahkan pengundi penentang sehingga pertandingan menjadi tiga atau empat penjuru, sebenarnya menyokong BN dan Najib.

14. Perbuatan ini menjadi satu jenis pengkhianatan kepada usaha menjatuhkan Najib dan menghentikan kerosakan kepada negara. Najib akan teruskan cara pentadbiran yang umum tahu akan memufliskan negara dan meletaknya di bawah kuasa asing.

2017/05/22

Populariti Najib Razak Lebih Teruk Berbanding Trump..

Di mata media Amerika Syarikat, presiden mereka Donald Trump bukanlah seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat.

Kadar penerimanya dilaporkan cuma 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin lain dunia.

Bagaimanapun, bagi majalah berita Time yang berpangkalan di New York, ada lebih ramai lagi pemimpin yang rating mereka lebih teruk berbanding Trump.

Time menamakan salah seorangnya sebagai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi secara politiknya, Najib tidak perlu begitu bimbang. Umno - parti politik yang mendominasi Malaysia lebih dari enam dekad - kukuh berada dalam genggamannya.

“Dia secara sistematik mengetepikan pencabarnya, dan seteru utamanya di luar parti dipenjarakan melalui apa yang dirujuk pengkritik sebagai pendakwaan politik.

“Siapa perlukan populariti apabila kamu ada kuasa politik atau wang ringgit dalam bank?” lapor Time.

Time turut mengaitkan Najib dengan syarikat pelaburan negara cetusan ilhamnya, 1MDB, dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya yang dikatakan daripada kerabat diraja Saudi.

“Dia didukung oleh peguam negara Malaysia, yang melaporkan wang itu sebagai derma yang sah dan “kebanyakannya” dipulangkan kembali.

“Justeru tidak mengejutkan jika ratingnya sebegitu rendah,” lapor Time lagi.

Apa Sudah Jadi Pada Negara Aku..??

PETRONAS diambang kejatuhan...
MAS dah declare bankrupt
PROTON dalam keadaan nazak...
Pelabur cabut lari
5 Pejabat Tourism Malaysia ditutup....
Pengkalan ATM semakin menggecil
FELDA dah semakin menghampiri juram, tinggal sedetik cuma untuk menjunam.....!

Apa lagi yang tinggal untuk dibanggakan.....???

NEGARA MAMPU BERBANGGA KERANA DITADBIR OLEH PM YANG PALING BENGAP DALAM SEJARAH DUNIA........!!

>>> Next PRU kita tukar....
>>> Kita bersihkan segala kekotoran...

Apabila saya menyebut 5pejabat Tourism ditutup diluarnegara, maka berkokoklah ayam2 pemakan dedak yang kononnya mengatakan bahawa semua pejabat tersebut adalah laluan yang tidak menguntungkan......!!

Agaknya ayam2 pencen pemakan dedak nii tak tahu pun bahawa Amsterdam adalah hub bagi Eropah untuk melawat negara ini.... Di Amsterdam lah MAS membuka pejabat mereka sendiri.... Jika di Amsterdam dimana Ibupejabat MAS beroperasi ditutup, apakah ini bermakna economy negara semakin berkembang...?? Apabila ringgit semakin merumdum, apakah ini bakal menarik pelancung asing utk terus datang kenegara ini...???

Kepada pemakan dedak, sebelum berhujah sila pastikan otak anda berfungsi sepenuhnya.. Jika tidak, saya nasihatkan anda supaya membawa otak anda berjumpa pakar supaya boleh di tune kan agar kembali berada di keordinat yg betul....

Cnp Izan Yahaya.. 
Qq...muahhhhhhhh...hahahaha

PPBM Perak Teguh Sokong Muhyiddin, Kutuk Pengkhianat Dalam Parti

BANGI, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Dua puluh satu Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perak, hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden, dan mengutuk tindakan pengkhianat yang menjadi duri dalam daging parti itu.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Perak, Ahmad Faizal Datuk Azumu dalam kenyataan bersama 21 ketua bahagian parti itu mendesak kumplan terbabit berundur dan melepaskan jawatan mereka dalam Bersatu, sesuai dengan kelantangan mereka melafazkan kata-kata desakan dan ancaman keluar parti.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan En Azrul Suhadi Bin Mokhtar yang mendakwa dirinya sebagai Ketua Pendaftar PPBM Perak. Untuk makluman, jawatan tersebut telah terbubar secara rasminya pada 31 Mac 2017.

“Beliau adalah Ketua Penaja Bahagian Ipoh Timor bersama En. Jemaat Bin Yacob, Ketua Penaja Bahagian Teluk Intan telah menyatakan kononnya mereka mewakili seluruh bahagian PPBM Negeri Perak mendesak supaya Presiden PPBM Tan Sri Muhyidin Yassin meletakkan jawatan. Perkara ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Katanya, mereka tidak mewakili seluruh kepimpinan Bersatu Perak dan hanya merupakan segelintir individu yang kecewa, sambil sanggup menjadi alat kepada individu berkepentingan dan terpesong daripada perjuangan parti yang sebenar serta berniat untuk memecahbelahkan parti.

“Malang sungguh di sebalik matlamat perjuangan PPBM untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional dan memperjuangkan hak rakyat, timbul pula segelintir individu di dalam PPBM yang keutamaannya adalah untuk memperjuangkan agenda peribadi dan memusnahkan parti.

“Mereka inilah sebenarnya kumpulan pengkhianat parti yang merupakan duri dalam daging dan musuh dalam selimut yang mempunyai niat buruk terhadap parti. Kami percaya kumpulan ini telah terpesona dengan janji manis seseorang. Setelah gagal menunaikan janji, pucuk pimpinan telah ditohmah bagi menyelamatkan diri.

“Individu yang bersikap seumpama pepatah ‘baling batu, sembunyi tangan’ ini, mendendangkan lagu perjuangan. Hakikatnya, beliau adalah pemakan dedak, mengharapkan habuan dengan tindakan adu domba,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, tindakan mereka itu jelas satu pengkhianatan kepada parti dan penghinaan kepada ahli-ahli Bersatu yang ikhlas berjuang untuk menyelamatkan negara.

“Musuh kita yang utama ialah Najib Razak dan kroni-kroninya yang telah menyusahkan rakyat, merosakkan imej negara dan mencalar maruah Malaysia yang dahulunya disegani oleh dunia tetapi kini menjadi sebuah negara kleptokrat yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang rakus mencuri khazanah negara.

“Kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yang lebih besar daripada melayani karenah segelintir individu pengkhianat parti yang kecewa dan rendah moral,” katanya.

SURAT TERBUKA BUAT KEPIMPINAN TERTINGGI PAKATAN HARAPAN

Tanah tercinta ini telah menyaksikan perubahan iklim politik yang pelbagai, jatuh bangun perjuangan yang kononnya untuk rakyat namun yang terkesan dengan buruknya juga adalah rakyat, hinggakan rakyat kebanyakan terkontang-kanting, lemas dan mual merasakan segenap pimpinan di atas yang seharusnya memimpin dan menjadi suara keramat memperjuangkan nasib mereka kelihatan hanyut dalam dilema lampau yang sememangnya meninggalkan parut, namun siapa yang lebih penting? Pimpinan ataupun rakyat?

Dari kesayupan genderang perang PRU14 semakin kedengaran, malangnya rata-rata pimpinan Pakatan Harapan kurang fokus untuk mendengar denyut nadi dan harapan rakyat. Adakah benar pimpinan tertinggi Pakatan Harapan hari ini mengganggap bahawa PRU14 sebagai 'mother of all elections'? Setelah rakyat begitu terbeban dengan GST, hutang negara, isu rasuah yang melibatkan kerajaan UMNO-BN serta kesan peningkatan kos sara hidup, masalah pengangguran dan lain-lain hal namun adakah Pakatan Harapan berdiri teguh bergandingan ikhlas dalam memperjuangkannya demi rakyat?

Atau pimpinan Pakatan Harapan lebih sibuk menuba racun kesumat atas perlakuan silam sedangkan rakyat terkapai-kapai menaruh harap. Dalam keadaan UMNO-BN hari ini begitu lemah dengan pelbagai skandal yang terpalit, seharusnya inilah masa yang terbaik untuk kita menunjukkan kesatuan dan menjaga kerukunan untuk menjatuhkan UMNO-BN dalam satu kekuatan. Bukannya mengambil kesempatan untuk mencalar perhubungan dan menduga kesetiaan.

Kita tidak lagi seharusnya memenangi hati rakyat atas kelemahan UMNO sebaliknya kita harus menang disebabkan kekuatan dan kebersamaan kita, bukanlah masa untuk menunjukkan bahawa kita merupakan alternatif kerana rakyat tiada pilihan lain namun inilah masa yang begitu baik menonjolkan bahawa kitalah kesatuan tunggal yang membawa harapan jutaan rakyat Malaysia.

Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan suatu masa di awal penubuhan PPBM dengan menyatakan pendirian 'peribadi' beliau bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu selayaknya menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas UMNO-BN dijatuhkan. Kemudian kenyataan tun itu telah mendapat kecaman hebat dari rakan-rakan Pakatan Harapan dan semenjak dari itu tun sama sekali tidak pernah menyatakan pandangannya mahupun pandangan mewakili parti atas dasar menjaga kerukunan dan kesatuan demi kebersamaan dalam Pakatan Harapan.

Malah dikemudiannya tun juga pernah menyatakan bahawa beliau tidak kisah siapa lagi yang bakal menjadi Perdana Menteri asalkan ada perbincangan yang baik dan menguntungkan rakyat dalam kesepaduan sesama pakatan, tetapi apa yang lebih penting bagi mengelakkan salah faham adalah untuk Pakatan Harapan terlebih dahulu fokus untuk menjatuhkan UMNO-BN dalam waktu yang sama mencari kesepakatan siapa yang bakal menerajui Malaysia.

Namun apa yang berlaku di Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah amat sedih dan mengecewakan sekali. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jelas diserang, kongres yang seharusnya mampu dijadikan medan penyatuan untuk mengikat jiwa yang terpisah bertukar menjadi medan melempias kekecewaan dan kemarahan lampau tanpa sedikitpun memikirkan soal sensitiviti semasa dalam misi bersama dalam Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya.

Kongres itu telah memperlihatkan dengan jelas sokongan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah menurunkan tandatangan sokongan bagi kempen Bebas Anwar. Tapi semua itu seakan tidak dihiraukan apabila kepimpinan tertinggi PPBM ini seakan 'dipaksa' dan 'diperangkap' untuk menyatakan pendirian atas sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah & Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-7! Walhal tiada sebarang perbincangan apatah lagi kesepakatan yang dicapai mengenai siapa yang bakal menjadi perdana menteri. Apabila mereka tidak mengangkat plakad seperti pimpinan tertinggi yang lain, mereka dimalukan di depan khalayak umum. Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago siap melabel Tun Mahathir & PPBM sebagai, “New kid on the block”, sekaligus berkata bahawa kita perlu terus akur kepada keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan sebelum ini yang mengangkat Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri. Ini bertentangan dengan dasar Pakatan Harapan yang mengutamakan konsensus, tetapi dikebelakangkan oleh sesetengah pimpinan tertinggi sendiri.

Apakah motif tindakan tersebut? Dan beberapa pimpinan lain dalam Pakatan Harapan? Adakah suatu kepuasan dan kebanggaan bagi mereka di sebalik tindakan ini yang dapat memalukan Tun, Tan Sri Muhyiddin dan PPBM? Adakah mereka merasakan sokongan rakyat khususnya orang Melayu akan bersama mereka dengan perlakuan sebegitu yang mampu mencalar keutuhan bersama dalam pakatan? Adakah mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan PPBM? Sejauh mana keikhlasan mereka menerima PPBM dalam Pakatan Harapan?.
Saya sendiri menandatangani petisyen Bebas Anwar. Saya sendiri pernah menyatakan sebelum ini bahawa jika Anwar bersama dengan kita sekarang, sudah pasti Najib sudah tumbang. Saya sendiri mendukung perjuangannya untuk mereformasikan institutisi institusi demokrasi negara. Tetapi jangan lah taksub sampai soal perlembagaan, undang-undang & strategi memenangi pilihanraya dikebelakangkan kerana ketaksuban sesetengah pihak. Ketaksuban ini sampai ke satu tahap di mana rakan seperjuangan di “ambush” semasa kongres PKR. Kalau kita kalah PRU14, Datuk Seri Anwar tetap tidak bolek dinaikkan sebagai Perdana Menteri. Maka dengan itu, fokus utama kita sepatutnya adalah untuk memenangi  pilihan raya!

Memang susah untuk ditelan setelah ada kenangan pahit yang pernah dilalui, namun adilkah apabila dalam kalangan ahli dibiarkan untuk terus disemarak api kebencian dan dendam andai kiranya kesalahan yang suatu masa pernah dilakukan bapak-bapak kita hingga rakyat terhukum? Kita hanya mewarisi pertelingkahan silam yang cukup menghukum rakyat, namun adakah kita sanggup untuk membiarkan rakyat menderita kerana kesalahan lalu dan kelemahan kita masa kini hinggakan UMNO mampu terus berkuasa. Ini bukan lagi salah UMNO. Ini salah kita.

Benar sukar untuk kami fahami akan segala perit yang ditanggung dari ahli keluarga, para penyokong dan pendokong PKR. Hakikatnya amat susah untuk saya menulis warkah ini, kita mengharapkan suatu lanskap politik baharu di Malaysia yang ikhlas memperjuangkan rakyat. Rakyat dambakan kepimpinan yang mampu memperjuangkan nasib mereka yang begitu menekan. Hal yang pernah terjadi sememangnya menyakitkan, tiada penafian! Namun ini mungkin pengorbanan terbesar kita sendiri dalam kita sama mencari kesepaduan demi masa depan lantas keluar dari sengketa silam. Jika tidak, sampai bila? Susah tapi tak mustahil!.

Rentetan itu, saya tertarik untuk bereaksi akan jalan penyelesaiannya, saya amat bersetuju dengan penulisan 'Warkah Dari Penjara' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataan beliau bahawa keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Pakatan harapan haruslah ditentukan dan dipilih oleh rakyat! Bukannya golongan elitis atau kepimpinan tinggi yang menentukannya.

Kerana itu saya mencadangkan untuk diadakan satu undian yang dikelolakan oleh suatu badan khas dalam kadar segera, bukan dari PPBM, PKR, DAP mahupun AMANAH. Badan bebas ini harus mendapatkan bancian atau undian mengenai jumlah sokongan rakyat keatas beberapa calon pimpinan tertinggi dari setiap parti dalam Pakatan Harapan. Menggunakan strategi ini bolehlah kita mengenalpasti siapakah pemimpin wibawa yang menjadi harapan rakyat ketika ini dan dijadikan garis panduan dalam perbincangan Pakatan Harapan untuk siapa yang lebih layak menerajui Malaysia.

Hasil undian atau bancian ini akan menjadi kayu ukur siapa yang lebih layak di mata rakyat, kerana itulah asas perjuangan kita. Moga dari itu, kita dapat membina satu kesepakatan dan kesepaduan yang utuh dan ikhlas yang menjaga kepentingan rakyat tanpa ada dominasi ke atas satu sama lain demi mencorak Malaysia yang lebih baik!

Syed Saddiq
Ketua ARMADA PPBM

AHLI PPBM YG DESAK MUHYIDDIN LETAK JAWATAN ADALAH MUSUH SAYA - TUN DR. MAHATHIR

PENDIRIAN JELAS TUN MAHATHIR TENTANG KEWUJUDAN GOLONGAN "HAMLAU" DALAM BERSATU

1. Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.

2. Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka. Kononnya ketua bahagian yang diberi watikah tidak baik, tidak mendapat sokongan ahli parti dan rakyat. Kononnya ini semua disebabkan ada pemimpin tertentu.

3. Sekarang ia sudah naik ke tahap menolak kepimpinan tertinggi parti. Kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.

4. Kita semua tahu bahawa amatlah sukar untuk memujuk pemimpin UMNO, terutama yang memegang jawatan dalam Kerajaan, menjadi Menteri terutamanya meninggalkan UMNO. Kalau meninggalkan pun atau menjadi bekas menteri, tidak sanggup mereka menyertai gerakan melawan UMNO. Sudah tentu mereka tidak berani mendekat diri dengan parti seperti PPBM yang secara lantang mendesak supaya Najib disingkir.

5. Tetapi Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana menjadi Timbalan Presiden UMNO. Jika Najib turun kerana apa-apa sebab Muhyiddinlah yang akan jadi Perdana Menteri.

6. Baginya dan bagi Shafie Apdal membenar diri disingkir dari jawatan-jawatan menjadi korban yang amat besar. Umum tahu yang Muhyiddin mengkritik Najib semasa masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya dia disingkir.

7. Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri dari saya. Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh Parti Pribumi Bersatu dan menjadi Presidennya. Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi Pengerusi Parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya.

8. Banyaklah kerja yang dibuat oleh beliau untuk menjayakan Parti Pribumi Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.

9. Jika hari ini ia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU 14.

10. Saya percaya mereka yang mencadang tindakan ini berhasrat untuk menggagalkan perjuangan parti PPBM. Sekaligus mereka ingin lihat saya gagal dan Najib berjaya.

11. Mereka yang mendakwa mereka sokong saya, sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Najib. Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada tempat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kejadian² Pelik & Aneh di Malaysia Sejak 8 Tahun Kebelakangan Ini.

👇👇
1.Misteri kehilangan MH370

2.Pesawat MH17 ditembak jatuh

3.Pencerobohan di Lahad Datu

4.Skandal 1MDB ( laporan PAC m/s 76 nyatakan 5.Hutang 1mdb kini mencecah 53 Billion )

6.Menghapuskan DEB ( Dasar Ekonomi Baru )

7.Kes lebih RM100 juta Kementerian Belia dan Sukan

8.Kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia

9. 2.6Billion dan di masukkan kedalam akaun peribadi Perdana Menteri

10.Perlaksanaan GST sebelum SST dimansuhkan.

11.Kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen

12.Harga Minyak dinaikkan

13.Peningkatan hutang negara dan hutang isi rumah sehingga Mencecah RM847Billion

14.Penghapusan subsidi bahan api, gula, dan beberapa lagi

15.Skandal NFC

16.Peluang pekerjaan berkurangan.
Pembunuh Altantuya terlepas ke luar negara

17.Pemansuhan ISA dan Di gantikan dengan pelbagai akta ( Pota , Sosma , Mkn )

18.Isu Felda Global Venture (FGV

19. Pemotongan bajet pendidikan dn kesihatan

20.Pemecatan TImbalan Perdana Menteri

21.Penyingkiran Naib Presiden UMNO, DS Shafie Apdal

22.Penyingkiran MB Terengganu DS Ahmad Said

23.Penyingkiran MB Kedah DS Muhriz

24.Pemecatan Ketua Cawangan UMNO

25.Tamatkan khidmat Peguam Negara alasan ( sakit )

26.Tukar Timbalan Pengarah SB

27.Bubar PAC ( Ahli PAC lama d naikkan Pangkat Timb Menteri )

28.Menangkap Dato khairudin ( kerana membuat laporan )

29.Menangkap Mathias Chang ( kerana membuat laporan )

30.Isu Bauksit di Pahang

31.Mencagar Telaga Minyak Petronas ( Menurut laporan bekas MB terenganu )

32.Menandatangan perjanjian TPPA

33.Malaysia menduduki Rangking Rasuah ke 2 dunia

34.Kwap , ltat , kwsp , Tabung Haji Menghadapi krisis kewangan.

35.Syarikat Proton di jual.

36.Krisis antara malaysia & korea utara